Monday, 19 July 2010

SAID HINAYAT, KAULAH PENGKHIANAT!



Oleh : ZIELAH A

WAJAH mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Mohamad Said Hinayat jelas kelihatan hilang seri dan memucat putih ketika berada di kandang saksi apabila disoal oleh Haji Ansari Abdullah mengenai surat yang dikeluarkan olehnya mengesahkan status Kwan Ah Hee dan anak-anaknya sebagai bumiputera Sabah yang layak memiliki tanah di bawah syarat NT.

Mohamad Said Hinayat yang hadir memberi keterangan telah disapena supaya menjelaskan kandungan satu surat bertarikh 30 Oktober 2007 yang ditandatangani olehnya selaku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Said Hinayat dalam suratnya itu menyatakan Kwan Ah Hee telah datang berjumpanya (Said Hinayat) pada 30 Oktober 2007 adalah seorang Anak Negeri yang layak memiliki tanah bergeran NT.

Muka Said Hinayat yang berkulit hitam jelas berubah pucat memutih dengan kedua- belah tangannya juga kelihatan menggelatar apabila disoal adakah dia tahu bahawa Kwan Ah Hee yang dinyatakan datang berjumpanya di pejabat pada 30 Oktober 2007 telah meninggal dunia pada tahun 1997.

Terdahulu wakil kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara telah eksibitkan sijil mati Kwan Ah Hee meninggal dunia pada 8 Ogos 1997.

Selain sijil mati Kwan Ah Hee, surat daripada Mohamad Said Hinayat juga telah diterima oleh Mahkamah sebagai eksibit bertanda IDD4.

Sejurus selesai memberi keterangan, krew Sabahkini yang merakam sambung bicara antara Gabungan Saga Sdn. Bhd melawan Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung juga sempat merakam dan menyaksikan satu adegan panas antara mantan Ketua Daerah Sandakan OKK Hassnar Bin Hj MP Ebrahim bertikam lidah dengan Mohamad Said Hinayat.

Ia hanya bermula dengan seorang jurugambar Sabahkini.Net dimarahi oleh Mohamad Said Hinayat yang ketika itu sedang keluar dari bilik Mahkamah setelah selesai memberi keterangan.

Menyedari perasaannya terganggu kerana merasa malu dengan perbuatannya dan untuk menenangkan keadaan, OKK Hassnar telah menawarkan diri menemani Said Hinayat turun dari mahkamah ke tempat letak keretanya.

Bagaimanapun, Said Hinayat terus mencaci para penulis Sabahkini.Net sebagai penulis upahan yang tidak bermaruah dan berbagai tohmahan lain. Tidak tahan dengan tohmahan dan caciannya yang keterlaluan OKK Hassnar telah menegur Said Hinayat.

OKK Hassnar : Setahu saya penulis Sabahkini hanya tulis mengikut fakta dan bukti?

Mohd Said : Mereka tulis tidak betul.

OKK Hassnar : Apa yang tidak betul. Kalau mereka tulis misalnya macam mana orang sudah mati pada tahun 1997 boleh kau katakan datang jumpa kamu pada tahun 2007?

Mohd Said : Kita ini cari makan saja bah.

OKK Hassnar : Saya dengar kamu setiap hujung minggu pergi Jakarta. Dari mana kamu dapat begitu banyak wang untuk belanja ke Jakarta selalu?

Mohd Said : Saya ini bertugas makan gaji ikut arahan saja.

OKK Hassnar : Siapa arah kamu, Si William? Bagaimana kalau OKK William tipu kamu sahkan Komunis dari Negara China sebagai anak Negeri, kamu sahkan juga?

Mohamad Said Hinayat tercengang seketika dan tidak dapat mencari perkataan sesuai untuk menangkis tuduhan OKK Hassnar Hj Ebrahim.

OKK Hassnar : Kalau begitu memang kau pengkhianat!.

Mohd Said: Bukan begitu..

OKK Hassnar : Kalau begitu memang benarlah kau ini pengkhianat. Pegawai seperti kau inilah yang banyak rosakkan penghidupan kaum Anak Negeri. Tanpa periksa suka-suka istihar orang luar sebagai Anak Negeri. Tengoklah buncit sudah perut kamu hasil merosakkan kaum Anak Negeri.

Mohamad Said Hinayat yang baru sahaja ‘hilang maruah’ ketika berada dalam kandang saksi dengan aksinya cuba menutup pembohongannya sentiasa direnung oleh Hakim kini kelihatan seolah-olah ‘Badut’ hilang akal. Tanpa berkata apa-apa, beliau lantas meninggalkan Mahkamah menuju ke keretanya.

Peristiwa yang dirakam oleh krew Sabahkini.Net berlaku di pintu masuk Mahkamah Tinggi Sandakan. Beberapa orang lain yang turut hadir mendengar perbicaraan pada hari itu menyokong gelaran Mohamad Said Hinayat sebagai pengkhianat.

Rata-rata mereka menyeru krew Sabahkini.Net supaya menyiarkan tuntutan mereka agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pegawai ‘pengkhianat’ seperti Mohamad Said Hinayat.

No comments:

Post a Comment