Saudara Pengarang,
SEJAK akhir-akhir ini, saya agak terkilan dengan sikap kurang professional Sabahkini.net terutama dalam perjuangan menegakkan motonya, ‘Membongkar Kebenaran, Mempertahankan Kejujuran’ yang berubah seratus peratus kepada laman web yang boleh disewa oleh penjenayah!
Buktinya, seorang lelaki bernama David Fong Vun Fui yang sebelum ini telah memburukkan nama seorang Tan Sri dengan membuat tuduhan palsu sehingga mengaibkan orang yang paling berjasa di Sandakan; mujur Sabahkini.net menarik balik artikel berkenaan atas dasar perikemanusiaan?
Selepas itu, David Fong muncul dengan sebuah lagi cerita palsu tentang penipuan seorang peniaga yang kononnya menipu beliau sehingga menyebabkan Sabahkini.net menyingkir seorang Sub-Editor yang begitu berpengaruh, Salihin Ladja Mura yang menyiarkan artikel berkenaan ketika Editor Sabahkini.net sedang bercuti; sebagai jalan penyelesaian setelah peniaga tersebut mendapat injunksi daripada Mahkamah.
Kini muncul lagi ‘Surat Terbuka’ David Fong kepada peniaga berkenaan dan Sabahkini.net tidak menghormati perintah mahkamah agar tidak menerbitkan sebarang artikel berhubung peniaga berkenaan.
Tahukah Sabahkini.Net bahawa David Fong ialah ‘Tokoh Politik’ yang telah disewa UMNO untuk ‘mengalahkan’ pemimpin LDP, Datuk V.K.Liew pada pilihanraya umum 2008 dengan menikam LDP daripada di saat akhir LDP memerlukan khidmatnya.
Sebagai seorang ‘Desperado’, David Fong sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memperdaya para peniaga di Sandakan dan hidup sebagai seorang ‘Lau Chen’ yang kini memperdaya Sabahkini.Net dengan dakyah palsu.
Akibat daripada petualangannya, David Fong dan rakannya telah dipecat daripada LDP kerana menderhakai parti mereka. Oleh kerana Sabahkini.net telah berjaya memperjuangkan kepentingan Anak Negeri Sabah, maka kami bimbang ianya akan mudah dipergunakan oleh penjenayah seperti David Fong untuk memburuk-burukkan orang lain dan akhirnya menikam Sabahkini.Net daripada belakang.
Kepada David Fong, kami berharap agar anda tidak mengaburi mata rakyat Sabah dengan ‘sandiwara opera’ anda yang kononnya menjadi Aktivis Masyarakat tetapi sebenarnya ‘memakan daging dan darah’ saudara sendiri!
Jika anda tidak berhenti dengan dakyah palsu anda, kami akan membongkar kejahatan anda tanpa sebarang amaran lagi.
Sekian, Semoga Sabahkini.net dapat menyiarkan surat terbuka kami. Kami juga berharap agar Sabahkini.net tidak gentar mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman setelah berjaya membuktikan ada kes terhadap Musa Aman sekalipun ‘No Case To Answer’.
CHIN KHIN LAI
(NOTA EDITOR: Sabahkini.net adalah web bebas dan sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang suka menghentam Sabahkini.net sendiri kerana semua teguran yang membina akan dijadikan teladan. Sabahkini.net milik rakyat Sabah dan bukan semudah yang disangkakan untuk dibeli atau disewa seseorang.)
sabahkini.net harapan terakhir untuk membela rakyat yang teraniaya...selain "Rancangan Aduan Rakyat" yang disiarkan di tv3 :)
ReplyDeleteya jangan cepat membuat kesimpulan, jika kita melihat dari satu sudut sahaja maka seronglah pandangan kita...
ReplyDeleteteringat saya pada kata2 "musuh adalah orang yang paling baik untuk mengajar kita" fikir2kan sndri mksdnya....