MALAYSIA..Syed
mahu pangilan Harimau Malaya ditukar dan turut memanggil pemain dari Sabah dan
Sarawak dalam pasukan bolasepak kebangsaan.
Oleh : MEDIA PRIBUMIS
KOTA KINABALU: Ketua
Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Syed Kamalrul Sufian meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan
bola sepak negara ditukar kepada 'Barisan Harimau Malaysia' bagi mencerminkan
konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan
masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Syed, menyifatkan gelaran
Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai
kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah
seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia
pada 16 September 1963.
Beliau berkata rakyat Sabah
turut menyokong pasukan bola sepak negara
dalam setiap kejohanan dalam dan luar negara tetapi agak terkilan kerana
pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya
digunakan ialah Harimau Malaysia.
"Kami bersama dengan kejayaan dan kekalahan pasukan bola
sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia
seolah-olah tidak mahu berkongsi dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak,”
katanya di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau
meminta agar Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) agar megharamkan istilah Harimau Malaya dalam tempoh terdekat
ini bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam
memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.
Tambahnya lagi, pemain
pemain berbakat dari Sabah dan Sarawak harus di panggil dan turut sama berada
dalam pasukan Harimau Malaysia.“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di
Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?
“Jika Sabah dan Sarawak
dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak
mereka sendiri dan diberi nama Harimau
Borneo sebagai pasukan bolasepak
kedua negara,” katanya.
“Saya fikir ada asas untuk
desakan itu dibuat kerana ia tidak menggambarkan konsep 1Malaysia. Penggunaan
istilah Barisan Harimau Malaysia lebih sesuai untuk kita menggambarkan
kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung, Sabah dan Sarawak,”
katanya.
Beliau berkata rakyat Sabah turut menyokong pasukan bola sepak negara dalam setiap kejohanan dalam dan luar negara tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia
ReplyDeleteNama pasukan juga dipolitikkan.
Semangat berpasukan harus dipupuk dan dipeliharakan.
ReplyDeleteBenar, jangan hilang semangat disebabkan isu yang bukannya serius sangat ini.
Delete“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?
ReplyDeleteMungkin nama tersebut boleh ditukar kepada nama yang boleh diterima oleh semua pihak.
Tukar je Harimau Malaysia.
DeleteNAMA HARIMAU MALAYA SUDAH DIGUNAKAN SEJAK DULU.. IAITU KETIKA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA MASIH BELUM MENYERLAH.. JESTERU, KENAPA BARU HARI INI MINTA NAMA ITU DITUKAR?? KENAPA HANYA SELEPAS PASUKAN INI MERANGKUL BANYAK KEJUARAAN BARULAH ADA YANG TERBUKA MATA UNTUK MENUKAR NAMANYA?
ReplyDeleteSEPERKARA LAGI, PERLU JUGA DIAMBILKIRA BAHAWA HARIMAU HANYA WUJUD DI NEGERI2 DI SEMENANJUNG, BUKAN DI SABAH.. JADI ADA ASASNYA PENGGUNAAN "MALAYA" UNTUK MENGGAMBARKAN HABITAT HAIWAN INI DI MALAYSIA..
ReplyDeleteSabah & Sarawak sudah pun menjadi sebahagian dari Malaysia.
ReplyDeleteThere are part of Malaysian since day 1.
DeleteISU INI JUGA TIDAK PERLU DI"SENSITIFKAN" KERANA SETIAP KALI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA BERTEMPUR, PENYOKONG2 MALAYSIA TETAP MELAUNGKAN PERKATAAN "MALAYSIA", BUKANNYA "MALAYA".. OLEH ITU, ELOKLAH JIKA SEMANGAT 1MALAYSIA DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK LAUNGAN, BUKANNYA NAMA..
ReplyDeleteNama ini sudah lama digunakan.
ReplyDeletenama pun jadi isu
ReplyDeleteIsu nama ini tidak harus diperbesarkan. Selesaikan dengan hati yang tenang.
ReplyDeletePencapaian Harimau Malaya sebelum ini memang baik dibandingkan.
ReplyDeletebagus tukar harimau malaya jadi orang utan! !! hairan yaa kanapa sabah nda letak nama young rhino jadi orang utan !!! ngam baa itu team bola sabah kita gelar Orang Utan FC. .. palis palis bule jadi juara dunia. .. wakakakakaaaa
ReplyDelete