Oleh : MUDA MOHD. NOOR
PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet dari Umno, Tan Sri Aziz
Shamsuddin berkata, Umno sudah elok tetapi masih perlu diperbaiki lagi.
Aziz yang kini menjadi
presiden bekas wakil rakyat Umno juga berkata, Umno pimpinan Datuk Seri Najib
Tun Razak dengan mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad sangat jauh berbeza.
“Kalau dibuat perbandingan
antara kedua-dua mereka, ia tidak akan ada kesudahan. Kita bukan demokrasi
terpimpin, tetapi demokrasi yang bergerak.
“Bagi saya Datuk Seri Najib
dan Tun Mahathir sangat berbeza,” katanya lagi.
Aziz pernah menjadi
setiausaha politik Dr Mahathir, beliau juga pernah menjadi timbalan menteri
pelajaran dan menteri luar bandar semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi
perdana menteri dari tahun 2003 hingga 2009.
Ketika ditanya sama ada
Najib perlu dicabar dalam pemilihan Umno hujung tahun ini, bekas ahli parlimen
Shah Alam itu berkata, `tidak perlu’.
“Sudah elok, dua jawatan itu
usah dipertandingkan, yang lain terpulang kepada ahli,” tambah Aziz.
Bagaimanapun, Pemuda Umno
menyokong supaya gandingan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekal sebagai
Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Perkara ini dinyatakan oleh
ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.
“Kedua-dua mereka perlu
dikekalkan untuk meneruskan usaha tranformasi
dan mengukuhkan lagi Umno, termasuk menghadapi pilihan raya umum akan
datang,” katanya.
Umno dijangka mengadakan
pemilihan pimpinan akhir tahun ini. (FMT)
Kejayaan UMNO sebagai parti orang Melayu, Islam terbesar di negara ini yang menjadi parti tunjang pemerintahan sehingga berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju, aman dan makmur terus mendapat pengiktirafan dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
ReplyDeleteJusteru tidaklah menghairankan apabila banyak parti-parti politik dari negara luar terutama parti yang mewakili masyarakat Islam mahu menjadikan UMNO sebagai contoh rujukan utama mereka khususnya dari sudut pentadbiran.
ReplyDeleteIni dibuktikan apabila Parti Kongres Muslim Sri Lanka menyifatkan UMNO sebagai parti Islam terbaik yang perlu dicontohi menerusi kebijaksanaannya memimpin sebuah negara yang berbilang kaum.
ReplyDelete“Walaupun UMNO memimpin sebuah negara yang majoritinya orang Islam namun tidak pernah menafikan hak-hak kaum bukan Islam yang lain.
ReplyDelete“Berbeza dengan kami yang merupakan kaum minoriti di Sri Lanka tetapi sebenarnya banyak perkara yang kami rasa perlu belajar dari UMNO”, kata pemimpin Parti Kongres Muslim Sri Lanka, Hon. Rauff Hakeem.
Selepas 67 tahun penubuhannya, Umno masih kekal sebagai sebuah parti
ReplyDeleteyang kukuh dan berjaya tetapi perlu memikirkan kelemahan parti jika
ingin mendapat sokongan berterusan daripada rakyat.
parti itu yang diberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang perlu merendah diri dan menghormati kehendak rakyat.
ReplyDeleteKeputusan pilihan raya menyaksikan kita memenangi 88 kerusi Parlimen,
ReplyDeleteprestasi yang meningkat berbanding hanya 79 kerusi pada 2008.
Mari kita perbaiki kelemahan parti, terima kasih kepada mereka yang
ReplyDeletesetia bersama kami dan mencari jalan untuk memenangi hati rakyat yang
belum menyokong kita pada pilihan raya umum ke-14 nanti
Umno yang mengekalkan pemerintahan untuk lebih enam dekad boleh dianggap sebagai parti politik paling berjaya di dunia.
ReplyDeleteUmno bukan parti rasis tetapi sebuah parti yang inklusif dan sederhana.
ReplyDeletemenjamin keadilan kepada semua pihak yang mempunyai hak tanpa mengira
ReplyDeletesesiapa saja sebagai rakan kongsi kita. Kami akan mempertahankan polisi
yang adil saksama dan sederhana
Umno dan Barisan Nasional tidak akan membenarkan 'politik oportunis'
ReplyDeletePakatan Rakyat untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan.