Tuesday 27 July 2010

HOSPITAL SEMPORNA UNTUK ANJING?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

ADUAN ataupun tujuan utama warkah ini ditulis adalah di atas keprihatinan sebagai seorang Anak Jati Negeri Sabah terhadap masalah-masalah yang berlaku khususnya di negeri Sabah dan di Malaysia umumnya.

Pada 24 Jun 2010, saya telah mengunjungi Hospital Semporna namun apa yang memilukan dan mendukacitakan, seperti yang kita sedia maklum, Hospital adalah sinonim dengan kebersihan seperti mana yang selalu diwar-warkan di media massa. Namun apa yang berlaku pada hari tersebut, sangat mengejutkan saya dengan apa yang berlaku.

Seekor anjing yang kelihatan amat jinak berkeliaran di sekitar Wad Bersalin dan beberapa wad lain yang berada di sekitarnya. Hal ini bukan sahaja mengejutkan saya, malah beberapa pengunjung lain juga turut terkejut dengan kehadiran anjing tersebut di kawasan yang dijamin kebersihan dan keselamatannya.

Apa yang menyedihkan saya, tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh kakitangan berwajib mengatasi masalah ini.

Foto yang dikepilkan di atas telah menceritakan segalanya dan saya berharap agar hal ini diambil perhatian agar slogan ‘Sihat Sepanjang Hayat’ akan terlaksana dan bukannya hanya omong-omong kosong.

Yang Perihatin.

ASAL DARI KAMPUNG.

1 comment: