Thursday, 13 June 2013

PENGUNDI DIPAKSA BERSUMPAH AL-QURAN






PENIPUAN....Serman menjelaskan ada unsur-unsur penipuan dilakukan oleh SPR semasa PRU 13 lalu.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Enam Mantan Calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan dua daripadanya calon DUN Sungei Sibuga dan Gum-Gum telah mengemukakan Petisyen di Mahkamah Tinggi di daerah masing-masing.

Antara mantan calon Parlimen yang terlibat ialah Libaran, Kudat, Beaufort, Tawau, Kota Marudu dan Pensiangan yang memprotes Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak telus dan dan  timbul  unsur-unsur penipuan semasa berlangsungnya PRU 13 baru-baru ini.

Bercakap kepada Sabahkini.Net, mantan calon Parlimen Libaran (PKR), Mohd Serman Bin Hassnar; sejurus selepas menyerahkan Petisyen bantahan tersebut di Mahkamah Tinggi Sandakan pagi kelmarin, antara lain menjelaskan tindakan keenam-enam calon di enam parlimen seperti yang disebutkan itu kerana timbul rasa tidak puas hati terhadap Pengerusi  SPR, Tan  Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwa bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan penipuan ketika PRU-13 berlangsung.

Yang pertama, jelas Serman, SPR telah menipu semua pengundi di negara ini kerana dakwat yang diletak di jari pengundi bukan dakwat kekal dan tidak sampaipun satu jam telah hilang sekiranya mereka membasuh tangan dengan sabun.

Ada beberapa lagi perkara songsang yang dilakukan oleh calon-calon BN yang bertanding di DUN Sungei Sibuga, Gum-Gum dan Parlimen Libaran  yang akan beliau dedahkan untuk pengetahuan rakyat.

Tambah Serman, semua calon yang disebutkan itu telah menyogok para pengundi dengan wang ringgit supaya mengundi BN, bahkan ada calon yang memaksa pengundi bersumpah dengan Al-Quran ketika menerima wang.




ALBUM..  Serman bergambar dengan para penyokongnya. Turut kelihatan Sahar Saka (Bersongkok Hitam).

“Sebagai contoh, pengundi bernama Kassim dipaksa bersumpah dengan nama Allah menggunakan Al Quran bahawa andai beliau belot setelah menerima sagu hati RM200; jika tidak mengundi calon BN pada masa pembuangan undi, maka beliau akan busung atau ketulahan dimakan sumpah dan pendek umur,” jelas Serman yang akan menampilkan saksi ketika perbicaraan petisyen kelak.

Dalam hal ini kata Serman, sesiap sahaja tidak menafikan ramai sudah ahli-ahli UMNO yang  meninggal dunia akibat ketulahan dan ada yang busung kerana mungkin mereka semasa menerima wang tersebut bersumpah dengan menggunakan Al-Quran yang dibalut dengan kain putih.

"Mungkin mereka terlupa, akhirnya sumpah tersebut memakan sendiri. Tetapi agak malang kerana ramai mati sia-sia kerana termakan sumpah, hanya disebabkan rasuah yang mereka terima,” tegas Serman lagi yang meminta agar calon BN yang menang memaafkan mereka yang bersumpah kerana ramai di antara mereka telah mengundi Pakatan Rakyat.






ALBUM....Gambar beramai-rama ADR Sandakan, Stephen Wong dan mantan Calon DUN DAP Elopura, George Chew.




Kata Serman lagi, sekarang ramai rakyat di negara ini sudah hilang kepercayaan kepada SPR kerana terang-terangam melakukan penipuan  dan terdapat juga pengundi dibenatkan mengundi lebih daripada satu kali, apatah lagi dakwat kekal mudah luntur.

Dalam perkembangan yang berkaitan, mantan Calon DUN Elopura (DAP) iaitu George  Chew  juga turut mengemukakan Petisyen ke Mahkamah Tinggi Sandakan kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin.

Chew yang diiringi oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong dan ADUN Sri Tanjong,  Chan Fook Hin (DAP) serta mantan calon DUN Tg Papat, Frankie Poon.

Katanya, Pengerusi SPR dan Timbalannya lebih baik meletakan jawatan kerana rakyat di negara ini sudah marah dan muak dengan perilaku Tan Sri Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad kerana tiada gunanya lagi duduk di kerusi empuk kalau rakyat sudah tidak mempercayai SPR.

19 comments:

  1. Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah didalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), telah mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula!

    ReplyDelete
  2. Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  3. Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.
    Dan asas pengisytiharan kemenangan Anwar itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional!

    ReplyDelete
  4. Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk dibanyak negara maju lain saperti Britain) ialah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan!

    Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan Kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalanraya; setelah mereka ditolak didalam pilihanraya!

    Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia dimana Najib menentang Anwar, keputusannya saperti berikut:

    Set 1 – Najib 21 Anwar 19;
    Set 2 – Anwar 21 Najib 03;
    Set 3 – Najib 21 Anwar 19.

    ReplyDelete
  6. Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah poin yang dikutip!

    Begitu jugalah dengan Pilihanraya Umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip!

    ReplyDelete
  7. Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!

    Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sbebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat.

    ReplyDelete
  8. Malaysia has called for greater cooperation with Indonesia to combat cyer crimes, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  9. this would involve cooperation between the Royal Malaysia Police (PDRM) and Indonesian police.

    ReplyDelete
  10. Cyber crime is a new challenge in the security field and it is closely related with commercial crimes such as money laundering, breach of trust and tax evasion

    ReplyDelete
  11. The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) will focus on improving five main agendas by engaging with the government and relevant authorities to move forward, said reappointed Suhakam chairman Tan Sri Hasmy Agam.

    ReplyDelete
  12. the five issues were an ageing population, children with learning disabilities, human rights in business, public inquiries and education on human rights at primary schools.

    ReplyDelete
  13. beginilah gelagat masyarakat sekarang, mudah disogok

    ReplyDelete
  14. dan mudah dimanipulasikan...

    ReplyDelete
  15. akibat tamak dengan duit akhirnya sumpah tersebut memakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  16. ...ramai mati sia-sia kerana termakan sumpah, hanya disebabkan rasuah yang mereka terima

    ReplyDelete
  17. boleh buat petisyen kerana diperuntukkan dalam Perlembagaan, jika pembangkang tidak berpuas hati dengan SPR...

    ReplyDelete
  18. ada2 saja isu dibangkitkan pembangkang, kini libatkan agama pla

    ReplyDelete