Thursday, 13 June 2013

RIZALMAN SETUJU KU LI TANDING PRESIDEN






CABAR....Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah (kanan) menganggap tokoh berpengalaman Umno itu layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh : MUDA MOHD. NOOR

PETALING JAYA: Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.

Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

“Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod.

“Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri  dan berpengalaman,” katanya.

Rizalman pernah menjadi Setiausaha Kementerian Penerangan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri apa masalah?” tanya beliau.

Rizalman kini tidak ada sebarang jawatan dalam parti tetapi menegaskan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan.

Beliau berkata demikian berikutan laporan sekumpulan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menemui Ku Li menjelang perhimpunan agung Umno yang dijangka bulan November atau Disember ini.

Pertemuan itu meningkatkan spekulasi bahawa Ku Li akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno kelak. (FMT)

18 comments:

  1. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Desas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang, sudah mula bertiup kencang di sana sini. Banyak blog dan facebook sudah mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai. Ada yang menyokong, ada yang tidak dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Sememangnya, sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada demokrasi, hasrat Kuli ini (jika benar) bukanlah satu kesalahan, tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti terbesar orang Melayu tersebut semata-mata, tapi dalam masa yang sama, Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik sebagai Pengerusi BN.

    ReplyDelete
  3. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Disinilah kredebilti dan keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak. Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriti dalam UMNO, tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN yang lain?

    ReplyDelete
  4. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Hal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN, bukan UMNO!! Lagipun, pada usia 76 tahun sekarang, ramai pihak tidak yakin Kuli mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Kuli gemar menoleh kebelakang, dari melihat masa hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988, Kuli mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang menghidupkan semangat UMNO lama.

    ReplyDelete
  6. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Orang Melayu tidak memerlukan semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan), orang Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah nasib kaum tersebut.

    ReplyDelete
  7. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Bercakap tentang S46, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat ‘kejayaan’ PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. 2 pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.

    ReplyDelete
  8. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Secara mudahnya, APU mewakili parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa, HAMIM, KIMMA) sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan PRM).

    ReplyDelete
  9. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Kenapa diwujudkan 2 pakatan pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza? Sebab Kuli tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada waktu itu, atas platform yang sama. Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini.

    ReplyDelete
  10. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    BN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu. BN memerlukan pemimpin moderate yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di negara kita.

    ReplyDelete
  11. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Kuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai semula UMNO pada 1996. Pendek kata, Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah politiknya yang lampau.

    ReplyDelete
  12. KULI MUNGKIN DITERIMA ORANG MELAYU YANG MEMBENTUK MAJORITI DALAM UMNO, TAPI BAGAIMANA DENGAN KOMPONAN BARISAN NASIONAL YANG LAIN??

    Yang penting sekali, Kuli bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Khabar angin mengenai pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen dan menjelang pemilihan jawatan Presiden Umno yang akan datang mula bertiup kencang.

    ReplyDelete
  14. Sumber berkata, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  15. Beliau telah bertemu dengan 17 Ahli Parlimen, orang dalam dengan pengetahuan kepada isu tersebut, menurut sumber.

    Mereka berkata, sekumpulan Ahli Parlimen mewakili ahli politik yang kecewa dengan Najib kerana tidak melantik mereka dalam senarai kabinet Persekutuan walaupun kebanyakan bumiputera dari Sabah dan Sarawak mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lepas.

    ReplyDelete
  16. Mereka mendakwa beberapa Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak beranggapan bahawa Najib semakin lemah walaupun beliau memberikan apa saja kepada masyarakat Cina, golongan tersebut tetap menolak BN.

    Mereka percaya perkara itu menyebabkan polarisasi bangsa dan negara tidak boleh maju ke hadapan dengan efektif ekoran bebanan politik dipikulnya.

    ReplyDelete
  17. Sumber berkata, mereka bimbang BN tidak dapat mentadbir dengan tegas dalam jangka masa panjang.

    Pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak inginkan parti BN yang kuat dan boleh menyediakan lebih banyak dana untuk membangunkan dua negeri tersebut, kata sumber.

    ReplyDelete
  18. adakah jawatan presiden akan dipertandingkan?

    ReplyDelete