Tuesday, 18 June 2013

"SAYA PALING SEDIH ISU DAKWAT KEKAL"






SEDIH.....Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf mengakui beliau kecewa dan sedih berhubung penggunaan dakwat kekal yang boleh dibersihkan dengan mudah dalam pilihan raya umum ke-13.

"KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," katanya dalam temubual eksklusif dengan Sinar Harian yang disiarkan kelmarin.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, isu dakwat kekal itu tidak boleh digunakan untuk menuduh SPR membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali atau melakukan penipuan dalam pilihan raya umum.

Abdul Aziz mendakwa kaedah itu - yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) - itu telah diuji beberapa kali sebelum dilaksanakan pada 5 Mei lalu.

"Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya?

"Memang sedih tapi kita tidak berdiam diri. Kita tubuhkan pasukan khas, yang dipengerusikan Datuk Christopher Wan Soo Kee dibantu dua ahli panel lain iaitu Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin," katanya seperti dipetik akhbar harian itu.

Menurut Abdul Aziz berkata pasukan khas itu akan mengkaji di mana silapnya dakwat kekal itu dalam tempoh sebulan termasuk ramuan, cara penggunaan, cara pengangkutan, cara penyimpanan, adakah simpan di dalam lokap memungkinkan udara yang panas boleh menjejaskan dakwat tersebut.

Abdul Aziz juga berkata beliau menemui seorang pengeluar dakwat kekal dari Kanada dan beliau diberitahu bahawa dakwat yang digunakan di Afrika hanya boleh tanggal sekiranya kulit ditanggalkan atau kuku berganti baru hilang warnanya.

29 comments:

  1. Itulah yang boleh diperkatakan tentang gelagat para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP yang terus mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana kononnya tidak menjalankan tugas dengan jujur dan telus.

    ReplyDelete
  2. Alasan mereka, PRU-13 dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan taktik untuk memenangkan Barisan Nasional. Tuduhan-tuduhan mereka pula, kononnya sangat kukuh dan telah membuktikan bahawa SPR memang telah mencabuli tugas yang diamanahkan kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. “Tidak sangka keikhlasan saya untuk menunjukkan jari yang sudah dicalit dengan dakwat kekal itu kepada Nurul Izzah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang,” jelas Mejar Azmee Buang, 41.

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya, yang gagal sebenarnya adalah mereka sendiri. Segala tuduhan yang dilemparkan, langsung tidak dapat dibuktikan dengan baik. Bahkan segala tuduhan berkenaan, akhirnya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya yang jadi pembohong, penipu dan pemerdaya.

    ReplyDelete
  5. Setakat ini, tiada satu bukti pun yang menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan adalah benar belaka.Para pecacai Pakatan Rakyat cuba semula memainkan isu dakwat kekal untuk menunjukkan bahawa SPR menipu, justeru mewajibkan Pengerusi SPR meletakkan jawatan atau didakwa kerana berbohong dan seterusnya dipenjarakan.

    ReplyDelete
  6. Beliau adalah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang gambar jarinya dicalit dakwat kekal cuba dibersihkan oleh calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tetapi tersebar luas di internet.

    ReplyDelete
  7. Namun dakwat kekal sebenarnya bukanlah sesuatu perlu dipertikaikan pun. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal, mengundi dua atau tiga kali. Pembuktian yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pula, semuanya melebihi jam 5:00 petang di mana proses pengundian telah pun selesai.

    ReplyDelete
  8. Dari awal lagi, TAKTIK DAKWAT KEKAL telah didedahkan oleh pelbagai blog dan portal pro-kerajaan. Dari awal lagi juga telah didedahkan bahawa Pakatan Rakyat akan cuba menjadikan dakwat kekal sebagai kaedah terbaik untuk menunjukkan PRU13 adalah pilihanraya yang paling tidak adil dan penuh penipuan. Dan akhirnya terbukti, segala pendedahan tersebut adalah benar belaka. Pakatan Rakyat memang mahu menimbulkan huru-hara dan mencari jalan untuk memprotes bagi kekalahan mereka.

    ReplyDelete
  9. Katanya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal.

    ReplyDelete
  10. Kaedah biometrik yang sekarang ini digunakan secara meluas di lapangan-lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia, bahkan dalam sistem pilihanraya di seluruh dunia, telah ditentang sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Kata mereka, sistem biometrik tidak akan berkesan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan lebih mudah.

    ReplyDelete
  11. Akhirnya, SPR memilih untuk mengikut kehendak Pakatan Rakyat. Sistem biometrik yang dicadangkan lebih awal, ditolak ke tepi dan dakwat kekal dipilih untuk digunakan. Pakatan Rakyat melompat seronok sebab jerat mereka telah mengena.

    ReplyDelete
  12. Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu, lapor Berita Harian.

    ReplyDelete
  13. Tidak ada dakwat kekal yang akan kekal selama-lamanya kecuali dicacah di bawah kulit. Apatah lagi dakwat kekal yang digunakan dalam PRU di Malaysia buat julung-julung kalinya itu, berasaskan air yang sudah tentu tidak akan bertahan selama dakwat kekal berasaskan minyak dan alkohol yang digunakan oleh negara-negara dunia ketiga lain.

    ReplyDelete
  14. Tiada lagi cerita tentang 40 ribu orang pendatang asing yang diimport khas oleh UMNO-BN untuk menjadi pengundi hantu. Tiada lagi cerita tentang pesawat-pesawat khas yang mendarat di lapangan terbang di seluruh negara. Tiada juga cerita tentang bas-bas yang digunakan untuk mengangkut pengundi-pengundi hantu itu.

    ReplyDelete
  15. Sementara itu, anggota Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) Mohd Ansar Maidin menafikan dakwaan dalam sebuah blog tahun lepas bahawa DPPIMS terlibat dalam mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk pendatang tanpa izin.

    ReplyDelete
  16. Lebih menarik lagi ialah, cerita tentang Blackout yang menjadi asas kepada himpunan besar-besaran yang sedang dirangka dan dirancang oleh Pakatan Rakyat, juga enggan diperkatakan memandangkan tiada mana-mana pihak dari kalangan Pakatan Rakyat terutama yang menang dalam PRU lalu mahu membuat laporan polis berhubung blackout.

    ReplyDelete
  17. Anehnya, di sebalik semua tuduhan yang tidak berasas itu, Pakatan Rakyat masih cuba untuk menunjukkan yang mereka betul. Berbanding membuktikan bukti-bukti dan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan, mereka melalak dan mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

    ReplyDelete
  18. Walhal yang sepatutnya meletak jawatan, tutup mulut dan menyerah diri untuk dipenjarakan adalah para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim yang kuat menyalak sampai ke luar negara tetapi gagal menunjukkan bukti atas segala tuduhannya.

    ReplyDelete
  19. Dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung isu dakwat kekal dianggap tidak
    lagi relevan memandangkan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti
    yang dikemukakan oleh pembangkang berlakunya kejadian mengundi dua kali
    disebabkan oleh dakwat kekal yang mudah luntur.

    ReplyDelete
  20. Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar,
    setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menjadi asas kepada dakwaan
    Pakatan Pembangkang berhubung kepada kegagalan dakwat yang didakwa
    mereka tidak kekal dan mudah luntur dari jari pengundi.

    ReplyDelete
  21. Biarpun ada dakwaan dakwat itu tidak kekal tetapi ia tidak menjadi
    sebarang isu besar sekiranya tidak ada kejadian mengundi dua kali. Kita
    perlu ingat, dakwat kekal itu hanyalah satu elemen keselamatan tambahan
    yang didesak oleh Pakatan agar ia digunakan ketika PRU.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang hari ini cuba mainkan isu dakwat tersebut tidak kekal tetapi
    mereka hingga hari ini tidak dapat buktikan sebarang kejadian mengundi
    dua kali akibat kegagalan dakwat itu kekal di jari pengund

    ReplyDelete
  23. Justeru itu katanya, isu dakwat kekal ini tidak boleh dijadikan dasar
    hujah bahawa berlakunya penipuan dan penyelewengan undi dalam PRU ke 13
    baru-baru ini.

    ReplyDelete
  24. Isu dakwat kekal ini sama seperti isu blackout, isu kotak undi, isu 40
    ribu warga Bangladesh, yang sehingga ke hari ini tidak ada bukti sama
    sekali yang dikemukakan oleh pembangkang untuk mengesahkan dakwaan
    mereka.

    ReplyDelete
  25. Sebaliknya, SPR pula yang mengesahkan bahawa gambar yang menunjukkan
    berlakunya blackout ketika pengiraan undi itu adalah gambar lakonan yang
    dibuat-buat oleh pembangkang,” jelasnya lagi.

    ReplyDelete
  26. Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak tertipu
    dengan permainan licik politik pembangkang yang sanggup menabur fitnah
    dan cerita-cerita yang tidak benar untuk memburukkan kerajaan yang ada
    hari ini.

    ReplyDelete
  27. Pembangkang sehingga ke hari ini tidak habis-habis memfitnah dan membuat
    tohmahan tentang keburukan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk
    membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  28. Tetapi sehingga ke hari ini, kita lihat mereka hanya bercakap kosong
    tanpa disertai sebarang bukti apa yang mereka dakwakan itu. Mereka
    pusing keliling negara, cakap itu dan ini pada rakyat tapi semuanya
    kosong.

    ReplyDelete
  29. Pembangkang berpolitik bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi
    mempergunakan rakyat untuk kepentingan agenda politik peribadi mereka,”
    tegasnya.

    ReplyDelete