Oleh : GALUS AHTOI
PADA 14 Jun 2013 ini (Jumaat)
detik penentuan perjuangan pengiktirafan pemilikan Tanah Adat (NCR) yang telah
diwartakan (Warta Kerajaan-Hutan Simpan) kerana Mahkamah Rayuan akan bersidang
di Mahkamah Kota Kinabalu untuk mendengar semula kes Kg. Imahit, Tenom.
Untuk rekod, kes ini kalah
di Mahkamah Majistret Tenom tetapi menang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan
kini Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan telah merayu di Mahkamah Rayuan
untuk 'membantah' keputusan Mahkamah Tinggi yang 'mengiktiraf' hak pemilikan
Tanah Adat (NCR) yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Tomani TANPA sebarang
persetujuan daripada pemilik Tanah Adat (NCR).
Dengan hanya satu isu (pertuduhan)
sahaja yang akan di hujahkan iaitu "Bercucuk tanam di kawasan Hutan
Simpan...."
Semoga Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan
akan membuat pertimbangan yang paling wajar demi untuk kesinambungan kehidupan
seluruh warga Orang Asal yang telah terperangkap dalam warta-warta Kerajaan
yang menjadikan 'Supermarket' mereka sebagai 'Hutan Simpan' yang tiddak bersempadan.
Berilah keajaiban dan
kekuatan kepada Peguam Orang Asal, Peguam Ram Singh untuk terus membela Orang Asal
yang tertindas dan ditindas oleh karenah birokrasi dan kerakusan pemerintah.
Datanglah beramai-ramai
untuk menyokong perjuangan penyelamatan Tanah Adat (NCR) pada 14 Jun 2013 di
Mahkamah Terbuka, Bangunan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu, Sabah.
Semua Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional yang menang dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka berdasarkan mandat yang diberikan.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan sebagai wakil rakyat mereka hendaklah bekerja untuk kepentingan rakyat yang mereka wakili.
Mereka dipilih untuk memperjuangkan hak dan kepentingan untuk rakyat.
DeleteBeliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata mandat yang diberikan adalah amanah yang perlu ditunaikan kepada rakyat dan apa yang diperlukan oleh rakyat mereka perlu terus turun padang untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadpai.
ReplyDeleteMusa juga meminta mereka menyampaikan maklumat tentang pelbagai pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN.
Dengan media dan perkembangan teknologi, informasi dan maklumat diperolehi.
Delete“Kita juga perlu menolak segala dakwaan dan fintah yang dilemparkan oleh pembangkang kerana ini amat penting agar rakyat tidak termakan dengan dakwaan pembangkang,” katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata wakil-wakil rakyat juga perlu menyampaikan maklumat yang tepat terutama sekali mengenai agenda pembangunan kerajaan untuk faedah rakyat.
Informasi harus sampai kepada rakyat agar rakyat juga tahu perjuangan dan usaha kerajaan.
DeleteWakil rakyat memainkan peranan penting antara rakyat dan kerajaan.
ReplyDeleteIsu NCR masih belum mendapat cara penyelesaian yang baik. Kerajaan harus membuat kajian secara mendalam.
ReplyDeleteSerahkan tanggung kawab kepada pihak mahkamah untuk menentukannya.
ReplyDeletePenduduk Sabah tidak perlu bimbang akan kehilangan tanah Hak Adat Peribumi (NCR) mereka kerana Ordinan Tanah Sabah jelas menyatakan bahawa penduduk peribumi mempunyai hak ke atas tanah adat yang diusahakan oleh mereka.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut memberi jaminan bahawa penduduk peribumi tidak akan dinafikan hak ke atas tanah NCR di negeri itu.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) komited untuk memperkasakan Ordinan Tanah dengan memperkenalkan peraturan yang relevan bagi menyelesaikan pertikaian tanah NCR seperti terkandung dalam Manifesto BN Sabah.
ReplyDeleteKetua Menteri telah berkata kerajaan BN negeri mengiktiraf pemilikan tanah
ReplyDeletependuduk peribumi di Sabah dan tidak akan menafikan hak mereka
Kerajaan negeri serius menguruskan hak pemilikan Tanah Hak Adat Negeri
ReplyDelete(NCR) sebagai prioriti bagi memelihara kepentingan orang asal Sabah,
kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Saya secara peribadi akan memastikan prinsip ini,iaitu menjaga,
ReplyDeletememelihara dan melindungi kepentingan hak-hak orang asal, akan sentiasa
didahulukan
jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang diperuntuk kepada anak
ReplyDeletenegeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hakmilik tanah
Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar
atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberimilik
di Sabah.
Keluasan ini lebih besar daripada keluasan negeri Selangor Darul Ehsan
ReplyDeleteyang berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Dengan pencapaian
tersebut, adalah jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri serius untuk
meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah
Musa turut mengarahkan pihak Jabatan Perhutanan supaya menghentikan
ReplyDeleteserta merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan di beberapa
kawasan yang didiami dan diusahakan oleh penduduk bagi membolehkan
siasatan dijalankan terhadap statusnya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga merancang mengeluarkan geran komunal
ReplyDeletedi kawasan seperti Kota Marudu (6,800 hektar), Pitas (4,000 hektar),
Tongod (6,000 hektar) dan Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung
Nagas) seluas 2,047 hektar.
Katanya, kerajaan negeri melalui persidangan DUN pada 2010 telah
ReplyDeletemembubarkan seluas 24,563 hektar daripada Hutan Simpan Sook Plain dan
Mandalom secara gantian dengan tanah kerajaan bagi membolehkan beberapa
geran komunal dikeluarkan.
Musa turut mengingatkan bahawa isu NCR ini tidak seharusnya dimanipulasi
ReplyDeletekerana ia menyentuh kepentingan orang asal yang wajar disokong oleh
setiap pihak.