Tuesday, 16 August 2011

BN PUKUL GENDANG KOSONG?


Saudara Pengarang,

SAYA Ingin merujuk kepada penafian Ahli Parlimen Malaysia (Kota Belud), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkaitan isu tanah di Kota Belud melalui artikel ‘Tiada Rampasan Tanah Di Kota Belud’ di Sabahkini.net

Pemimpin UMNO mencanang slogan yang mengasyikkan ke seluruh pelusuk bumi, "Kita mestilah bersikap 'Proaktif', 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Nah sekarang, apakah bukan bukti jelas bahawa apa yang mereka canangkan itu hanya sekadar 'gendang kosong' yang bertujuan menghayal serta mengalpakan rakyat supaya melihat wajah-wajah pemimpin UMNO yang hipokrit; sebagai manusia yang jujur dan benar-benar berjuang untuk mempertahankan tanah pusaka milik nenek moyang kita yang kita telah warisi dan diami sejak terciptanya alam buana ini.

Apa itu Proaktif? Proaktif itu ialah tindakan selangkah ke hadapan. Ertinya, isu tanah di Kota Belud ini bukan lagi isu NCR atau isu tiadanya tuntutan hak asasi. Tetapi isu pokoknya ialah di mana sebenarnya letak tanggungjawab dan amanah yang dibebankan ke atas wakil rakyat yang sewajibnya menyantuni masyarakat dan penduduk kampung dengan ilmu pengetahuan.

Apakah bukan menjadi tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang wakil rakyat supaya masyarakat dan penduduk kampung dimaklumkan dan dibimbing dengan sebaiknya supaya mereka menjadi pemilik yang selayaknya ke atas tanah-tanah tersebut?

Inilah sikap Proaktif yang pemimpin UMNO asyik laungkan tetapi sekadar menjadi ucapan yang berbuih di mulut. Kenapa wakli rakyat Kota Belud mesti agung-agungkan pelabur asing; konon untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi di daerah Kota Belud? Berapa peratus atau berapa banyak wang yang sudah masuk ke kocek mereka, sehingga boleh tambah sebuah lagi Ninja King atau Mercedez yang tercanggih di pasaran kini? Tambah dua atau tiga isteri lagi tidak usah cakaplah; Itu memang sudah menjadi rutin dalam diari kehidupan seorang Ahli Yang Berhormat UMNO.

Siapa kata saya menentang pembangunan atau usaha untuk melonjakkan ekonomi sesebuah daerah atau Negeri? Persoalannya, apakah raakyat mesti menjadi mangsa di atas kerakusan untuk kononnya merancakkan ekonomi walhal yang mendapat faedah dari semua ini ialah wakil rakyat dan mereka yang bergelar Menteri!

Rakyat dapat apa? Rakyat hanya sekadar jadi kuli dan menjadi penonton ke atas pembangunan yang telah menafikan hak mereka untuk memilik tanah. Kenapa wakil rakyat tidak bersikap proaktif dengan mengajak masyarakat dan penduduk Kg Rampayan Ulu dan sekitarnya untuk melaksanakan projek pertanian yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka, sekaligus menjadikan mereka pemilik keatas tanah yang telah mereka diami dan warisi sejak turun temurun?

Pemimpin UMNO juga yang canangkan slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan.' Inilah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka adalah golongan pembohong yang kabur mata bila dibuai dengan ganjaran dari tauke-tauke kroni sehingga sanggup menggadaikan tanah penduduk kampung.

Salam Hormat,

IBN ABDULLAH

No comments:

Post a Comment