Oleh: KREW SABAHKINI.NET
WARGA Sandakan semakin hairan dengan keprihatinan pihak berkuasa tempatan khususnya, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang terus membutakan mata mereka ke atas aktiviti haram pengeluaran pasir yang dilakukan secara terbuka di sepanjang lebuhraya Batu Sapi, Sandakan.
Aktiviti haram ini dilakukan pada siang hari dan memberi kesan negatif ke atas pengguna jalanraya serta kampung berhampiran kerana pada musim hujan, pasir lumpur akan mengalir sehingga ke jalanraya menyebabkan jalanraya menjadi licin. Kampung sekitarnya turut mengalami limpahan air yang mengalir dari bukit yang di tarah.
YDP PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah, mengajukan soalan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan apa sebenarnya yang dilakukan oleh Presiden MPS ketika pihak MPS melawat kawasan tersebut baru-baru ini!
“Saya tidak faham, seolah-olah Presiden MPS tidak mampu melakukan sesuatu bagi menghalang aktiviti ini dari berterusan. Bagaimana kalau sekiranya syarikat yang melakukan aktiviti ini dimiliki oleh seorang Melayu/ Bumiputra? Saya yakin, kegiatan ini pasti terus mendapat arahan untuk dihentikan!” soal Hamzah yang kesal dengan sikap talam dua muka Presiden MPS.
No comments:
Post a Comment