Monday, 17 June 2013

LAYANAN KELAS 2 BUAT JENTERA SIBER BN






Oleh : MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

"Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB.

"Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya tunfaisal.blogspot.com tetapi tidak merujuk secara khusus terhadap individu yang dimaksudkannya.

Tun Faisal juga mendedahkan UMB sering dijadikan "kambing hitam" oleh blogger upahan apabila berlaku sesuatu kegagalan dalam sesuatu misi walhal kumpulan tersebut menerima arahan dan peruntukkan daripada pihak atasan.

"UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka," kata beliau.

"Mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata kami bukan jentera parti, apa jentera parti buat? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti," tambahnya lagi.

Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.

"Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.

Terdapat kira-kira 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, dengan 64 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Malahan,  "Tsunami Politik" pada Pilihan Raya 2008 lalu juga dikatakan berpunca daripada peranan media baru yang terdiri daripada Facebook, Twitter, blog dan banyak lagi, dimana menyaksikan BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009.

Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.

Susulan keputusan mengejutkan tersebut, pemimpin atasan kerajaan pemerintah mula menyedari tentang peranan media baru tersebut dan telah membelanjakan jutaan wang untuk memperkuatkan jentera siber mereka pada pilihan raya 5 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, keputusan sebaliknya yang berlaku apabila BN masih gagal menyaingi kekuatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang lebih ke depan dalam perang siber dimana ia sendiri diakui oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum Pilihan Raya 2013 lalu.

Selepas pilian raya 5 Mei lalu, BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89.

Buat pertama kali BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan.

24 comments:

  1. jentera cyber harus diperkukuhkan

    ReplyDelete
  2. Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet.

    ReplyDelete
  3. Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. Benarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal.

    "Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

    ReplyDelete
  5. "Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing," katanya lagi.

    ReplyDelete
  6. Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai "kebenaran" melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum."

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan.

    ReplyDelete
  8. "Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak," kata beliau.

    ReplyDelete
  9. Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab.

    ReplyDelete
  10. "Medan perang" ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Salam perjuangan buat semua teman-teman cybertrooper BN dan setiap individu yang berkerja keras samada di alam maya atau di alam nyata. Saya percaya kaitan kedua-dua jentera alam maya dan alam nyata berkait rapat dalam perperangan PRU13 yang baru tamat. Sumbangan mereka samada yang dilantik atau yang sukarela tidak ternafi kesungguhan melawan kesukaran.

    ReplyDelete
  12. Pengalaman PRU13 cukup membuka idea pandangan setiap individu level bawah hingga atas, yang sesungguhnya perperangan Alam Maya banyak mempengaruhi gerakan alam nyata dan bergitu sebaliknya.

    ReplyDelete
  13. Saya sedar dan ada bukti terdapat setengah menteri di Malaysia masih beranggapan yang pendekatan lama lebih berkesan hingga sanggup menafikan perjuangan cybertrooper di negerinya. Malah pendekatannya lebih kepada media utama hingga terdapat rungutan cyber trooper dibawah tidak diberi perhatian semasa kempen selepas pembubaran.

    ReplyDelete
  14. Saya tidak mahu menyatakan negeri mana dan siapa kerana bukan hajat PPM untuk mendedahkan kesilapan individu tetapi untuk membuka mata dimana kita sekarang ke arah hadapi PRN Sarawak dan PRU14.

    ReplyDelete
  15. BN tentu sedar peranan media sosial dalam PRU-13. Sebenarnya BN sudah bersedia dengan perwira mayanya (cyber troopers). Cuma, tidak mencukupi. Tidak cukup agresif. Tidak cukup perkasa.

    ReplyDelete
  16. Tetapi tidak adil jika kita nafikan peranan UMB pusat membantu setiap UMB negeri hingga peningkatan jumlah kerusi di Kelantan dan kemenangan Kedah. Itu kayu ukur utama UMB pusat. Malah di Sarawak UMB pusat banyak memberi bantuan info dan maklumat sebagai bahan perperangan.

    ReplyDelete
  17. Sementara itu sanggupkah BN kali ini akui ditewaskan oleh media sosial yang ganas dan tanpa belas kasihan. Pembangkang menggunakannya dengan secara berkesan. Perwira maya BN bukan tidak melawan, tetapi asakan dari pihak sebelah terlalu hebat dan dahsyat? Itu amat pahit untuk semua pihak akui sedangkan UNDI MELAYU BUMIPUTRA meningkat naik kepada BN. Kecuali undi cina. Inilah cabaran BN buat PRN dan PRU akan datang.

    ReplyDelete
  18. Di Sabah pula, fenomena PRU13 telah membuka kesedaran level atas, bertapa pentingnya peranan cybertrooper dan saya pasti ramai cybertrooper Sabahan bekerja keras untuk mempertahankan Sabah. Apatah jentera Pakatan Rakyat terutama Reb Bean DAP bergitu agrasif menyampai dakyah tanpa mempedulikan batas-batasnya.

    ReplyDelete
  19. Sekarang PRU13 telahpun tamat tetapi cyber trooper PR belum pun berhenti. Malah jentera PR telah bersiap-sedia untuk menggempur BN dengan menyebarkan pelbagai bentuk fitnah, pembohongan serta hasutan agar rakyat menumbangkan kerajaan melalui jalan raya. Sebaliknya jentera cybertrooper BN makin ramai undur diri atau berehat sementara.

    ReplyDelete
  20. Mungkin ada yang penat berjuang selama 3, 4, 5 tahun hingga abaikan tanggungjawap kepada keluarga atau peribadi. Tidak kurang yang kecewa kerana diabai masa PRU13 dan selepas PRU13? Itu perlu BN fikirkan adakah setengah atau sememangnya mereka tidak diperlukan lagi?

    ReplyDelete
  21. Sementara itu, DAP meramal PRN Sarawak bakal ada kemulutan perpecahan ketika perpindahan kerusi CM di Sarawak. Ini dapat kita andaikan DAP telah mula merangka blueprint bagaimana menawan Sarawak.

    ReplyDelete
  22. Kemenangan BN PRN Sarawak nanti adalah penting demi memastikan momentum BN PRU14 adalah kukuh. Sebab itu Pakatan telah mula menconggak bagaimana untuk tawan Sarawak. Sedangkan serangan Red Bean DAP semasa PRU13 cukup terasa bahangnya dan ada isu diluar jangkaan cyber trooper BN.

    ReplyDelete
  23. Walaupun bergitu alhamdulillah kita berjaya menjadikan Sabah dan Sarawak kubu kuat BN ,tetapi haruskah kita berpuas hati dengan keputusan PRU13 dan haruskah kita bersantai sekarang sedangkan jentera PR telah mula menyelusup masuk? Menyiapkan tapak-tapak baru untuk mereka serang BN. Disini kita akan nampak kerjasama alam nyata dan alam maya perlu sebagai persiapan awal.

    ReplyDelete
  24. Apa yang ingin saya ajukan bukanlah untuk menunding siapa salah dan siapa betul. saya berpendapat amat sesuai memperkasakan jentera Cyber trooper diawal masa ini. Kerana masalah utama semasa PRU13 soal bank data adalah lebih baik jika dapat dikemaskini lebih awal dan dapat digunakan dengan serta-merta semasa PRN atau PRU akan datang.

    ReplyDelete