Oleh : MANIKAVASAGAM
SUNDARAM
APABILA melihat susuk tubuh
anak ini, adakah timbul sedikit rasa simpati dan belas kasihan anda? Saya berkesempatan
menziarahi mereka di rumah mereka baru-baru ini. Saya sendiri tidak dapat
menahan sebak kerana keadaan mereka begitu menyayat hati.
Betapa adik-beradik malang
ini, Koovalan, 14, dan Yuwarasan, 12, terpaksa menanggung derita sengsara
akibat penyakit Epidermolysis Bullose Dystrophip yang dihidapi mereka.
Dengan keadaan mereka yang
begitu kritikal dan amat memerlukan rawatan serta nutrisi yang sempurna, namun
ibubapa mereka tidak berkemampuan untnk menyediakan keperluan tersebut; malah Jabatan
Kebajikan pula hanya mampu memberi bantuan bulanan sebanyak RM100 sahaja untuk
dua beradik ini. Cukupkah bantuan sekecil itu?
Walaupun bukan lagi menjadi
Wakil Rakyat, saya dengan rasa rendah diri dan suci hati ingin merayu kepada
anda semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa serta fahaman politik;
sekiranya di dalam hati anda ada terdetik rasa simpati serta belas kasihan
terhadap kanak-kanak ini, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan tidak
kiralah dari segi apa pun.
Sama ada dari segi menanggung
kos rawatan penyembuhan yang sepatutnya di mana sahaja atau menghulurkan
keperluan yang sewajarnya secara ikhlas kepada kanak-kanak ini.
Saya benar-benar
berterimakasih kepada anda semua yang prihatin; serta akan terus berusaha untuk
meringankan beban derita yang mereka tanggung selama ini. Semoga tuhan
kurangkan kesengsaraan dalam menempuhi hayat mereka.
No comments:
Post a Comment