Wednesday, 5 June 2013

WANITA DIDAKWA HINA AGONG DITAHAN







SEORANG wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, hari ini ditahan pihak berkuasa, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam kenyataan suruhanjaya menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

"SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia.

"Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identititnya," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut meminta rakan suspek tampil bagi membantu siasatan.

Sebelum ini dilaporkan beberapa NGO membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut, malah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut mendesak SKMM bertindak cepat dan tegas terhadap individu yang didakwa menghina baginda.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah membuat tangkapan terhadap wanita berusia 32 tahun itu pada jam 9.30 pagi tadi.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata tangkapan itu dibuat di Taman Nirwana, Ampang, Selangor bersabit dengan siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Berhubung kes itu juga, Amar Singh juga meminta empat individu - Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay - supaya tampil membantu siasatan.  (MKINI)

14 comments:

  1. Kenyataan terbuka tanpa tapisan sememangnya mudah ditulis dan diluahkan dalam laman sosial.Apapun, pengguna lama sosial kena beringat untuk sentiasa beretika dan tidak wujudkan keadaan yang membawa pada kerugian sendiri.

    ReplyDelete
  2. Ada di antara pemilik akaun Facebook, sering memberi kenyataan sensitif tanpa menyedari perbuatan itu, akan mengundang padah, khususnya dalam isu yang melibatkan keharmonian negara.Jangan sembarang saja menulis sebab satu dunia boleh baca tu.

    ReplyDelete
  3. Kes ini juga telah membuka mata bahawa, masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menghormati sensitiviti masyarakat dan Perlembagaan Negara. Sedangkan, Yang di-Pertuan Agong adalah simbol ketua negara yang perlu dihormati dan termaktub di dalam perlembagaan.

    ReplyDelete
  4. Beberapa NGO di Selangor menggesa agar langkah drastik ini diambil dan mencadangkan Malaysia mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman sosial.

    Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

    ReplyDelete
  5. SKMM menerusi Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abdul Rahman memberitahu, suruhanjaya itu akan mengkaji kaedah terlebih dahulu terbaik untuk memantau penggunaan laman media sosial di negara ini dalam membendung budaya fitnah.

    ReplyDelete
  6. pengguna laman sosial sepatutnya berhati2 terhadap kenyataan mereka. kebebasan bersuara tidak sepatutnya di salah guna

    ReplyDelete
  7. Inilah negara yang ada undang-undang dan pelembagaan. Mereka inilah orang yang pertama yang akan menyalak tentang hak kebebasan berkuasa apabila ditahan.

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa. Sebebas-bebas kamu bersuara. Kami pun bebas turut bersuara dan bekerjasama dengan pihak Keselamatan negara.

    ReplyDelete
  9. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya, kata Timbalan Pengarah, Komunikasi Strategik SKMM Rahayu Abdul Aziz dalam kenyataan tersebut.

    ReplyDelete
  10. Agensi berkenaan turut berkata wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika disabitkan kesalahan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

    ReplyDelete
  11. SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia

    ReplyDelete
  12. Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap pemilik laman facebook yang dimiliki Melissa Gooi yang didakwa menghina dan mempersenda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Agong.

    ReplyDelete
  13. She should watch what she posted, especially on sensitive issue.

    ReplyDelete
  14. jgnlah menghina Agung, hormati pemimpin negara.

    ReplyDelete