BERSATU...Syed (tengah) bersama
ahli jawantankuasa penganjur sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampung Biah
Tengah, Sook.
Oleh :
MEDIA PRIBUMIS
KENINGAU:
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS), Syed Kamalrul
Sufian berkata, sambutan Pesta Kaamatan
yang diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi pelbagai suku kaum di negeri
Sabah dengan menyatukanpadukan semua rakyat bertepatan dengan Konsep 1
Malaysia.
Beliau
berkata demikian ketika membuat tinjauan acara penutupan Pesta Kaamatan
peringkat kampung Biah Tengah di sini baru-baru ini anjuran PRIBUMIS daerah
Sook.
Turut
hadir sama Setiausaha Agung Sabariah Zainudin, Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
Johny Alfred dan penyelaras program tersebut Mohainie Nasib.
Katanya
lagi, walaupun sambutan Pesta Kaamatan hanya disambut oleh suku kaum Kadazan,
Dusun dan Murut tetapi dengan kehadiran pelbagai bangsa lain menunjukkan bahawa
keharmonian telah wujud sekian lama di negeri ini dan kita haruslah
mempertahankannya demi perpaduan rakyat Malaysia.
"Saya
lihat penglibatan dan kehadiran mereka ini harulah dicontohi malah menjadikan
sebagai inspirasi untuk kita bersatu padu dalam membangunkan Negara. Tanpa
perpaduan kita tidak akan harmoni dan bersatu," ujarnya.
Oleh itu,
Syed mengharapkan agar penduduk di kampung Biah Tengah ini, mengekalkannya
untuk kita sama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan Konsep 1 Malaysia
tanpa mengira fahaman agama dan bangsa seseorang itu.
Tambahnya
lagi, bersatunya penduduk di kawasan ini memberikan satu impak sokongan kembali
kepada Barisan Nasional setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu.
Kemuncak
pada acara sambutan ini akan di adakan pada 8 Jun ini, majlis penutupannya akan
di rasmikan oleh ADUN Sook merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
Datuk Elron Alfred Angin.
Pesta Kaamatan merupakan antara enam pesta rakyat Malaysia yang telah diisytiharkan Kerajaan Persekutuan sebagai perayaan negara sekaligus menempatkan kaum Kadazandusun sebagai komponen terpenting dalam masyarakat majmuk negara ini.
ReplyDeleteTimbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, keharmonian kaum yang kita kecapi sekarang ini, khususnya di negeri ini terus terus dipelihara dan Pesta Kaamatan merupakan perayaan yang menjadi landasan kukuh untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Kerajaan Negeri telah sekian lama mengiktiraf perayaan ini sebagai perayaan rasmi negeri Sabah dan menyedari akan kebaikkan ini, kerajaan persekutuan turut mengiktiraf sekaligus mengangkat perayaan ini sebagai perayaan kebangsaan.
ReplyDeletePerayaan Pesta Kaamatan ini bukan sahaja penjaga kepada heharmonian kaum di negeri ini tetapi juga menjadi aset berharga kepada industri pelancongan di negeri ini amnya dan di daerah khasnya, sebagai tambahan kepada produk pelancongan yang ada di daerah masing-masing.
ReplyDeleteBagi membudayakan perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, etnik, agama dan budaya, bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia memerlukan satu jangka masa yang panjang.
ReplyDeleteMenurut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, perpaduan hanya sekadar suatu matlamat jika tidak diamalkan dengan penuh kesedaran, keikhlasan dan timbang rasa dari segenap lapisan masyarakat.
ReplyDeleteKita perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang boleh melindungi serta mempertahankan kita daripada pengaruh perpecahan yang tidak diingini
ReplyDeleteMengungkapkan kata 'perpaduan' itu memang mudah namun persoalannya sejauh manakah masyarakat itu sendiri memainkan peranan ke arah mencapai perpaduan tersebut.
ReplyDeleteperpaduan bukan sekadar ungkapan dan perasaan tetapi ia menuntut komitmen dan tindakan serta kejujuran di kalangan masyarakat.
ReplyDeletePairin juga mengingatkan bahawa keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat di negara ini pada hari ini bukanlah satu jaminan untuk terus berbangga selama-lamanya jika tidak ada usaha yang berterusan untuk mengekalkannya.
ReplyDeleteSekuat manapun sesebuah negara jika masyarakat tidak bersatu padu pasti akan jatuh dan musnah.
ReplyDeletekita sebagai rakyat Malaysia, dan Sabah khususnya perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi pada masa kini.
ReplyDeleteJangan biarkan sebarang anasir-anasir luar mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat kita sehingga boleh memecah belahkan perpaduan .
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang terserlah melalui “Kad Laporan” pencapaian yang amat memberangsangkan.
ReplyDeletekerajaan pusat mempunyai kerjasama baik dengan kerajaan Sabah pimpinan Musa.
ReplyDeletekerajaan pusat telah meluluskan banyak peruntukan kepada Sabah.
ReplyDeletebagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Bukan sekadar BR1M 1,BR1M 2, tapi tahun depan BR1M 3 dan 4, terus bertambah RM500 untuk kesejahteraan rakyat
ReplyDeleteIni maknanya Sabah adalah sebuah negeri yang aman damai.
ReplyDeletePesta kaamatan adalah untuk semua.
ReplyDeleteSemangat 1Malaysia.
ReplyDeleteWe should instill the spirit of unity.
ReplyDeleteTerjemahan 1malaysia
ReplyDeleteThe opposition claimed widespread cheating, which the government denies.
ReplyDeleteA good way to promote Sabah in more further way.
ReplyDeleteIni satu pesta yang baik.
ReplyDeleteSatu keramaian.
ReplyDeleteKeramaian yang menakjubkan
ReplyDeleteA culture and symbol of harmony in society.
ReplyDeletetruly an inspiration for unity.
ReplyDeletependuduk Sabah mmg hidup bersatu padu
ReplyDelete