Oleh : MUHAMMAD
HALIMI
HARUS
diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak
rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar
dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar
dimensi masa manusia.
Manakala
Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin
Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi
Ashkenazi Jews & Zionist!
Golongan
mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s.
Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat
kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan
kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan,
kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1)
Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf
b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6
perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina
bermaharajalela
“Dan
tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih
Muslim
3)
Bermaharajalela alat muzik
“Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
”Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi
wanita” – Ibnu Majah
4)
Menghias masjid & membanggakannya
“Di
antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5)
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik
“Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan
Hakim.
6) Ramai
orang soleh meninggal dunia
“Tidak
akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik &
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang
yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di
antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan
salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat
Ahmad
9) Banyak
wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan
muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang”.
10) Bulan
sabit kelihatan besar
“Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit.”- Riwayat Thabrani
11)
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada
akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12)
Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13)
Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak
akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai” – Sahih Muslim
14)
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada
akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” –
Sahih Abu Daud & Nasai
15)
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila
umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri
raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa
terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih
Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita
hanya menuggu saat tibanya
Daripada
Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw.
dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa
yang kamu perbincangkan?”.
Kami
menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya”.
Kemudian
beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga
kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di
Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri
Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R
Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh
tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah
tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari
qiamat.
Sepuluh
tanda itu ialah:
Dukhan
(asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di
kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal
yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai
orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang
besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari
akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi
menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang
berdosa.
Turunnya
Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan
Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala
salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajjal.
Keluarnya
bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini,
iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa
bumi di Timur.
Gempa
bumi di Barat.
Gempa
bumi di Semenanjung Arab.
Api besar
yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari
arah negeri Yaman.
Mengikut
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau
mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan
hadis-hadis Rasulullah Saw bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala
petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku
dipermukaan bumi ini.
Keadaan
itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun
dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah
permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam
cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa
qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu
adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat
tenggelamnya”.
Sumber:
Islamic Eschatology
No comments:
Post a Comment