(Sila tonton videoklip ini
sampai habis. Maaf kualiti kurang memuaskan tetapi itulah hakikat yang berlaku.
Siapakah lelaki dalam gambar di atas yang menjadi 'Hero' dalam videoklip ini?)
Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya
tujukan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Tan Sri Abu Kassim Mohammad; Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek;
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim
Datuk Mohd Amdan bin Kurish dan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Gani Patail.
Sebagai pembayar cukai, kami
amat menghargai peranan Sabahkini.net yang tidak gentar mendedahkan segala
kepincangan yang berlaku di kalangan Agensi Penguatkuasa di Malaysia terutama
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), PDRM, Kastam dan sebagainya; namun
kami kesal kerana kesemua pemegang jawatan di perenggan pertama di atas GAGAL
menjalankan tugas sehingga Warga Malaysia memboikot untuk memberikan majoriti
dua pertiga kepada Kerajaan Barisan Nasional pada PRU-13.
Pendedahan demi pendedahan
yang disiarkan Sabahkini.net menjadi sandaran rakyat Malaysia sebagai MEDIA
PRIMA untuk mendedahkan segala keluhan yang diabaikan oleh media arus perdana
yang semakin bacul dan bersekongkol dengan penjenayah kolar putih.
Kini sebahagian bukti yang
didedahkan Sabahkini.net sebelum ini muncul satu persatu berhubung amalan
budaya rasuah di kalangan kakitangan KDRM, PDR, APMM.
Baru-baru ini pembayar cukai
dikejutkan dengan satu video kakitangan marin dan Mafia Penyeludup Mega seperti
Ah Teck dan Ah Ming di bongkar di dalam Facebook (Raymond Dealovas Yong).
PDRM, APMM, PDRM dan Peguam
Negara sewajarnya menubuhkan jawatan kuasa khas siasatan dalaman untuk
membersihkan Agensi Penguatkuasa daripada 'Rangkaian Penyeludupan Antarabangsa'
dan memastikan ESSCOM benar-benar dapat menjalankan tugas dan bebas daripada
kekangan Mafia.
Sebagai Tips tambahan, Ketua
Pesuruhjaya SPRM sewajarnya menjejaki kereta Avanza didaftarkan nombor SAB 1191
L yang dimiliki isteri kedua Ah Ming kerana mempunyai kaitan dengan kes sebelum
ini.
Kami turut mengesan Anggota APMM
Kota Kinabalu menggunakan kenderaan WAJA berwarna hitam bernombor SAB9492G
menahan dan menyita barangan seludup; namun melepaskan setelah diberikan
imbuhan rasuah.
Kami amat kesal kerana
Anggota APMM dijadikan 'Pisau' oleh Penolong Kanan Pegawai Kastam II, Saidin
Jalaluddin, bagi mendapatkan kes. Adakah mereka bersekongkol?
Kami mengenalpasti tiga Anggota
APMM yang terlibat sama melakukan kerja-kerja yang memalukan pihak kerajaan ialah;
1. MOHD SHARUL NIZAM (M
6082013)
2. ENGKU MAZLAN ENGKU
MOHAMAD (M5082320)
3. AHMAD FAIQ B.YUSOF (M5082087)
Ketiga mereka ini sering
menggunakan kenderaan Waja Campro bernombor SAB9492G yang didaftarkan atas nama
Spanco Sdn.Bhd yang beralamat di No 8.3, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
Salam Hormat,
GESTAPO ESSCOM
siasat perkara ini.
ReplyDelete