Oleh : AIDILA RAZAK
Pakatan Rakyat akan
menghantar notis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasukan polis hari ini
untuk menyatakan niat mereka berhubung penganjuran perhimpunan 'Black 505' pada
15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Pengarah strategi PKR, Rafizi
Ramli berkata, gabungan parti itu pada asalnya ingin mengadakan perhimpunan itu
di Dataran Merdeka pada jam 2 petang pada tarikh berkenaan.
Namun, Pakatan mengambil
maklum saranan dan peringatan daripada polis supaya mengelakkan dari berhimpun
di Dataran, katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
"Namun, jika polis dan
DBKL tidak kisah, kami ingin berhimpun di Dataran," katanya lagi.
Tambahnya, Pakatan memilih
untuk berhimpun di Padang Merbok buat masa ini untuk mengelakkan rundingan demi
rundingan yang mungkin akan melengahkan perhimpunan berkenaan.
Akta Perhimpunan Aman 2012
menetapkan penganjur memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan dalam tempoh 10
hari, selain permohonan bertulis dan pemilik kawasan yang menjadi medan
perhimpunan terbabit.
Kedua-dua lokasi berkenaan –
Padang Merbok dan Dataran Merdeka diuruskan oleh DBKL.
Penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.
ReplyDeletePensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.
ReplyDeleteMenurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik. “Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.
ReplyDelete“Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya kepada media. Ditanya mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan Pas dalam himpunan tersebut, Azmi berpendapat, ialah adalah bukti himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.
ReplyDelete“Sebenarnya himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selepas PRU13 yang lalu. “Pas pula (dipercayai) tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu,” katanya. Dalam perhimpunan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.
ReplyDeleteKegagalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir ke perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh PKR di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 25 Mei 2013 yang lepas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PR.
ReplyDeleteJarang benar para pemimpin utama DAP dan PKR memboikot sebarang perhimpunan bantahan yang dianjurkan apatah lagi hanya menghantar pemimpin bertaraf kelas kedua sahaja sekadar memenuhi undangan.
ReplyDeleteAlasan kononnya pemimpin utama DAP dan PAS itu berada di luar negara untuk urusan lain agak pelik bunyinya seolah-olah mereka tidak mengetahui penganjuran himpunan tersebut dan langsung tak dijemput untuk menyampaikan ucapan.
ReplyDeleteSelain mereka berdua, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga tidak hadir sementara jumlah kehadiran penyokong PR juga jauh berkurangan berbanding himpunan pertama Blackout 505 di Stadium MBSJ Kelana Jaya sebelum ini.
ReplyDeleteKetua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menyedari sudah wujud sosek-sosek kebimbangan dikalangan penyokong PR dilihat cuba meredakannya dengan menjanjikan lebih banyak perhimpunan sama akan diadakan di seluruh negara.
ReplyDeleteDilihat pada senario semasa ini jelas kelihatan penganjuran terbaru himpunan 505 lebih dimonopoli oleh pemimpin PKR dan NGO yang dekat dengan parti itu sahaja, seperti mengiakan DAP dan PAS cuba menjauhkan diri dari PKR.
ReplyDeleteJika keadaan ini berterusan tidak sukar menjangkakan kemungkinan momentum blackout 505 akan semakin merudum dan akhirnya menjelang penghujung bulan depan ianya akan padam dan ghaib dari pandangan.
ReplyDeleteSelepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.
ReplyDeletePembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.
ReplyDeleteAnwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.
ReplyDeleteKini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.
ReplyDeletePengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.
ReplyDeleteHimpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.
ReplyDeletePenyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya. Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.
ReplyDeleteMelihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.
ReplyDeleteUmpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.
ReplyDeleteSikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.
ReplyDeleteMalah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.
ReplyDeleteJusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.
ReplyDeleteAgenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.
ReplyDeleteMungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.
ReplyDeleteMalah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
ReplyDeleteRAFIZI RAMLI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT
ReplyDeleteSejak kebelakangan ini rakyat Malaysia selalu terdengar tentang pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi Ramli. Tahukah pembaca semua latar belakang Rafizi ni yang sebenarnya?
Para pembaca mungkin tidak menyelidik siapa si Rafizi yang kerjanya hanya mencari invoice dan bil-bil hotel serta catering dimana Perdana Menteri membuat tempahan makan dan sebagainya.
Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa si Rafizi ni seorang manusia tapi ibarat kacang lupakan kulit, atau lebih tepat lagi sebagai orang yang tidak mengenang jasa.
Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai ‘West’s best ever friend’ atau kawan paling akrab Barat.
ReplyDeleteMungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.
ReplyDeleteRAFIZI RAMLI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT
ReplyDeleteRafizi ni dilahirkan di Besut Terengganu dan dibesarkan di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail Kemaman dan kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Pernah di anugerahkan dengan biasiswa PETRONAS sebelum SPM dan pernah juga berkhidmat dengan PETRONAS.
Mari kita lihat kenapa Sangkakala kata dia ibarat kacang lupakan kulit.
Menerima pendidikan awal di sekolah rendah Sultan Ismail di Kemaman, ianya adalah sebuah sekolah yang dibina oleh kerajaan dan disitulah dia mula menimba ilmu, kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar yang di urus tadbir oleh kerajaan dan disitu jugalah dia mendapat pendidikan menengah.
Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.
ReplyDeleteSetelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.
ReplyDeleteRAFIZI RAMLI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT
ReplyDeletePernah mendapat biasiswa PETRONAS untuk beliau belajar dan itu sebelum SPM lagi.
Pernah berkerja di PETRONAS dan disitulah dia mencari rezeki.
Cuba para pembaca sekalian fikir, adakah Rafizi belajar di sekolah yang dibina oleh dibina oleh Pakatan Rakyat atau PAS kerana dimasa itu Pakatan Rakyat dan PKR masih belum wujud lagi, jawapannya ialah tidak. Pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, adakah koleh tersebut di biayai oleh PAS atau DAP pada masa itu? Jawapannya juga tidak.
Pernah berkerja dengan PETRONAS, adakah PETRONAS itu diasaskan oleh PAS atau DAP? Jawapannya juga tidak.
Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.
ReplyDeleteRAFIZI RAMLI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT
ReplyDeleteSemua yang ada diatas tadi adalah hasil dari usaha Barisan Nasional dari dulu hinggalah kini, dan apabila sudah mempunyai pelajaran dan sudah mampu untuk hidup, maka si Rafizi bertindak menghentam kerajaan seolah-olah langsung tiada budi dan jasa yang ditaburkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada beliau. Ini adalah satu contoh seperti yang dikatakan tadi "kacang lupakan kulit".
Apa yang lebih menyedihkan lagi, rupa-rupanya jawatan Pengarah Strategi dalam PKR itu adalah sama dengan taraf seorang ofisboy atau budak pejabat yang kerjanya hari-hari mencari fail tetapi berbeza pula dengan Rafizi, kerja beliau secara rasminya adalah mencari invoice serta bil-bil dari hotel-hotel serta catering.
JUMMMM...KIT IMBAS KEMBALI...RAFIZI DIMAKI OLEH AZMIN
ReplyDelete"Budak bodoh", mungkin itu yang ada dalam hari Azmin Ali, timbalan presiden PKR sekarang terhadap pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
Akibat dari pendedahan Rafizi yang kononnya anak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dikatakan menggunakan kenderaan mewah jenis Hammer yang dikatakan milik ahli perniagaan Michael Chia.
Hubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.
Rafizi yang baru baru ini didakwa dengan akta Bafia kerana mendedahkan akaun syarikat milik NFC Corp mungkin terlupa dengan pemilikan sebuah kereta sport jenis Ferrari yang dimilik oleh Azmin Ali (seperti dalam gambar).
Dari mana pula Azmin Ali dapat duit untuk memiliki kereta mewah berprestasi tinggi yang berharga lebih dari setengah juta ringgit dan tidak mungkin Azmin hanya memiliki sebuah kenderaan mewah sahaja.
Adakah itu hasil dari simpanan Azmin sejak dari kecil?
Rafizi mungkin sengaja membawa isu anak Datuk Seri Nazri Aziz untuk memberi gambaran serta pendedahan kenderaan yang dimiliki oleh Azmin kerana kita semua tahu, Azmin kini disebut sebut sebagai calon Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memenangi negeri Selangor pada PRU13 nanti.
Ibarat kata pepatah pukul anak sindir menantu, itu adalah strategi yang dilakukan oleh Rafizi.
Secara jelasnya, Rafizi memang berniat untuk membuka pekung Azmin tapi dengan membiarkan orang lain yang melakukannya, cara mudah untuk membuka kisah ini, Rafizi mengadakan cerita bahawa anak Datuk Seri Nazri menggunakan kereta mewah dan sudah pastilah nanti akan ada orang yang membuka cerita dan bukti bahawa Azmin juga memiliki kenderaan mewah ini.
Tahniah Rafizi kerana berjaya membuka mata rakyat dan memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui siapa Azmin yang sebenarnya. Serampang dua mata yang digunakan oleh Rafizi amat berkesan sekali, memang patut beliau di letakkkan sebagai pengarah strategi PKR kerana strategi beliau untuk menjatuhkan Azmin akan berjaya tak lama lagi.
Polis akan ambil tindakan tegas terhadap beberapa individu yang telah dikenalpasti merancang mencetuskan huru-hara menerusi perhimpunan 505.
ReplyDeleteTegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu dan kumpulan yang berhasrat untuk menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.
ReplyDeleteTambahnya, perkara itu tidak boleh dianggap satu permainan kerana negara mempunyai sistem dan undang-undang yang perlu dipatuhi.
Justeru itu, beliau menyeru penyokong serta orang ramai untuk patuh kepada apa yang telah ditetapkan.
ReplyDeletePihaknya telah menerima maklumat ada rancangan mengadakan perhimpunan 505 selepas tamat proses pembuangan undi.
PR tidak patut menyalahkan BN dalam apa juga perkara yang tidak menyebelahi mereka dan perlu menghentikan penganjuran perhimpunan Blackout 505.
ReplyDeleteBekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, tindakan sering menyalahkan BN tidak masuk akal dan melampau.
Menurutnya, pemimpin PR perlu bertanggungjawab dan adalah penting untuk mereka memahami kesan penganjuran perhimpunan.
“Pemimpin PR adalah orang yang tidak tahu apa makna tanggungjawab dalam kepimpinan mereka. Menjadi seorang pemimpin penting untuk mengelak berlaku huru-hara,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran perhimpunan Blackout 505 tidak dihentikan kerana ia belum diadakan di Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu membuktikan pemimpin PR tidak mempedulikan keamanan negara.
“Cukuplah, sudahlah. Apa lagi yang mereka mahu? Apabila sudah kalah, jangan mencabar kerajaan, adakan perhimpunan dan mendakwa dakwat tidak bagus.
“Mereka yang mengeluarkan banyak kali kenyataan berkaitan perkara ini perlu ditangkap sahaja kerana apa yang mereka lakukan adalah bukan perkara yang boleh kita terima,” katanya.
Beliau juga kesal kerana masih ramai rakyat di negara ini yang tidak menerima kebaikan yang dilakukan kerajaan, sebaliknya mempercayai tohmahan pemimpin pembangkang.
“Saya sedih kerana kebanyakan penduduk Melayu di Malaysia yang melebihi penduduk Cina tidak percaya langsung apa yang kerajaan buat.
“Saya ingin ingatkan orang muda, jangan percaya 100 peratus dakyah PR. Gunakanlah akal yang waras. Jangan menerima apa sahaja yang mereka lakukan, nanti kita akan susah,” katanya.
di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
ReplyDeleteLangkah itu kata beliau, perlu bagi menjamin keselesaan warga kota dan memastikan orang ramai tidak terperangkap dengan dakyah kumpulan yang cuba menggangu-gugat ketenteraman awam.
"Polis perlu bertindak menghalang perhimpunan tersebut, jangan biarkan mereka (pembangkang) mencaci, memfitnah dan mencerca serta menghasut rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, tidak ada kewajaran munasabah bagi membenarkan perhimpunan yang turut didalangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, beberapa siri perhimpunan anjuran pakatan pembangkang membantah keputusuan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebelum ini jelas berbau hasutan dan perkauman.
"Apa lagi yang mereka mahu, jika tidak berpuashati boleh bawa kes itu ke mahkamah," katanya.
Justeru katanya, rakyat terutama warga kota menaruh harapan kepada polis bagi membendung gejala tidak bermoral itu.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang dipetik sebagai berkata Pakatan Rakyat menyokong pengajuran perhimpunan 'Blackout 505' bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Anwar mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran perhimpunan pada 15 Jun itu dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang ini (Isnin).
Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.
moga perhimpunan ini berjalan aman
ReplyDelete