Oleh: KREW SABAHKINI NET
SUMBANGAN Pakaian seragam dan kasut sekolah secara percuma kepada kira-kira 300,000 pelajar sekolah rendah di seluruh Negeri Sabah termasuklah sekolah jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Agama Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Sabah (JAHENS) adalah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia; atas dokongan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melakukan pemberian ehsan untuk membantu anak penduduk pelbagai kaum yang terdapat di negeri ini
Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) yang telah diberikan kepercayan mendapat kontrak membekal pakaian seragam dan kasut sekolah rendah tahun satu hingga tahun tiga yang bernilai RM 20 juta dalam tempoh selama 10 tahun bermula dari tahun 2008 sehingga tahun 2017, mempunyai perancangan untuk mendapatkan geran atau kontrak membekalkan pekaian seragam ke sekolah-sekolah menengah di Sabah pada masa hadapan.
KOSAN yang telah diwujudkan kira-kira 34 tahun yang lalu, dengan pembiayaan peruntukan dan pinjaman oleh kerajaan negeri dan didaftarkan pada 10 Jun 1976 di bawah ordinan Syarikat Kerjasama NO 3 pada tahun 1958 dan Akta Koperasi 1959 .
Penubuhan KOSAN pada waktu itu adalah untuk melibatkan para belia dan beliawanis tempatan terutamanya bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian, adalah semata-mata untuk menyahut seruan kerajaan pusat untuk mengujudkan Masyarakat Perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB), di samping membantu kerajaan negeri mengurangkan pengangguran di Sabah serta membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat di luar bandar.
Jika sekiranya kerajaan negeri di bawah Pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman yang pada suatu ketika pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah KOSAN, memberikan kontrak untuk membekalkan pakaian seragam kepada sekolah menengah di Sabah, ianya akan memberikan anjakan paradigma dan peningkatan terhadap kontrak yang diperolehi KOSAN ketika ini sebanyak RM20 juta.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yen baru-baru ini mengesa pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah (ALK) KOSAN supaya mengemukakan pelan jangka panjang untuk melakukan perubahan dan menuju ke hadapan yang lebih berdaya saing.
Katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah, tiga perkara yang perlu diberikan perhatian ialah perancangan kewangan, pembangunan tenaga kerja dan prduktiviti dalam organisasi tersebut.
"Sebagai sebuah organisasi yang sudah ditubuhkan lebih 30 tahun, sudah tentu budaya kerja sukar untuk diubah tetapi saya percaya jika kita bekerjasama dan dengan satu tujuan,kita boleh mencapai sasaran kita," kata Pang semasa merasmikan Mesyuarat Agong tahunan ke 27 KOSAN di Dewan Saadah Wisma MUIS di sini baru-baru ini.
Pang yang juga Pengerusi KOSAN berkata, situasi itu tidak akan berlaku jika KOSAN mempunyai pelan jangka panjang dengan mengesa pihak pengurusan supaya menhambil tindakan dengan segera.
"Saya perhatikan masih ada pertindihan tanggng jawab di antara pengurusan dan Lembaga Pengarah di mana perkara ini perlu ditangani, jika tidak ia akan menjejaskan prestasi kita," tegas Pang selanjutnya.
Pang yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, pemasangan mesin yang baru dan moden di kilang KOSAN di Tuaran dijangka dapat mengurangkan pengeluaran serta meningkatkan kualiti pengeluaran KOSAN.
Beliau juga berkata, Program Vendor yang membabitkan 231 orang berada di landasan yang betul dan mencadangkan kepada pengurusan agar menambahbaik program tersebut kerana ia membolehkan orang miskin di mana juga untuk menjana pendapatan dan mengurangkan bebanan kewangan mereka.
Mesyuarat Agong KOSAN turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi KOSAN; Haji Ghulabdin Enjih; Setiausaha KOSAN, Ariffin Datuk Fadzil Wong; Bendahari KOSAN, Chong Ket Vui dan Ahli Lembaga Pengarah penggal 2009 hingga 2010.
Sementara itu empat ahli lembaga Pengarah KOSAN, Datuk Haji Arshad Idris, Datuk Baisul Khan Salman Farish, Gabriel Lohuban dan Sylvester Golou Asai yang tempoh tiga tahun mereka tamat dipilih semula untuk menganggotai Ahli Lembaga Pengarah
No comments:
Post a Comment