Saudara Pengarang,
SAMBUTAN Hari Malaysia di Padang Bandaran Kota Kinabalu pada malam 16 September lalu hanya membazirkan wang rakyat kerana terlalu hambar dan langsung tidak memaparkan semangat patriotik rakyat Sabah, seolah-olah rakyat Sabah hanya robot yang diprogram dan tidak mempunyai akal fikiran.
Malam bersejarah sepatutnya diisi dengan Acara Memperingati Batu Sumpah, Pintomen Menghayati Kemerdekaan dan Mengingati Pejuang Kemerdekaan hanya dihiasi nyanyian dan tarian sesat yang tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat Sabah yang ditindas oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak 1963.
Apakah pemimpin Sabah seperti Tuan Yang Di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri serta Kabinet Sabah langsung tidak tahu bagaimana mahu mengisi Perayaan Memperingati Hari Malang Sabah dalam Malaysia atau mereka tidak mempunyai Semangat Patriotik kerana perut mereka semua dipenuhi tahi?
Berapa jutakah wang rakyat dibelanjakan untuk menganjurkan Majlis Memperingati Hari Malaysia ini yang setaraf dengan Parti Hari Jadi Pelakon Porno di Hollywood?
Kenapa tidak ada sebarang ucapan atau pesanan diberikan oleh TYT atau Ketua Menteri Sabah kerana rakyat yang datang mahu mendengar amanat Ketua Kerajaan dan bukannya dikaburi dengan persembahan yang sesuai untuk ‘Pilak’ yang berpusu-pusu memenuhi padang dan pentas utama.
Akibatnya, ramai Pegawai Kerajaan terutama Pegawai Daerah bertindak meninggalkan Pentas Utama di belakang Tetamu Kehormat kerana tidak tahan dengan aroma ‘Pilak’ dan sorak sorai yang membingitkan telinga ketika artis ‘lokal’ mempersembahkan nyanyian mereka yang seolah-olah memperingati Penjajahan Inggeris ke atas Sabah.
Jika inilah mutu Sambutan Ulang Tahun Hari Malaysia, lebih baik buat acara ringkas memotong kek di Istana Negeri atau menyembelih kerbau di Batu Sumpah atau Bertafakkur di Masjid Negeri atau Double Six tempat persemadian Wira Negara yang terpaksa mengorbankan jiwa mereka untuk perjuangan demokrasi.
Semoga Setiausaha Kerajaan Negeri malu dengan persembahan yang sama taraf dengan kualiti ‘Pilak’ dan meletakkan jawatan; itupun jika masih ada kemaluan kerana ramai remaja dan anak muda menggunakan ‘kemaluan mereka’ untuk meraikan Majlis Ulang tahun Hari Malaysia setelah mendengar lagu Fantasia Bulan Madu di malam berkenaan.
Salam Hormat,
CITRA MASADI
No comments:
Post a Comment