Saudara Pengarang,
SAYA merujuk kepada artikel bertajuk ‘Shafie Boneka, Nik Kadir Menteri KKLW?’ Yang disiarkan oleh Sabahkini.net pada rabu 9 Mac 2011. Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa artikel tersebut telah menjatuhkan maruah dan martabat saya selaku penjawat awam dan menyebabkan saya rasa tertekan, bukan kerana takut dengan apa yang didedahkan; tetapi tertekan kerana bagaimana penulis yang bernama Intan Zubaidah Abdul Hamid yang pastinya seorang muslim sanggup mereka-reka cerita sebegitu rupa.
Saya sedih kerana seorang Islam sanggup memfitnah sesama Islam. Semoga Allah mengampun dosa-dosanya dan memberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. Amin.
Sejarah perkhidmatan saya selaku penjawat awam yang dipaparkan dalam artikel berkenaan semenjak tahun 1984 sehingga kini, tidak saya nafikan adalah benar semuanya, kecuali kenyataan mengenai penglibatan saya dalam urusan projek elektrik solar luar bandar yang melibatkan lebih dari 128 projek elektrik solar dan solar hibrid di luar Bandar.
Kenyataan bahawa saya sebagai perancang utama untuk ‘merampas kuasa’ menteri dalam pengagehan projek mewah kepada kroni dalam penggunaan bateri asid plumbum adalah satu kenyataan jahat, fitnah, tidak benar dan tidak bertanggung jawab oleh penulis yang bernama Intan Zubaidah Abdul Halim dan Sabahkini.net selaku penyiar.
Masakan seorang pegawai dari Kementerian lain boleh mencampuri urusan Kementerian lain. Apatah lagi untuk membuat keputusan dan sebagainya. Nampak jelas penulis agak cetek pemikiran dan pengetahuan dari segi struktur dan operasi satu-satu Kementerian.
Kenapa penulis tidak melapor terus kepada pihak berwajib jika apa yang dikatakan telah disiasat adalah benar? Kenapa perlu didedahkan di alam siber? Jelas penulis hanya semata-mata ingin menjatuhkan maruah saya dan takut berhadapan di muka pengadilan dan mempunyai agenda lain di sebalik penulisan tersebut.
Pepatah Melayu ada berkata, “berani kerana benar, takut kerana salah” dan “jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi laut.”
Setelah hampir 4 hari berdiam diri dan dalam tempoh tersebut saya menerima banyak panggilan dari rakan-rakan yang memberi semangat agar bersabar menerima dugaan serta menasihatkan saya agar berbuat sesuatu supaya perkara yang sebenar didedahkan.
Kapada Sabahkini.net dan Puan Intan Zubaidah Abdul Hamid, saya pohon agar artikel berkenaan dikeluarkan dari portal Sabahkini.net ‘SERTA MERTA’ dan seterusnya menyiarkan kenyataan maaf di atas penyiaran artikel berkenaan dalam portal Sabahkini.net dan akhbar-akhbar utama di Sabah dan Semenanjung Malasyia.
Jika perkara ini tidak dilaksanakan dalam tempoh dua hari dari e-mail ini dikirim, saya akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
Sekian.
NIK ABD. KADIR NIK MOHAMMAD
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Aras 7, Blok D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62606 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
NOTA: ADALAH menjadi dasar Sabahkini.net hanya akan mengeluarkan artikel berkenaan jika menerima injunksi daripada mahkamah kerana penulis bertanggung jawab di atas apa yang ditulis dan disiarkan di portal ini. Sila teruskan tindakan guaman anda demi menjaga ‘maruah’ anda. Persoalan yang timbul dalam kes V.K.Lingham yang tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif tetapi boleh menentukan perlantikan hakim menarik minat Sabahkini.net untuk mengetahui lebih mendalam personaliti Nik Kadir yang disifatkan sebagai ‘King Of The Game’ dalam ‘Skandal Plumbum Gate’. Persoalah menarik untuk dinilai, kenapa Nik Kadir menggunakan ‘jawatannya’ sebagai ‘Shield’ untuk melakukan ugutan terhadap Sabahkini.net sedangkan penulis artikel berkenaan hanya mendedahkan penglibatan peribadi Nik Kadir? Apa kata Peguam Negara dan Menteri KKLW dalam hal ini?
kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
ReplyDeleteLately, Sabahkini.net seems to be publishing a lot of articles that is said to be made up and could tarnish a person reputation. I wonder how true are all the articles that are posted in sabahkini.net.
ReplyDeleteSabahkini.net should take cautious when publishing such article that could tarnish a person reputation.
ReplyDelete"Sabahkini.net hanya akan mengeluarkan artikel berkenaan jika menerima injunksi daripada mahkamah kerana penulis bertanggung jawab di atas apa yang ditulis dan disiarkan di portal ini".
ReplyDeleteIsu ini mgkn akan ada kesinambungan. Sy bminat utk tahu lanjutan isu ini. lg pn apa2 yg tersiar dlm sini telah mdapat injuksi drpd mahkamah & penulis btanggungjwb apa yg telah ditulis dan disiar.
Maybe an further investigation regarding this case can explain this.
ReplyDeletemasakan rumput bergoyang kalau tidak ada angin. lebih baik jika isu ini disiasat bagi mengetahui dengan lebih jelas berkenaan dengan perkara ini. jika sejarah perkhidmatan beliau yang ditulis oleh penulis adalah benar dan tepat, bermakna sumber yang beliau perolehi untuk keseluruhan artikel itu juga benar dan tepat.
ReplyDeletetunggu dan lihat saja apa perkembangan isu ini nanti.
ReplyDeleteNah mungkin mereka ini boleh didakwa kerana menyebarkan maklumat palsu dan memfitnah orang lain.
ReplyDeleteMengapa harus disebarkan fitnah kerana fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Lapor saja kepada pihak berwajib, sedikitpon saya tidak gementar kerana apa yang didedahkan semuanya tidak benar kecuali fitnah semata-mata. Kepada penulis artikel "Shafie Boneka, Nik Kadir Menteri KKLW" kalau berani lapor segera kepada pihak SPRM, Polis atau mana-mana pihak yang dirasakan perlu dan boleh mengambil tindakan, saya sedia menanti balasannya jika apa yang dikatakan benar. God is Great.
ReplyDeleteMemang mereka yang berbuat kesalah ini perlulah diberikan hukuman yang setimpalnya dengan kesalahan. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berleluasa.
ReplyDelete