Wednesday 21 July 2010

POLIS BAHAGIAN JENAYAH KOMERSIL DI KOTA KINABALU MAKAN GAJI BUTA






Oleh: ZEILAH A


SEORANG penduduk tempatan berasa kesal dengan etika kerja anggota Polis Bahagian Jenayah Komersil yang enggan menyiasat aduan kepada polis dibuat olehnya di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.


Tuan Hj Bahri B Berahim, suku Orang Sungai berasal daripada Kg. Bilit, Kinabatangan dalam keterangannya kepada krew Sabahkini.Net berkata, pada 13 Julai 2010 dia telah membuat satu laporan rasmi kepada Polis terhadap penama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung yang didakwa olehnya telah memalsukan suku bangsa bapa mereka dalam Sijil Anak Negeri yang mereka gunapakai untuk memberikan mereka status anak negeri.


Krew Sabahkini.Net mencatatkan laporan Polis Hj Bahri seperti berikut:


Antara bulan Januari 2010 hingga bulan Julai 2010 saya telah menerima dari beberapa individu yang hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sandakan dan berjaya mengumpul dan memperolehi beberapa dokumen yang telah dieksibitkan sebagai rekod di Mahkamah Tinggi Sandakan yang membuktikan bahawa dua lelaki berbangsa Cina bernama Kwan Ngen Wah KP 580222-12-5049 dan adiknya bernama Kwan Ngen Chung KP 600712-12-5821 telah gunakan dua Sijil Anak Negeri palsu dan atau yang mereka ketahui kandungannya adalah palsu dan atau dokumen yang dikeluarkan melalui proses yang menyalahi Undang-Undang.


Catatan dalam Sijil Anak Negeri penama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung, salinan dikepilkan, bahawa mendiang bapa mereka, Kwan Ah Hee berbangsa Bumiputera Negeri Sabah adalah penipuan. Mendiang KWAN AH HEE berasal daripada Negara China dan hanya menjadi warganegera Malaysia setelah dikeluarkan sijil Warga Negara Malaysia NO. 197590 yang membolehkannya memegang Kad Pengenalan H 0141598. Mendiang Kwan Ah Hee bukan seorang berketurunan anak negeri berasal dari Sabah.


Sebagai salah seorang yang telah menjadi mangsa, saya buat aduan ini supaya Polis Di Raja Malaysia tangkap dan dakwa kedua penama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung atas kesalahan melakukan jenayah menipu dan atau menggunakan dokumen palsu untuk memiliki tanah di bawah syarat ‘Native Title’ yang hanya boleh dimiliki oleh kaum Anak Negeri berasal dari Negeri Sabah.


Hj Bahri yang ditemani Peguamnya ketika berkunjung ke Pejabat Bahagian Komersil di Balai Polis lama Kota Kinabalu juga berkata anggota Polis yang bertugas tidak ada etika kerja yang membanggakan.


“Mereka kata tidak mahu siasat kes ini. Walaupun Peguam saya memberi tahu bahawa bukti-bukti yang telah dieksibitkan di Mahkamah menunjukkan terdapat eleman jenayah dilakukan oleh mereka yang namanya disebut dalam aduan saya mereka tetap tidak mahu mengambil sebarang tindakan,” tambah Hj Bahri dengan nada kesal.


Oleh kerana tidak puas hati dengan layanan yang diberikan, Hj Bahri yang turut menjadi mangsa penipuan oleh penama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung telah menghubungi aktivis masyarakat, OKK Hassnar B Hj Ebrahim untuk mendapatkan nasihat.


Ketika dihubungi krew Sabahkini.Net, OKK Hassnar Hj Ebrahim hanya berkata; “Apa yang boleh kita harapkan daripada PDRM kalau 40% Pegawai mereka (Polis) rasuah,” sambil tersenyum mengingatkan Sabahkini.Net artikal mingguan oleh Tun Haniff Omar, bekas Ketua Polis Negara yang pernah berkata 40% daripada anggota Polis yang bertugas sekarang boleh ditangkap kerana terlibat dengan rasuah.


Menurut OKK Hassnar Hj Ebrahim kes melibatkan jutawan Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung yang tidak henti-henti diutarakan oleh penduduk tempatan dan tidak hendak diambil tindakan oleh Polis walau betapa berat sekalipun jenayah mereka lakukan dengan memetik pepatah orang Russia yang lebih kurang berbunyi;


Where money talks, justice have to give way”. (Ianya membawa maksud bila wang bercakap keadilan kena berundur).

No comments:

Post a Comment