MALANG….Pengerusi JKKK Kg Istimewa, Ansar menunjukkan salah sebuah rumah malang yang bakal diroboh. Manakala gambar sisipan, PKR Sekong, Jantapa menunjukkan surat notis roboh yang dikeluarkan oleh MPS atas desakan pihak kontraktor
Oleh : SHAIMON S JUMADI
TINDAKAN pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengeluarkan notis meroboh 14 buah rumah yang membabitkan 30 keluarga atas desakan pihak kontraktor tanpa pengetahuan para pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan juga pemilik rumah terbabit dianggap sebagai biadap terhadap masyarakat setempat.
Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan Sekong, Jantapa Zainal Abidin, berkata kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, sepatutnya sebelum pihak MPS mengeluarkan notis kepada para pemilik rumah berkenaan hemdaklah mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan PKR, CDO, JKKK, Ketua Kampung ataupun dengan Wakil Rakyat kawasan Sekong dan Ahli Parlimen kawasan Batu Sapi untuk meminta sedikit pandangan mengenai perobohan tersebut.
Kata Jantapa, kita tidak menghalang usaha kerajaan untuk membangun apa jua projek di satu-satu kawasan kerana ini juga merupakan satu kemajuan untuk kepentingan rakyat.
Tetapi pihak MPS yang bersekongkol dengan pihak kontraktor mengeluarkan notis roboh kepada 14 buah rumah dan membabitkan 30 keluarga secara mendadak tanpa beruding di samping membelakangi pemimpin seperti ADUN Sekong ini; adalah dianggap kurang ajar dan biadap.
“Nama saja orang Malaysia tetapi tidak belajar adat dan sopan satun dan mereka ini sama saja seperti orang-orang barat,” tegas Jantapa lagi.
Ketua Biro Sabahkini.Net sempat membaca surat notis arahan perobohan struktur rumah yang bertarikh 23 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Perbandaran MPS antara lain menyebut;
“Menurut Kuasa di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan (Pindaan 1982) By-Law 2(2) saya memohon dengan mengarahkan tuan/puan untuk merobohkan struktur tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan ini. Sekiranya tuan/puan gagal berbuat demikian, Majlis akan meroboh dan memindah struktur tersebut pada 13 0gos 2010 tanpa sebarang kenyataan dan pihak majlis juga tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan atau kehilangan harta benda semasa operasi perobohan dijalankan.”
Seramai 30 keluarga yang membabitkan 14 buah rumah termasuk sebuah surau yang melibat 3 buah kampung antaranya Kampung Karamunting, Kampung Istimewa dan Kampung Simpang Lupak Meluas mereka yang terbabit bakal kehilangan tempat kediaman buat selama-lamanya kerana rumah-rumah mereka terlibat dengan projek melebarkan Jalan Bokara ke Batu Sapi.
Yang menyedihkan sekali, kata Jantapa, sekiranya pembongkaran 14 buah rumah itu menjadi reality, apakah nasib mereka nanti dan di mana mereka akan tinggal, lagipun kesemua mereka itu adalah rakyat tempatan.
Tegas Jantapha, sedangkan binatang seperti kambing dan ayam mempunyai tempat tinggal yang selesa, malahan dibina reban (kandang), apatah lagi manusia? Inilah sikap sesetengah pegawai kerajaan yang suka bersekongkol dengan pihak kontraktor kerana mahu mendapat habuan daripada kontraktor berkenaan sehingga sanggup membunuh nasib anak bangsa sendiri.
Kata Jantapa, kerana rumahnya juga terlibat dengan projek tersebut mereka tidak dapat tidur lena kerana memikirkan mahu pandai ke mana sedangkan mereka belum mempunyai rumah baru sebagai tempat berteduh.
Sementara Ketua Biro Sabahkini.net telah menemui Naib Ketua Cabang Parti Keadalian Rakyat (PKR) kawasan Batu Sapi Ahmad Hj Ibrahim untuk meminta ulasan mengenai tindakan drastik pihak MPS.
“Pada pandangan saya, dengan tindakan zalim pihak kerajaan khususnya MPS terhadap rakyat, khususnya kepada 30 keluarga terbabit ini, sebenarnya pihak MPS memberi ruang seluas-luasnya kepada parti pembangkang untuk menjadi kerajaan pada pilihanraya umum ke 13 nanti,” tegas Ahmad Ibrahim.
Dalam hal ini, kata Ahmad Ibrahim, parti pembangkang tidak menghalang hasrat murni kerajaan untuk memajukan dalam aspek pembangunan tetapi pada masa yang sama, mereka yang terlibat rumah mereka bakal diroboh berikanlah sedikit pampasan yang setimpal; sekurang-kurangnya mereka tidak menanggung beban yang berat,” ujarnya Ahmad Hj Ibrahim yang turut simpati terhadap nasib malang 30 keluarga yang bakal merempat di tanah air sendiri.
Berbanding dengan orang pelarian dan PTI kata Ahmad, telah diberi keistimewaan yang cukup lumayan tetapi rakyat tempatan menjadi kucar-kacir seperti rakyat di Negara Palastine.
Sekiranya rumah2 itu mempunyai geran, sepatutnya MPS tidak boleh bertindak melulu dengan merobohkan rumah2 itu atas alasan ingin membesarkan jalan. Tempoh 21 hari itu adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan. Ke mana hilangnya keprihatinan pemimpin2 kerajaan yg hanya lantang bersuara tatkala musim kempen pilihanraya? Patut bagi pampasan jika tiada pilihan selain membesarkan jalan. Tambahan pula, jika benarlah kerajaan betul2 prihatin dan memandang serius nasib rakyat, bukankah lebih afdhal jika rakyat2 yg terlibat diberikan gantian tempat tinggal? Ke mana hala yg harus mereka tuju selepas rumah mereka dirobohkan???
ReplyDelete