Sunday, 9 June 2013

MADIUS TANGAU POLITIKUS HINGUSAN?






Saudara Pengarang,

Membaca kenyataan Setiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau yang meminta agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang baru, Datuk Seri Nazri Aziz hanya memfokuskan kepada kementerian barunya saja seolah-olah menunjukkan 'kebodohan' dalam diri Madius.

Ini kerana adalah menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keamanan terus terpelihara. Nazri Aziz sebagai Menteri 'PUSAT' yang turun ke negeri di bawah bayu pada minggu lalu adalah orang yang layak bercakap soal isu pendatang asing yang membanjiri Sabah.

Daripada komennya itu, kita pastinya sudah diberikan jaminan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan selanjutnya, cuma kita perlu bersabar kerana pada pendapat saya ia tidak boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat kerana kita mengambil kira semua faktor.

Madius dalam kenyataannya pada selasa lepas dilihat sebagai seorang yang berlagak ingin menjadi hero kerana beliau cuba menghalang seorang pemimpin yang bertaraf 'Menteri' untuk mengeluarkan kenyataan.

Jika Madius seorang yang menyokong kepada kebebasan bersuara, maka seharusnya beliau menghormati pandangan dan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz. Ini kerana dalam Perlembagaan Negara juga telah termaktub bahawa kenyataan bersuara, memberikan pandangan adalah hak kita sebagai seorang rakyat Malaysia selagi ia tidak lari dari 'arus' dan tujuan yang benar.

Salam Hormat,

 MARUF ISMAIL

1 comment:

  1. tidak ada salahnya nazri bercakap mengenai isu keselamatan dan pendatang asing di sabah.

    ReplyDelete