Friday 30 July 2010

JIWA MURNI KATALIS MUAFAKAT




ALBUM…. Para anggota Maritim mengabadikan kenangan dengan penduduk Kg Bokara yang mengambil bahagian Program Jiwa Murni. Gambar kecil Mohd Onn.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Penguatkuasa Maritim Daerah Sandakan, Kapten (M) Mohamad Onn Khalil berkata melalui program ‘Jiwa Murni’ ia boleh merapatkan lagi siratulrahim dan kerjasama yang erat di kalangan penduduk setempat.

Melalui program sebegini, katanya, banyak aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan bersama-sama dengan rakyat, khususnya penduduk kampung untuk menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian ketika beucap merasmikan Program Jiwa Murni bagi membersihkan tanah-tanah perkuburan Islam Kampung Bokara, Sandakan, kelmarin.

Beliau juga kagum semangat kerjasama yang ditunjukan oleh masyarakat kampung berkenaan terhadap penglibatan anggota-anggota Maritim amat menggembirikan.

“Sikap seumpama inilah yang kita mahu agar jalinan mesra antara orang awam dengan pihak Maritim terus berkekalan demi mewujudkan perpaduan yang erat sejajar dengan slogan 1 Malaysia,” katanya lagi.

Program tersebut yang bermula dari jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari yang diadakan di kawasan lapang kampung berkenaan telah disertai seramai 70 orang anggota Maritim dengan pelbagai pangkat dan termasuk 120 orang kampung masing-masing mengambil bahagian dalam gotong-royong tersebut.

No comments:

Post a Comment