SEMASA rompakan di
Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua
tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda
adalah kepunyaan anda..."
Semua orang dalam bank pun
ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil
"berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita
bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya:
"Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai
"Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk
melakukan!
Apabila perompak bank
kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak
yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa
banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan
berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis
kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan
dari berita tersebut."
*Ini dipanggil
"Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil
kertas!
Selepas perompak telah
beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis
dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $
10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita
sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil
"inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan
anda!
Penyelia berkata:
"alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita
gelapkan duit"
*Ini dipanggil
"berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV
melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira
dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah dan
mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20
juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya,
nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil "
Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum
dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah
dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil
menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta
peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak
sebenar di sini?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete