ROBEK ….Kelihatan kedua bendera yang robek tetapi masih dikibarkan di sebuah restoran sedangkan rakyat Malaysia mula menyambut Ambang Kemerdekaan dengan mengibarkan bendera Sabah dan Malaysia yang serba baru.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
MUNGKIN kerana kesal dengan tindakan Kumpulan yang diketuai lelaki yang mengaku Waris Sultan Sulu membakar bendera Sabah, para peniaga di Lahad Datu tidak bersemangat untuk menyahut kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah sempena Bulan Kemerdekaan.
Hanya tinggal 18 hari sahaja lagi Malaysia (Malaya) akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-57, banyak pemilik bangunan mula mengibarkan Jalur Gemilang sejak 1 Ogos lagi, namun pemilik Akhbar Restoran di Fajar Center, seolah-olah tidak mempedulikan langsung kempen berkenaan.
Restoran 24 jam ini masih mengibarkan bendera lusuh dan usang, sedangkan MDLD telah mengeluarkan notis untuk mengibarkan Jalur Gemilang baru sepanjang satu bulan kempen berkenaan.
“Saya sudah kasi tahu sama boss saya supaya Jalur Gemilang dan bendera Sabah ditukar baru, tapi tiada respon daripada boss saya,” kata seorang pekerja restoran berkenaan yang meminta namanya dirahsiakan.
Menurut pekerja itu, beliau turut berasa malu kerana semua deretan premis perniagaan di barisan restoran ini telah menukar bendera baru dan hanya restoran tempat beliau bekerja sahaja yang degil dan seolah-olah pemiliknya, berketurunan India (?) tidak mempunyai semangat patriotik dan enggan menghargai sambutan hari kebangsaan.
Katanya lagi, beberapa minggu lalu, restoran ini telah menerima surat pekeliling daripada MDLD tapi pemilik restoran ini enggan mempedulikan surat pekeliling sambutan hari kemerdekaan.
Hakikatnya, kata pekerja itu, beliau kesal dengan sikap majikannya. Berapalah sangat harga dua helai bendera Malaysia dan Sabah? Tidakpun sampai RM20, sedangkan beliau hanya menerima gaji RM500 sebulan, namun masih mampu membeli dua helai bendera untuk dikibarkan di rumahnya.
Persoalannya, perlukah warga Lahad Datu memboikot restoran ini bagi mengajar agar pemiliknya menghormati negara ini yang merdeka dan berdaulat?
No comments:
Post a Comment