Tuesday, 16 August 2011

BERHALA LAUT, ASET PELANCONGAN BARU



TERIMA….Salah seorang penduduk menerima sumbangan Hari raya yang disampaikan V.K.Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : OLEH SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 101 warga emas Kampung Pulau Berhala Laut, kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot laju dari Bandar Sandakan menerima sumbangan Hari Raya berupa barang-barang keperluan dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong,kelmarin.

Turut menerima sumbangan yang serupa ialah Askar Melayu Diraja Batalion Ke-12 yang berpangkalan di Pulau Berhala Laut dan sumbangan tersebut diterima oleh Pegawai Pemerintah, Leftenan Kolonel Abd Razak Hj Abd Rahim.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, V.K Liew antara lain berkata, sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu golongan miskin mahupun warga emas untuk menerima sumbangan raya pada saban tahun.

Katanya, tujuan memberikan sumbangan seumpama itu adalah untuk membantu golongan yang kurang berupaya untuk meringankan sedikit beban mereka bagi menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba.

Dasar kerajaan BN kata V.K.Liew, ialah menitikberatkan sosio ekonomi agar rakyatnya tidak terpinggir untuk mendapat pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu V.K.Liew kagum dengan semangat kental penduduk Kampung Pulau Berhala yang majoritinya dari suku kaum Bajau, begitu rajin berusaha dan berdikari untuk menaikkan taraf kehidupan seharian mereka melalui hasil penangkapan ikan.

Pulau Berhala Laut kata V.K.Liew adalah pulau yang terindah dan berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat peranginan dan bakal menjadi tarikan kepada para pelancong dalam dan luar kerana faktor keselamatan yang terjamin kerana dikawal rapi oleh Pasukan Keselamatan.

Penempatkan tentera di pulau tersebut begitu signifikan kerana pulau tersebut merupakan sebagai pintu masuk, ulang alik rakyat Filipina yang datang ke negara ini, khususnya Sandakan.

V.K.Liew selanjutnya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh anggota tentera, khususnya Askar Melayu Diraja Batalion Ke 12 kerana begitu komited dalam menjaga keamanan yang cukup rapi; sehingga Kampung Berhala ini benar-benar aman.

No comments:

Post a Comment