RUSUHAN mungkin tidak
diminati rakyat Sabah setelah 'Insiden 86' di Sabah, tetapi sudah menjadi
lumrah di Semenanjung Malaysia sebagai cara untuk menyuarakan ketidak puasan
hati dan menuntut hak asasi manusia. Saksikan Videoklip ini untuk mengerti
makna rusuhan mengikut pandangan masing-masing.
PR tidak patut menyalahkan BN dalam apa juga perkara yang tidak menyebelahi mereka dan perlu menghentikan penganjuran perhimpunan Blackout 505. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, tindakan sering menyalahkan BN tidak masuk akal dan melampau.
ReplyDeleteMenurutnya, pemimpin PR perlu bertanggungjawab dan adalah penting untuk mereka memahami kesan penganjuran perhimpunan. “Pemimpin PR adalah orang yang tidak tahu apa makna tanggungjawab dalam kepimpinan mereka. Menjadi seorang pemimpin penting untuk mengelak berlaku huru-hara,” katanya.
ReplyDeleteSebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran perhimpunan Blackout 505 tidak dihentikan kerana ia belum diadakan di Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteMenurutnya, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu membuktikan pemimpin PR tidak mempedulikan keamanan negara. “Cukuplah, sudahlah. Apa lagi yang mereka mahu? Apabila sudah kalah, jangan mencabar kerajaan, adakan perhimpunan dan mendakwa dakwat tidak bagus.
ReplyDelete“Mereka yang mengeluarkan banyak kali kenyataan berkaitan perkara ini perlu ditangkap sahaja kerana apa yang mereka lakukan adalah bukan perkara yang boleh kita terima,” katanya.
ReplyDeleteBeliau juga kesal kerana masih ramai rakyat di negara ini yang tidak menerima kebaikan yang dilakukan kerajaan, sebaliknya mempercayai tohmahan pemimpin pembangkang.
ReplyDelete“Saya sedih kerana kebanyakan penduduk Melayu di Malaysia yang melebihi penduduk Cina tidak percaya langsung apa yang kerajaan buat. “Saya ingin ingatkan orang muda, jangan percaya 100 peratus dakyah PR. Gunakanlah akal yang waras. Jangan menerima apa sahaja yang mereka lakukan, nanti kita akan susah,” katanya.
ReplyDeletePAKATAN pembangkang diminta supaya menghentikan segera perhimpunan jalanan ‘Bantah 505' demi memastikan keamanan negara terus kekal terjamin, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Nizar Zakaria.
ReplyDeleteMenurutnya, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pihak pembangkang terus bertindak secara kreatif dengan memutar-belit keadaan bagi menimbulkan rasa benci dan marah rakyat terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
ReplyDeleteBeliau berkata, bagaimanapun pihak SPR terbukti berjaya mewujudkan sistem pilihan raya yang telus dan adil di negara ini. "Malangnya, pembangkang secara kreatif cuba putar belit keadaan dan inilah pemikiran yang ada pada mereka yang mahu mencari salah sistem pilihan raya yang sedia ada.
ReplyDelete"Tindakan itu akhirnya akan menjejaskan imej serta menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan dan SPR," katanya. Menurutnya, selain penggunaan dakwat kekal, pembangkang turut menggunakan isu ‘black-out' ketika proses pengiraan undi untuk memburuk-burukkan kerajaan dan SPR.
ReplyDelete"Sehingga hari ini, pembangkang masih belum dapat menyatakan dengan jelas di mana lokasi kejadian ‘black-out' itu berlaku dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengeluarkan kenyataan insiden itu tidak wujud sama sekali," katanya.
ReplyDeleteNizar yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Parit berkata, sehubungan itu beliau mendesak supaya perhimpunan jalanan ‘Bantah 505' perlu dihentikan segera demi memastikan keamanan negara ini kekal terjamin.
ReplyDeleteMenurutnya, sebaik sahaja urusan pemilihan kerajaan Persekutuan dan negeri selesai, rakyat dan pemimpin yang terpilih seharusnya mara atau bergerak ke hadapan untuk terus membangunkan negara.
ReplyDeletePolis Di Raja alaysia (PDRM) menegaskan agar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk tidak mencabar undang-undang dengan mencetuskan provokasi.
ReplyDeleteKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis enggan melihat negara menjadi kucar-kacir disebabkan perkara sedemikian dan mahukan amalan demkrasi terus dipertahan bagi membolehkan kerajaan pusat dan negeri beroperasi dengan aman.
ReplyDelete"Tiap-tiap hari saya berbincang pasal keselamatan negara dan kami ada pelan tindakan serta tahu apa yang hendak buat.
ReplyDelete"Saya ingatkan dan saya tahu nak buat apa menerusi bidang kuasa yang ada pada polis," katanya
Menurut beliau, polis tidak mahu negara lumpuh ekoran tercetusnya himpunan mencetuskan provokasi menentang perlembagaan negara oleh pihak tertentu.
ReplyDeleteMengulas mengenai himpunan di Kelana Jaya 8 Mei lalu, Ismail menjelaskan perhimpunan tersebut haruslah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi mengelakkan huru-hara.
"Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan.
ReplyDelete"Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau," katanya.
Demonstrasi dan rusuhan merupakan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan, sekali gus memberikan kesan yang amat buruk kepada ekonomi sesebuah negara.
ReplyDeletePengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya dengan mengambil contoh kejadian yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah berkata, akibat daripada rusuhan serta peperangan di negara-negara terbabit, ekonomi umat Islam berada dalam keadaan lemah.
Beliau berkata, keadaan seumpama itu sudah tentu perlu dijauhkan daripada berlaku di negara ini kerana yang akan menjadi mangsa ialah rakyat sendiri.
"Cuba lihat bagaimana media-media Barat melaporkan Himpunan Bersih 2.0. Pasti seluruh dunia tahu apa yang telah berlaku dan ini sedikit-sebanyak timbul tanggapan negatif terhadap negara kita.
"Jika keadaan ini dibiarkan Malaysia tentu akan menerima kesannya secara langsung. Para pelabur pasti tidak akan melabur ke negara kita atas faktor keselamatan sama seperti nasib yang menimpa negara-negara bergolak ketika ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Fathul Bari berkata, antara golongan yang benar-benar menerima kesan akibat demonstrasi serta rusuhan oleh pihak pembangkang tersebut ialah peniaga.
ReplyDeleteDalam perkembangan lain, beliau menyentuh tentang tiga ciri utama sebuah negara yang baik seperti mana disebut oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran.
"Tiga ciri utama itu ialah ekonomi yang baik, tiada kelaparan dan aman damai. Selagi tiga ciri ini ada pada sesebuah negara, negara terbabit dikategorikan sebagai sebuah negara yang baik," ujarnya
Sementara itu, beliau mengingatkan para usahawan supaya tidak lupa menunaikan zakat selain memastikan perniagaan mereka sentiasa dipandu oleh ketetapan syarak.
Demonstrasi, tunjuk rasa atau tunjuk perasaan, bukanlah suatu hal yang janggal dalam kehidupan bermasyarakat. Jika dapat dinilai daripada maksud yang luas, perarakan keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul, pesta San Pedro, perarakan membawa kavadi sempena sambutan Thaipusam dan sebagainya juga boleh dikelaskan sebagai salah satu jenis-jenis demonstrasi dan tunjuk perasaan.
ReplyDeleteBahkan, sambutan yang bersempena meraikan semangat nasionalisme seperti perarakan menyambut hari Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun, acara senam robik 1Malaysia secara besar-besaran, marathon, joghaton, walkhaton sempena sambutan perayaan negara juga salah satu daripada jenis demonstrasi dan tunjuk perasaan.
Cuma, dalam kes joghaton sempena hari kemerdekaan negara contohnya, perasaan yang cuba ditonjolkan adalah perasaan gembira, santai, seronok dan sihat berikutan aktiviti riadah tersebut dan tidak bersabit dengan bentuk tindakan politik. Namun, bukankah ia masih lagi salah satu cara kita menunjuk perasaan?
Bagi demonstrasi politik, jelas sekali para peserta (stakeholder negara iaitu rakyat) cuba memperlihatkan rasa tidak senang, keresahan dan kebimbangan tentang sesuatu isu politik, ekonomi dan sosial.
ReplyDeleteJelas sekali ia bukanlah suatu hal yang janggal kerana dalam budaya Melayu sendiri, setiap kali diadakan majlis perkahwinan, si pengantin lelaki dan rombongannya akan berarak ke rumah pengantin perempuan dengan perasaan yang riang.
Apakah ini bukan salah satu contoh ’demonstrasi’ dalam budaya Melayu sendiri? Jelas sekali maksud sebenar demonstrasi, unjuk rasa dan tunjuk perasaan itu sudah dikelirukan dan disalah faham oleh regim pemerintah.
jangan kita amalkamn merusuh, jaga keharmonian negara kita
ReplyDelete