GUGUR.....Pandikar
berkata kalau Ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan,
selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen.
Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Wakil rakyat
Pakatan Rakyat (PR) akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka
memboikot proses mengangkat sumpah, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia memberi amaran hari ini.
“Kalau ahli Yang Berhormat
tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik
gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.
Jelasnya lagi, atas semangat
demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara
mengangkat sumpah wakil rakyat PR.
“Tidak boleh angkat sumpah
hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh
dielakkan,” kata Pandikar lagi.
“Apabila kita angkat sumpah
baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya, dan menambah, bagi
mereka yang sengaja tidak hadir untuk memboikot, beliau tidak nampak logiknya
tindakan berkenaan.
Sesi taklimat pertama
ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang
dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli
Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen
PR.
Er, ketika ditemui pemberita
berkata sesi taklimat adalah perkara yang penting dan kehadiran beliau hari ini
adalah atas inisiatif sendiri.
“Hari taklimat adalah yang
penting, kita nak tengok ada peraturan baru atau sebagainya,” katanya kepada
pemberita.
Ditanya sama ada beliau akan
menghadirkan diri pada upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun ini, Er berkata,
sekiranya tiada arahan daripada kepimpinan DAP Pusat supaya memboikot upacara
berkenaan, jadi beliau akan turut hadir.
“Itu saya akan hadir ...
tapi kena tanya Pusat dulu,” tambahnya.
Pandikar ketika sidang
medianya juga berkata, mana-mana anggota Parlimen yang tidak melaksanakan
upacara mengangkat sumpah juga tidak akan dibenarkan berada di dalam Parlimen.
“Kalau tak angkat sumpah tak
boleh berada dalam Parlimen ... Mereka harus angkat sumpah pada hari pertama,
kalau tidak datang dia hina Parlimen, sistem demokrasi,” kata Pandikar memberi
amaran.
“Tanggungjawab saya bukan
pastikan pilihan raya berjalan atau tidak, tanggungjawab saya memastikan
persidangan berjalan, kerana saya masih lagi speaker berdasarkan Perlembagaan,”
tegasnya.
Ahli parlimen pembangkang tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Parlimen penggal ke-13 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun depan. Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini.
ReplyDeleteBeliau berkata pembangkang hanya bercadang untuk memboikot majlis taklimat parlimen hari ini sebagai simbolik bantahan terhadap dakwaan penyelewengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.
ReplyDeleteTaklimat parlimen penggal ke-13 pagi tadi dikejutkan apabila 88 daripada 89 ahli parlimen pembangkang gagal hadir kecuali Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hua. "Saya rasa ini merupakan satu perkara yang telah dibincangkan di peringkat Pakatan Rakyat dan telah dipersetujui. Dan itu sebab kenapa semua orang tak datang (taklimat)."
ReplyDelete"Yang angkat sumpah 24 haribulan itu tak ada orang akan boikot, tak ada cadangan untuk boikot. Ia (boikot) hanya majlis taklimat hari ini sahaja," kata Khalid kepada Antarapos.
ReplyDeleteSenada dengan Khalid, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang dihubungi berkata keputusan memboikot taklimat Parlimen hari ini telah dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
ReplyDelete"Ia adalah keputusan sebulat suara oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat sebagai tanda protes terhadap kemungkaran dan penipuan yang timbul semasa PRU13. "Persidangan (24 Jun) itu kemungkinan besar kita akan hadir tapi terpulang kepada keputusan muktamad oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," tambah beliau lagi.
ReplyDeletePembangkang sebelum ini mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk meletak jawatan atas dakwaan ketidaktelusan badan tersebut mengendalikan pilihan raya umum.
ReplyDeleteKetua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata Pakatan Rakyat bercadang untuk memboikot majlis angkat sumpah parlimen namun tidak dipersetujui oleh rakan komponen, PAS dan DAP.
ReplyDeleteSpeaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu kenyataan hari ini berkata wakil rakyat pembangkang yang tidak mengangkat sumpah menyebabkan mereka untuk hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.
ReplyDelete"Menurut Akta 59, mana-mana ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan, mandat sebagai ahli Parlimen akan digugurkan secara automatik," katanya
ReplyDeleteAhli-Ahli Parlimen yang tidak hadir pada hari pertama pembukaan Parlimen untuk mengangkat sumpah jawatan boleh dianggap sebagai penghinaan kepada Perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
ReplyDeleteDi bawah Peraturan Mesyuarat 1 Dewan Rakyat, Ahli Parlimen mesti hadir kecuali atas sebab-sebab kesihatan atau yang tidak dapat dielakkan.
ReplyDeleteDi bawah Artikel 59 (1) sekiranya seseorang Ahli Parlimen gagal mengangkat sumpah dalam tempoh 6 bulan dari hari pertama pembukaan Dewan Rakyat jawatan mereka akan terlucut secara automatik.
ReplyDelete“Kalau dia tidak datang hari pertama untuk angkat sumpah bukankah itu satu penghinaan kepada sistem, selepas itu kerana takut dilucut jawatan kemudian mencari sebab untuk mengangkat sumpah, kenapa buat begitu?
“Kalau mereka buat begitu, jika saya dilantik semula sebagai Yang Dipertua saya juga boleh memboikot mereka angkat sumpah pada hari yang berlainan, betul? Kalau mereka boleh boikot mengikut prinsip demokrasi saya juga barangkali boleh membuat pendirian memboikot pada hari mereka angkat sumpah,” kata Pandika Amin.
ReplyDeleteAgenda hari pertama ialah memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila terpilih dia mengangkat sumpah, kemudia Ahli parlimen yang menang pula mengangkat sumpah, diikuti dengan pemilihan Timbalan-timbalan Yang DIpertua dan akhirnya usul khusus ditujukan kepada Ketua Polis Negara mengenai memberi kemudahan kepada Yang Berhormat mengenai lalu lintas di Parlimen, kata Pandika Amin.
ReplyDeletegugurkan saja mereka. ktia tak perlukan ahli parlimen seperti itu
ReplyDeleteWakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka memboikot proses mengangkat sumpah, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran hari ini.
ReplyDelete“Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,
ReplyDeleteatas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.
ReplyDelete“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” kata Pandikar
ReplyDelete“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya, dan menambah, bagi mereka yang sengaja tidak hadir untuk memboikot, beliau tidak nampak logiknya tindakan berkenaan.
ReplyDeleteSesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.
ReplyDeleteEr, ketika ditemui pemberita berkata sesi taklimat adalah perkara yang penting dan kehadiran beliau hari ini adalah atas inisiatif sendiri.
ReplyDelete“Hari taklimat adalah yang penting, kita nak tengok ada peraturan baru atau sebagainya,”
ReplyDeleteEr berkata, sekiranya tiada arahan daripada kepimpinan DAP Pusat supaya memboikot upacara berkenaan, jadi beliau akan turut hadir.
ReplyDeletePandikar ketika sidang medianya juga berkata, mana-mana anggota Parlimen yang tidak melaksanakan upacara mengangkat sumpah juga tidak akan dibenarkan berada di dalam Parlimen.
ReplyDelete