Thursday 29 July 2010

PLASTER LUKA DALAM TIN SARDIN?




Oleh: MAIL MATHEW


SEORANG pekerja di salah sebuah hotel di Tenom, Juinah Angabus, 40, mengadu keracunan makanan ketika mengambil makanan dalam tin (sardine tauci) yang dibelinya dari salah sebuah pasaraya yang berhampiran dengan hotel tempat beliau bekerja.

Kejadian itu berlaku pada rabu kira-kira jam satu petang apabila Juinah dan rakan- rakan sekerjanya berehat untuk makan tengah hari; tetapi sebelum itu Juinah dikatakan berkejar ke pasaraya terbabit untuk membeli sardin ikan tauci sebagai lauknya.

Menurut Juinah, ketika menikmati makan tengah hari berlauk sardin yang dibelinya itu dia merasakan ada sesuatu benda yang tidak kena pada lauk sardin tersebut dan apabila diperiksanya terdapat satu helai ‘plaster’ pembalut luka bercampur dengan lauk sardin yang dibelinya itu.

“Selepas selang beberapa minit saya terasa pening dan mula muntah-muntah sehinggalah ke hari ini saya langsung tiada selera makan. Majikan membawa saya ke hospital dan kemudian membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan di sini,” tegas Juinah.

Ditanya ada kemungkinan lauk sardin yang dibelinya itu sudah luput tarikh sah beliau berkata, persoalannya bukan berkisar kepada tarikh luput tetapi macam mana plaster pembalut luka berada dalam tin sardin itu, malah ada sebahagiannya sudah pun dimakannya.

Pejabat Kesihatan di sini ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian tersebut pada petang rabu, dimana semua bekas sampel makanan telah dikutip termasuk sardin terbabit dan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk penganalisaan dan pengesahan.

Menurut Pegawai itu, majikan pasaraya terbabit telahpun ditemuduga untuk merekodkan keterangannya namun tindakan lanjut hanya akan dapat dibuat selepas mengetahui keputusan daripada pihak Jabatan Kimia dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment