Wednesday, 5 June 2013

DR M DEDAH WAJAH SEBENAR UMNO





         
KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)


Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.
(HARAKAH)

29 comments:

  1. Tsunami politik 2008 sememangnya wajar dijadikan iktibar oleh Umno-Barisan Nasional, namun apa yang lebih penting pada ketika ini ialah memastikan parti itu terus relevan terutama kepada gerenasi muda di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, "persoalan utama yang perlu diakui hakikatnya adalah daripada segi ‘relevansi’ Umno dan BN dalam arena politik di negara kita. Ia berdasarkan, 42 peratus daripada jumlah pengundi, terdiri daripada usia 40 tahun ke bawah."

    ReplyDelete
  3. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, generasi muda yang lahir era pascakemerdekaan ini merupakan kelompok yang sentiasa dahagakan perubahan dan pembaharuan dalam arena politik negara.Mereka ini juga lah golongan terbanyak yang mempunyai akses kepada media baru.

    ReplyDelete
  4. Justeru katanya, medium ini benar-benar memainkan peranan yang cukup penting dalam menyebar luas maklumat yang dikehendaki kelompok ini terutama mereka yang baru pertama kali mengundi.

    "Sembilan belas peratus pengundi terdiri berumur 21 hingga 30 tahun dan 23 peratus terdiri daripada mereka yang berusia 30 ke 40 tahun.

    ReplyDelete
  5. "Pada segi sosialnya, 19 peratus pengundi ini, mereka terdiri daripada dua kategori iaitu pertama dan lebih sekali mengundi. Dan mereka membuat keputusan berdasarkan media baru," ujar Ahmad Zahid.

    ReplyDelete
  6. Sementara katanya, 23 peratus lagi pengundi ini membuat keputusan berdasarkan percampuran media baru dan konvensional.

    "Mereka ini pula merupakan ketua keluarga muda iaitu terdiri daripada golongan profesional, demokrat dan separa keterampilan, yang mencari ke arah kestabilan keluarga.

    "Golongan 42 peratus ini yang memikirkan apa yang mereka peroleh untuk masa hadapan buat diri dan keluarga," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan.

    ReplyDelete
  7. Pembangkang membuat tohmahan tidak berasas kononnya Barisan Nasional (BN) semakin lemah di negeri di bawah bayu namun BN masih bertapak kukuh di Sabah meskipun semua fitnah itu diberikan.

    ReplyDelete
  8. Jadi perlulah kita lihat dan nilai sendiri akan kejayaan yang telah diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat terutama sekali di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  9. Pembangkang sentiasa mencuri peluang dengan membuat pelbagai tohmahan dengan niat dan matlamat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat. Namun sokongan rakyat Sabah begitu hebat sekali

    ReplyDelete
  10. Rakyat negeri Sabah sememangnya beruntung kerana mempunyai Ketua Menteri seperti Datuk Musa Aman yang mana telah mentadbir negeri Sabah dengan sebaiknya dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

    ReplyDelete
  11. Kita dapat nilai sendiri akan pujian diterima daripada ketua audit negara yang mana memuji akan pengurusan kewangan negeri Sabah antara yang terbaik di Negara ini.

    ReplyDelete
  12. Susah kalau rakyat yg trima bulat-bulat semua maklumat dari berita dan surat khabar.. pigi cari maklumat byk-byk dari pihak kerajaan dan pembangkang lepas tu bandingkan.. buka minda buka mata...lihat sekeliliing apa hasil si Musang bagi Sabah..

    ReplyDelete
  13. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah melabuhkan tirainya. Keputusannya telah pun diketahui dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat kepercayaan rakyat dengan menjadi teraju kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  14. Menerusi PRU-13 ini, UMNO memenangi kerusi terbanyak yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan bersama dengan anggota BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan dan parti-parti kompenan yang lain.

    ReplyDelete
  15. Walaupun, hakikatnya, kerusi BN di Parlimen menyusut tetapi kekuatan UMNO tidak pudar sebaliknya terus teguh dengan memantapkan bilangan kerusi yang dimenangi kepada 88 berbanding PRU-12 yang mendapat 79 kerusi. Lebih manis apabila UMNO bersama BN berjaya mengembalikan Kedah dan Perak serta mengekalkan negeri-negeri lain bersama BN.

    ReplyDelete
  16. Apa yang pasti, keputusan tersebut menjadi bukti bahawa UMNO terus unggul dalam membawa aspirasi rakyat khususnya bangsa Melayu. Setelah 67 tahun iaitu bermula 11 Mei 1946, UMNO telah menjadi pelopor dalam perjuangan bangsa Melayu, merintis laluan, membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi.

    ReplyDelete
  17. UMNO mempunyai hala tuju yang jelas iaitu berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Amanah dan tanggungjawab terpikul dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara setelah ia dicapai pada 31 Ogos 1957.

    ReplyDelete
  18. Selaras dengan itu, Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan menjadi tunjang yang sentiasa dipertahan daripada dicemari.

    ReplyDelete
  19. Sebagai tampuk kerajaan juga, perjuangan UMNO turut bersendikan usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama yang menjadi pegangan setiap masa.

    ReplyDelete
  20. Rekod UMNO sebagai pentadbir kerajaan, penegak perpaduan dan pembangun Islam telah terbukti sehinggakan pembangunan dan kemajuan negara dimanifestasikan bersama dengan perkembangan tahap celik huruf dan meningkatkan kemajuan modal insal di kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  21. Biarpun ada yang iri hati dengan kejayaan dan kecemerlangan BN yang ditunjangi UMNO sehinggakan wujud sekumpulan individu yang sanggup mengkhinati negara sendiri namun ia tidak pernah berjaya.

    ReplyDelete
  22. Sebagai parti yang bertunjangkan akar umbi di serata pelusuk negara maka keupayaan UMNO dalam melaksanakan tanggungjawab dilakukan secara muafakat. Tohmahan, hasutan, manipulasi dan apa jua provokasi yang dilontarkan oleh pihak pembangkang akan memperteguh lagi kesatuan dalam UMNO.

    ReplyDelete
  23. UMNO turut menerajui transformasi sebagaimana yang dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan inisiatif Pindaan Perlembagaan UMNO agar pendemokrasian parti yang lebih inklusif dirasai serta memastikan ia tetap relevan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  24. Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi.

    ReplyDelete
  25. Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding.

    ReplyDelete
  26. Sebagaimana usia UMNO yang menghampiri tujuh dasawarsa, setiap generasi tentunya mempunyai penghayatan kepada cogan katanya iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi azimat sepanjang masa dan mengekalkan parti ini sejak dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  27. Pentingan rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO bersatu, apatah lagi dalam kehidupan bermasyarakat yang akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah sama ada dari luar atau dari dalam malah bangsa dan negara bertambah kuat dalam pengaplikasiannya.

    ReplyDelete
  28. Keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada parti atau kepercayaan yang tulen untuk pastikan bahawa parti ini akan mencapai kemenangan dalam apa jua cabaran adalah nilai kesetiaan yang tidak boleh dipertikaikan. Manakala untuk berkhidmat, ia adalah nilai terpenting dengan memahami jati diri bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air tercinta yang akan membawa hasil cukup besar kepada Malaysia tercinta ini.

    ReplyDelete
  29. Sesungguhnya, hanya UMNO yang menjadi teras orang Melayu, menjadi pemangkin kepada sebuah perjuangan bangsa, memastikan Malaysia terus berdaulat dan mempertahankan Islam daripada dicemari oleh insan tidak bertanggungjawab.

    Justeru, mandat baru daripada rakyat menjadi membawa makna yang amat besar sebagaimana UMNO perlu terus kekal dan menjadi teraju Malaysia. Dulu, kini, selamnya

    ReplyDelete