Wednesday, 19 June 2013

HARRIS AKUI KL UBAH DEMOGRAFI SABAH





Oleh :    NIGEL AW
           
BEKAS Ketua Menteri, Datuk Sabah Harris Salleh pernah mengakui bahawa kerajaan persekutuan mampu mengubah demografi Sabah untuk memihak kepada mereka jika kerajaan negeri yang diterajui PBS tidak 'dengar cakap'.

Harris membuat pengakuan itu dalam buku bertajuk "Harris Salleh of Sabah" yang ditulis oleh Paul Raffaele pada 1986, kata Setiausaha Agung Upko, Wilfred Madius Tangau kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Membaca dari buku tersebut yang tidak lagi diterbitkan dalam negara, Wilfred memetik Harris (kiri) sebagai berkata Kuala Lumpur akan memastikan hak orang Melayu di Sabah dilindungi dan akan campurtangan jika kerajaan negeri yang diterajui PBS mengambil tindakan bersendirian.

"Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pelarian dalam tempoh tiga jam, tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.

"Sudah pun di Kudat, kawasan PBS sekarang, lebih 3,000 Filipina mempunyai IC dan apabila mereka berdaftar untuk mengundi, kerusinya adalah Usno sekurang-kurangnya untuk sepanjang abad ini.

"Corak yang sama boleh dilakukan di seluruh Sabah supaya orang Kadazan menjadi minoriti kecil," Wilfred memetik Harris sebagai berkata dalam buku tersebut.

PBS, yang dilihat sebagai sebuah parti bumiputera bukan Islam, menang pada tahun 1985 selepas berpecah daripada parti pemerintah, Berjaya, sebuah parti komponen BN.

Berjaya bergabung dengan Usno pada tahun 1990 untuk membentuk Umno Sabah dan sebagai sebahagian daripada BN negeri, ia menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui PBS pada 1994 melalui lompat parti, selepas PBS menang tipis dalam pilihan raya negeri pada tahun tersebut.

Kejatuhan PBS didahului oleh sekurang-kurangnya dua operasi rahsia yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membolehkan warga asing mengundi di antara tahun 1990 dan 1995, satu operasi oleh sekumpulan yang digelar sebagai G17 dan satu lagi operasi yang digelar "Ops Durian Buruk".

31 comments:

  1. Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang
    haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad
    pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan ini harus dikaji secara mendalam apakah keburukan dan kebaikannya.

      Delete
  2. masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang
    asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan
    sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah akibat pemberian mykad secara sewenang-wenangnnya tanpa kawalan.

      Delete
  3. Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke
    'ground zero',

    ReplyDelete
  4. kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad
    pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan
    sijil kelahiran.

    ReplyDelete
  5. Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan
    masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan
    menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah
    berhenti, sebaliknya akan berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN harus lebih berhati-hati semasa memberi mykad kepada permohon. Latar belakang mereka harus dikenal pasti terlebih dahulu.

      Delete
  6. UPKO jelas Wilfred telah melakukan kaji selidik bagi menyiasat kegiatan
    pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebaik sahaja RCI dibentuk,
    dan mendapati pemberian kerakyatan kepada warganegara asing berkenaan
    bukan setakat berlaku pada 1980an, tetapi juga awal tahun 90an.

    ReplyDelete
  7. Pembuatan kad pengenalan palsu perkara yang berterusan," katanya, dan
    menambah, "10 peratus daripada penerima kad pengenalan tersebut tanpa
    perlu memohonnya.

    ReplyDelete
  8. Manakala 90 peratus daripada mereka membeli
    kad pengenalan tersebut," katanya, dan menerangkan laporan kaji selidik
    tersebut akan didedahkan oleh Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bayangkan berapa banyak wang yang mereka ini sudah untung?

      Delete
  9. RCI sebelum ini pada Mei diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12
    kali lebih banyak berbanding Sarawak, dengan sekitar 66,000 pendatang
    haram di negeri Borneo tersebut telah diberi kad pengenalan biru sejak
    1963.

    ReplyDelete
  10. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat sebelum
    ini memberi keterangan seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi
    IC biru daripada 1963 hingga 2012.

    ReplyDelete
  11. Beribu pelarian Filipina
    melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri
    daripada perang saudara Sulu di selatan.

    ReplyDelete
  12. Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila
    sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang
    terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang
    satu jam menerusi bot dari selatan Filipina. Sarawak, bagaimanapun,
    bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

    ReplyDelete
  13. Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

    ReplyDelete
  14. Kemasukan
    pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat
    pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada
    mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak
    ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

    ReplyDelete
  15. Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan
    di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh
    beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam
    pilihan raya.

    ReplyDelete
  16. He just simply make another accusations.

    ReplyDelete
  17. He sold Labuan and now he said like that?

    ReplyDelete
  18. Changes to the country can be brought about by building the mindset of youth

    ReplyDelete
  19. Najib said changes do not necessarily mean bringing it out to the streets through illegal demonstrations.

    ReplyDelete
  20. Najib said in order to bring about success and development in Malaysia, the mindsets of its people has to be built.

    ReplyDelete
  21. Najib reminded the youths that information disseminated through social media are not true at all times and that news reported through main stream media do not necessarily mean the government's propaganda.

    ReplyDelete
  22. The Barisan Nasional (BN) government is always making efforts to raise the living standard of the people throughout the state to ensure they will not be left out from the mainstream of development.

    ReplyDelete
  23. He said there was no need for the people to be influenced by the ‘Ubah’ (change) promise of the opposition because the BN government was making efforts to improve the lives of the people through the Government Transformation Programmes (GTP) advocated by Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  24. The time has come for us to decide. The path of democracy has determined that the future of this nation lies in your hands as citizens. Power to the people is what free and fair elections are all about.

    ReplyDelete
  25. The Barisan Nasional (BN) Selangor manifesto promises a better life for all races in the state, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete