Monday 26 July 2010

PEGAWAI BANCI KASARI ORANG AWAM?





Oleh: JACKSON LU

SIFAT sopan santun di kalangan masyarakat majmuk negara ini memang sudah terkenal di seluruh dunia, malah sudah menjadi amalan turun temurun sejak sebelum merdeka lagi.

Apatah lagi jika seseorang individu itu bekas seorang Pegawai Penjawat Awam yang telah bersara sudah tentu sifat-sifat mulia itu menjadi teras dan amalan rutin sehariannya apabila bertemu rakan dan taulan di mana sahaja.

“Bagaimana pun kita terkejut kerana kekasaran itu berlaku apabila seorang mantan Pengetua Sekolah yang dipinjam oleh kerajaan dalam tugas-tugas Bancian 2010, yang seolah-olah tidak bertolak ansur ketika menemubual pelanggannya; malah perkara peribadi pelanggan turut disoal. Apa kaitan perkara peribadi dengan bancian penduduk?,” tanya Ketua LDP Tenom, Kapitan Ng Tet Hau.

Kapitan Ng berkata demikian kepada Sabahkini.net sebagai mengulas tingkahlaku pegawai terbabit yang tidak disenangi masyarakat di sini, di mana beliau akan mengutarakan perkara tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut termasuk menyingkirkan pegawai itu daripada tugasannya.

Perilakunya pegawai itu telah mencemar imej kerajaan selain bersifat ganas dengan mengasari pelanggan (orang awam) yang sememangnya tugasannya itu mendapat imbuhan daripada kerajaan, dengan harapan bahawa kelicinan tugasan itu berjalan dengan lancar dan sempurna berdasarkan pengalaman lalu pegawai terbabit.

Umum telah mengetahui bahawa tugas bancian penduduk suatu tugasan yang rumit dan senantiasa mendepani karenah masyarakat yang kurang fasih berbahasa Malaysia; tetapi seseorang pegawai yang berpengalaman harus peka tentang persoalan itu sebelum menerima tugas dan tanggung jawab tersebut.

Kapitan Ng kesal dengan sikap pegawai terbabit kerana kejadian mencerca pelanggannya itu telah berlaku di hadapan matanya, lebih-lebih lagi ia berlaku di tempat awam iaitu sebuah restoran terbuka di sini.

“Saya cuba menghalang pegawai itu daripada terus mengeluarkan kata-kata hinaan kepada pelanggannya seorang berbangsa Cina, tetapi tidak dipedulikan oleh pegawai terbabit,” tambah Kapitan Ng Lagi.

No comments:

Post a Comment