Thursday, 29 July 2010

‘1 MALAYSIA’ MUSNAHKAN KAMPUNG MELAYU?



Oleh: HAMZAH BIN ABDULLAH

KERAJAAN UMNO/BN boleh canang apa juga slogan yang cantik molek bermula dari Slogan Penerapan Nilai-nilai Islam; Kepimpinan Melalui Teladan; Bersih, Cekap dan Amanah; sehinggalah slogan ‘1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan’.

Cananglah slogan-slogan ini dengan sekuat mana sekalipun ke seluruh pelusuk negara, namun hakikatnya apabila nafsu semakin membuak untuk mendapatkan komisyen di atas projek yang dilaksanakan oleh kontraktor kroni, wajah sebenar pemimpin UMNO/BN akan semakin terserlah dan slogan Rakyat Di Dahulukan akan bertukar menjadi ‘Rakyat Mesti Di mampuskan, Nafsu pemimpin UMNO/BN mesti dipuaskan!’

Masjid di Kg. Lupak Meluas dalam DUN Sekong ini juga bakal dimusnahkan oleh kontraktor kroni atas alasan pembinaan jalanraya Karamunting/Bokara. Rumah-rumah di sekitarnya termasuk Kg. Istimewa yang kesemua penduduknya beragama Islam dari kaum Bumiputra telahpun diberi amaran oleh Setiausaha MPS, Haji Hamsan bin Awang Supain, melalui surat bertarikh 23 Julai, 2010, agar segera merobohkan rumah-rumah mereka.

Tanaman pokok-pokok pisang yang sedang mengeluarkan hasil kesemuanya sudah dimusnahkan tanpa sebarang belas kasihan dan para pemimpin UMNO/BN terus membutakan mata mereka di atas penganiayaan yang dilakukan oleh kontraktor kroni UMNO/BN!

Pemimpin UMNO/BN di Sekong sedikitpun tidak merasa berdosa di atas apa yang berlaku kepada para pengundi yang telah memberi mandat kepada mereka dalam pilihanraya lalu.

Pemimpin UMNO/BN semacam tidak peka bahawa hanya dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan lalu sewajarnya mereka terpanggil untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya ke atas penduduk Kg. Lupak Meluas dan Kg. Istimewa.

Pemimpin UMNO/BN sedikit pun tidak mempunyai rasa belas kasihan ke atas para penduduk yang bakal menghadapi musibah akibat perobohan rumah-rumah mereka oleh kontraktor kroni UMNO/BN.

PAS Kawasan Batu Sapi, insyaallah akan bersama para penduduk Kg. Lupak Meluas dan Kg. Istimewa hujung minggu ini bagi mengadakan solat hajat memohon dan bermunajat kepada Allah s.w.t. semoga terhindar dari musibah yang dicipta oleh kerajaan UMNO/BN.

PAS juga akan mengadakan ceramah bagi menyedarkan masyarakat Sekong betapa pentingnya mereka menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment