Tuesday 25 January 2011

TENTANG ANTI-MURTAD, AMDE SIDEK BIADAP!



Oleh: HAMZAH ABDULLAH

PAS Sabah merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden SAPP, Amde Sidek, berhubung penentangan SAPP terhadap perlaksanaan undang-undang anti-murtad yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

PAS Sabah merasa amat dukacita di atas kenyataan biadap yang mempermainkan Agama Islam kerana murtad adalah tindakan keji yang menafikan keagungan Agama Islam.

Amde hendaklah mengkaji sejarah masa lampau ketika umat Islam Singapura sanggup merusuh dan bermandi darah angkara tindakan memurtadkan Natrah pada tahun 1950.

Tindakan yang dilakukan oleh JHEAINS adalah suatu yang tepat pada masanya walaupun sedikit terlewat. Sewajarnya undang-undang anti-murtad ini telah dikuatkuasakan sebaik negara ini mencapai kermerdekaan. Tetapi PAS berpandangan bahawa lebih baik terlewat sedikit daripada tidak bertindak langsung.

Amde hendaklah memahami maksud firman Allah, “barangsiapa yang murtad di antara kamu dari Agamanya, lalu dia mati dalam kekufuran, maka mereka itulah golongan yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka yang kekal di dalamnya.”

PAS Sabah mengingatkan pihak yang tiada kena mengena dengan Islam supaya tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal umat Islam. Melaksanakan undang-undang anti-murtad adalah bagi menjaga akidah umat yang mengaku bergama Islam.

11 comments:

  1. Tidak ada apa2 yg biadapnya terhadap kenyataan Amde berkenaan undang2 anti-murtad. Beliau berhak utk menyuarakan pandangan dan kebimbangannya sebagai penduduk SABAH. Umum tahu bahawa SABAH dan juga SARAWAK tidak seperti negeri2 semenanjung. malah banyak berbeza dr semua segi. kenyataan beliau adalah jelas dgn menyebut perjanjian 20 perkara. Apa2 undang2 yg ingin dilaksanakan/dikuatkuasakan adalah terbatal dn tidak sah bilamana ia melanggar perjanjian MALAYSIA. PAS SABAH seharusnya meneliti Perjanjian 20 perkara sebelum mengutuk kenyataan org lain. Di antara yg terkandung dlm perjanjian 20 PERKARA itu menyebut :

    Point 1:
    "While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo".

    Kenyataan PAS SABAH dgn mengaitkan yg kenyataan Amde adalah mempermainkan Agama Islam adalah mengarut dan sengaja utk menimbulkan kebencian. Budaya buruk semenanjung tidak harus dibawa utk diamalkan di SABAH tetapi PAS SABAH sengaja utk berbuat begitu dgn alasan Kesucian agama.

    ReplyDelete
  2. kebebasan beragama ialah pilihan manusia sendiri. PAS ( propaganda semenanjung ) jangan cuba merosakkan minda sabah. Rakyat Sabah harus bangkit menentang segala percubaan mensemenanjungkan sabah dalam pelbagai cara oleh tunggangan semenanjung di sabah. Bersatu kita menjunjung kedaulatan PERKARA 20 ! TIADA AGAMA RASMI DI SABAH

    ReplyDelete
  3. disebabkan kehadiran Islam yg mengikut Undang2 keluarga Islam berteraskan semenanjung, umat islam di sabah mengalami pelbagai kesulitan utk bernikah dan sebagainya dgn tpaksa melalui pelbagai karenah birokrasi. gejala buang bayi di semenanjung adalah punca undang2islam versi semenanjung. jgn heret masalah semenanjung ke sabah..KAMI MENOLAK UNDANG2 KELUARGA ISLAM DAN MAHKAMAH SYARIAH DI SABAH. WALAUBAGAIMANAPUN, KAMI MENYOKONG USIA DAN JHEINS SELAGI MEREKA TIDAK MENGIKUT TELUNJUK VERSI ISLAM SEMENANJUNG.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hamzah Abdullah is unislamic! in the eyes Islam. He has very low understanding about religion. No religion in the world arbitrarily curse fellow human being, let alone to a person like condemn Amde, like Hamzah a fellow Muslim. What a shame! Cheap politic is this a kind of leader in politic to lead PAS in Sabah. I think even PAS in Peninsular disagree with you. You'd better cermin diri dulu, if you called yourself Muslim.

    ReplyDelete
  6. Jangan pula cuba MENGISLAMKAN, MENYEMENANJUNGKAN Sabah.... biarkanlah penganutan agama di pilih secara BEBAS oleh masyarakat Sabah....

    Kita seharusnya menghormati Agama lain sebagaimana kita mahu mereka menghormati agama kita sendiri...

    saya hairan... apakah yang ditakuti sangat dengan mereka yang murtad???

    SAY NO to Undang2 anti-murtad!!!!!

    ReplyDelete
  7. undang2anti murtad ini hanya akan menambahkan rasa takut penganut lain memahami islam lebih dekat lagi.ditambah lagi dgn birokrasi Jabatan agama dan mahkamah syariah utk meluluskan pernikahan islam.PENDUKUNG ISLAM DI SABAH SEMUANYA BODOH DAN DICUCUK HIDUNG OLEH ISLAM VERSI SEMENANJUNG ! KAMI MAHU UNDANG2 ISLAM YG SEBENAR DARI NABI MUHAMMAD SAW YG AMAT BERHEMAH DAN BIJAKSANA DALAM MENYEBARKAN DAKWAH DAN SYARIAT ISLAM YG SEMPURNA..HAPUSKAN UNDANG2KELUARGA ISLAM MALAYSIA DAN GANTIKAN DENGAN UNDANG2 YG TELAH TERSURAT DLM AL QURAN DAN HADIS ! ALLAHU AKBAR ! ALLAH MAHA BESAR

    ReplyDelete
  8. Tuan Calon BEBAS, apa yang dikemukakan oleh Hamzah Abdullah, merupakan Suruhan Allah s,w,t. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Islam_liberal/B11.htm

    ReplyDelete
  9. Muhammad said...

    Tuan Calon BEBAS, apa yang dikemukakan oleh Hamzah Abdullah, merupakan Suruhan Allah s,w,t. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Islam_liberal/B11.htm
    <----- suruh tak suruh.. undang2 tetap undang2

    ReplyDelete
  10. ini bodoh punya noted???? tak sedar dia berada di sabah.. oiii penulis blog.. sedar lah ko di mana sekarang....

    ReplyDelete
  11. ya memang suruhan Allah, tp banyak lg suruhan Allah yg Undang2Islam Malaysia tak ikut sebaliknya tokok tambah(bidaah)..kenapa tak highlightkan perkara2 yg boleh menarik bukan islam utk mendekati Islam secara berhemah? apakah kursus kahwin, bayaran sagu hati kpd jurunikah&saksi nikah serta perlu dapatkan kebenaran nikah dr pejabat agama ada dlm Quran?hadis?..Muhamad, bagus kau baca dulu semua Undang2Keluarga Islam(akta yg diluluskan Parlimen Malaysia tu)..

    ReplyDelete