Friday, 12 August 2011

WARKAH KASIH BUAT SEORANG ‘ULAMA’!



Saudara Pengarang,

HARAPAN kita, Rakyat Malaysia memiliki seorang Pemegang amanah yang telah bersumpah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi;" takut kepada Allah, setia kepada tugas dan tanggungjawab, mengatasi kepentingan keluarga dan peribadi.

Tun Sakaran yang terkenal dengan sifat warak dan memegang amanah Allah, nampaknya gagal memegang amanah ini apabila beliau tidak dapat mengawal nafsu haloba anak menantunya yang juga adik kepada menteri.

Anaknya yang berada dalam Kementerian itu sebagai Pegawai Khas Menteri; Cucunya yang juga seorang anak menteri Kabinet Sabah baru-baru ini telah menaja 35 orang Pemuda UMNO Semporna untuk pergi Umrah. Gagal, Gagal dan Gagal mengawal nafsu tamak haloba.

Cukuplah dengan mengenepikan mantan Bapa Kemerdekaan Sabah dahulu, anda menjadi bahan cacian, makian dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat Sabah bahawa anda adalah ‘PENDERHAKA’ kepada BAPA yang pernah mengangkat anda dari lembah yang paling hina dan menjadikan anda sebagai manusia berharga tetapi akhirnya menjadi murid yang derhaka.

PESAN.....Nasir sedang memberi pesanan terakhir kepada anak dan ahli Pemuda UMNO yang akan menunaikan umrah.

HEBAT....Siapakah yang menaja belanja Umrah ahli Pemuda UMNO ini kerana ramai di antara mereka masih menganggur!

Amanah itu diletakkan di tangan dan bahu anak saudara anda yang bergelar Menteri. Di tangan anak anda yang bergelar Menteri, peganglah amanah itu dengan baik-baik sebelum anda mengadap Allah.

Terlalu ramai manusia, rakan, sahabat, penyokong yang pernah anda ketepikan; nafikan, bohongi dan persendakan demi kepentingan anak anda, anak saudara anda yang menyebabkan dosa-dosa mereka akan menjadi lebih hitam muka bumi ini; sebagaimana hitamnya Batu Hajarul Aswad yang baru-baru ini dikunjungi oleh cucu anda.

Kembalikan kepimpinan itu kepada yang BERHAK. Jika anda tidak tahu dan kurang faham sejarah Daerah Semporna, akuilah sementara anda masih ada masa untuk bertaubat.

Hak itu memang bukan hak anda, bukan hak anak saudara anda, bukan hak anak anda tetapi adalah hak orang lain. Perbetulkanlah perbuatan-perbuatan dan tindakan songsang mereka.

Sanggupkah anda melihat keaiban demi keaiban terkeluar dari laporan demi laporan yang telah dikeluarkan oleh rakyat Sabah kerana perbuatan anda bersaudara? Sanggupkah ketika menemui kematian anda esok hari, akan ada rakyat datang ke kubur anda untuk mengencingkan kubur anda kerana perbuatan keji anda dan anak- anda dan anak saudara anda?

Atau mungkin anda akan berkata “Aahhh! bukan saya sahaja yang buat kerja seperti ini tetapi kerja ini juga dibuat oleh orang lain. Ya, saya setuju anda boleh kata begitu, tetapi ingat generasi akan datang tidak akan bersetuju bahawa perbuatan itu adalah cara yang halal dan betul.

Jesteru itu insaflah, kawallah anak anda, anak saudara anda dari terus membuat kerja kerja yang keji, hina dan memalukan ini.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi!" Jangan sampai makan diri anda sendiri.

Sekadar ingatan kepada pemimpin yang masih hidup. Kita mampu mengubahnya, tetapi jika kita tidak ingin mengubah, Allah akan mengubahnya.

Wassalam!

Salam Ramadhan.

HAMBA ALLAH.

No comments:

Post a Comment