Sunday, 18 September 2011

TIADA PEMENANG LAYAK BAHAS ISU 20 PERKARA



SETELAH Sayembara mendapatkan komen terbaik berhubung isu Masih Relevankah 20 Perkara? yang disiarkan Sabahkini.net mulai 1 Jun 2011 ditutup pada jam 12.01 tengah malam 31 Ogos 2011, panel hakim yang dilantik membuat keputusan tidak ada yang layak memenangi hadiah RM5,000 yang ditawarkan untuk komen terbaik.

Ketua Panel Hakim, Mutalib M.D yang membuat penilaian bersama Datuk Patrick Sindu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Proffesor Dr Hamid Awong dan Datuk Akhiruddin Atan mendapati tidak ramai yang memenuhi syarat untuk mengikuti sayembara berkenaan secara serius; termasuk menggunakan nama sebenar dan e-mail; sebaliknya menggunakan nama samaran untuk menghantar komen secara suka-suka dan bersahaja.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa 20 Perkara bukanlah perjanjian atau dokumen sah yang mempunyai locus standi, sebaliknya hanya memorandum yang disediakan sebagai panduan untuk menjadi asas Perjanjian Malaysia yang kemudiannya terbatal secara automatik apabila Brunei enggan menandatanganinya dan Singapura menarik diri tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, wang hadiah berkenaan akan dibawa untuk Sayembara lain di masa akan datang sebagai sumbangan Sabahkini.net bagi mencungkil semangat patriotisme di kalangan rakyat Sabah.


No comments:

Post a Comment