Sunday 9 June 2013

LUBANG JALAN RAYA UNTUK DIJUAL








OLEH kerana tidak mempunyai kewangan untuk membaik pulih jalan-raya yang berlubang sana sini, Pihak Berkuasa Tempatan Niederzimmern, Jerman mendapat idea kreatif untuk mencari dana, Iaitu mereka akan menjual lubang-lubang tersebut pada umum!

Sebagai pemilik lubang tersebut, anda akan diberikan kuasa untuk menulis iklan, nama, perkataan atau apa saja yang anda mahukan diatasnya apabila telah dibaikpulih kelak.

Lubang-lubang dijalan raya dijual pada harga $68 (Rm217) setiap satu. Duit ini la yang akan digunakan mereka untuk membaiki lubang tersebut.

Yang hebatnya, kesemua 218 lubang di kawasan itu laris dijual dalam hanya pada 1 jam pertama ia ditawarkan!

No comments:

Post a Comment