Saturday 13 August 2011

KAMI LEBIH CINTAKAN MALAYSIA!



Oleh : MUTALIB M.D

“KAMI lebih cintakan Malaysia dengan menjadi warga yang taat membayar cukai dan berusaha gigih membangunkan Negara dalam sektor makanan,” kata Haris Mohamad, (gambar) pemilik Restoran Akbar, di Fajar Centre yang dilaporkan mengibarkan bendera robek dalam artikel Sabahkini.net bertajuk ‘Jalur Gemilang Jijik Buat ‘India’ Di Sabah?’

Haris yang menghubungi editor Sabahkini.net melahirkan rasa kesal dengan tindakan pekerjanya yang memberi maklumat salah berhubung bendera robek di atas restorannya.

“Wartawan anda tidak bertanya kepada saya dan tidak melaporkan keadaan sebenar kerana sejak daripada 1 Ogos, kita sudah mengibarkan bendera Jalur Gemilang,” kata Haris yang meminta Sabahkini.net menyiarkan gambar restoran dan gambar beliau memegang Jalur Gemilang yang dikirim melalui MMS.

Menurut Haris, beliau telah memberi peringatan kepada penyewa bangunan di atas agar menukar bendera berkenaan, namun tidak diendahkan sehinggalah dijadikan isu oleh wartawan Sabahkini.net

BUKTI.....Restoran Akbar tidak pernah mengabaikan Sambutan Hari Kebangsaan.

Walaupun Haris kesal dengan kejadian berkenaan, namun beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah salah faham dan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan kerana telah mengibarkan bendera Jalur Gemilang; namun sedar dengan sensitiviti rakyat Sabah yang curiga dengan isu kerakyatan warga India sepertinya.

“Saya rakyat Malaysia dan mencintai Negara ini seperti anda juga,” kata Haris yang menegaskan bahawa pihaknya sentiasa bekerjasama dengan MDLD dalam sebarang kempen termasuk kebersihan dan gotong-royong.

Sehubungan itu, tindakan memboikot restoran beliau sebagaimana yang disarankan wartawan dan ahli Forum dalam Sabahkini.net tidak sewajarnya berlaku dan boleh dianggap sebagai sabotag terhadap ekonomi negara kerana restoran beliau adalah pembayar cukai dan menyumbang perkapita kepada negara.

No comments:

Post a Comment