Sunday, 2 January 2011

BUGIS ANAK NEGERI, BUKAN PATI!



Saudara Pengarang,

SAYA merupakan anak jati Tawau dan berbangsa Bugis Bone. Bugis terkenal sebagai pahlawan, nelayan, bangsa yang cekal dan tidak pernah putus asa, bangsa yang tidak pernah merungut dan selalu bersyukur dengan rezeki yang ada.

Sejak kecil kami telah dilatih dan diajar dengan pelabagai ilmu dan memegang satu prinsip iaitu rezeki tidak akan datang melayang atau bergolek tanpa usaha. Sebab itulah majoriti kaum Bugis Tawau berilmu dan memegang pelbagai jawatan profesional.

Kehebatan kaum Bugis Tawau yang mendahului kaum lain di sabah mungkin dicemburui oleh kaum lain yang majoritinya masih ketinggalan. Sehubungun dengan itu, saya rasa terkilan dengan artikel Mutalib yang seolah-olah melabelkan kami kaum bugis sebagai PTI.

Sedangkan adakah kita sedar bahawa geografi negeri Sabah ini bersempadan dengan Filipina, Brunei dan Indonesia. Sekiranya kaum Ilanun, Dayak, Bajau dan Suluk boleh dianggap sebagai kaum pribumi Sabah; kenapa kaum Bugis dipertikaikan dan menggangap kami sebagai PTI dari Indonesia. Sedangkan kaum Ilanun, Dayak, Bajau dan Suluk ini juga berasal dari Filipina.

Kalau dilihat, Tawau bersempadan dengan Borneo dan moyang kami telah berhijrah ke negeri ini sebelum Malaysia merdeka lagi. Oleh itu amatlah tidak adil sekiranya beliau hanya menggangap kaum-kaum yang lain ini sebagai pribumi Sabah sedangkan kaum Bugis diketepikan dan dianggap sebagai PTI.

Kita tidak boleh menyalahkan kaum Bugis yang telah berjaya seperti orang yang disebutkan dalam artikel tersebut kerana kejayaan mereka adalah hasil usaha mereka sendiri. Mereka membuka perniagaan restoran dan sebagainya, lalu berjaya kerana rezeki kurniaan Allah SWT. Jadi usah pertikai taraf kerakyatan mereka sekiranya kaum pribumi sendiri malas berusaha.

(NOTA: Mutalib M.D tidak pernah mengatakan semua Bugis itu PATI melainkan yang mendapat kad pengenalan projek dan kad pengenalan palsu. Jika Bugis yang memasuki Malaysia sebelum merdeka dan mendapat kerakyatan Malaysia melalui lunas-lunas undang-undang, maka mereka adalah rakyat Malaysia. Tetapi bukan bermakna mereka ‘Anak Negeri’ atau ‘Pribumi’ melainkan mereka boleh memohon Sijil Anak Negeri daripada Mahkamah Anak Negeri mengikut Ordinan Tafsiran Anak Negeri Sabah, bukannya secara automatik. Tetapi pengeluaran Sijil Anak Negeri telah dibekukan sejak 1984, maka Bugis bukanlah Anak Negeri!)


1 comment:

  1. Apa yang menjadi tanda tanya pada diri saya sekiranya bugis bukanlah Anak Negeri, bagaimana pula segelintir jiran2 saya yang berbangsa bugis boleh memiliki sijil Anak negeri yang telah di keluarkan di Mahkamah Anak Negeri Tawau, sedangkan apabila saya berurusan di Mahkamah Anak Negeri Lahad datu , mereka memaklumkan saya tidak layak. Apakah setiap daerah mempunyai undang2 yang berbeza sehinggakan perkara sedemikian berlaku

    ReplyDelete