Wednesday, 12 June 2013

PERANG MINDA Vs PERANG MEDIA






SOGOKAN informasi yang berada di telapak tangan dan hujung jari kini telah meledak fikiran masyarakat majmuk Malaysia sehingga sukar untuk menganalisa mana satu data yang benar tepat atau 'senjata' untuk merencat minda sehingga manusia berbaju kuning berjaya mempengaruhi akal melalui Mantera Propaganda untuk menuntut rakyat membuat keputusan segera mengubah kerajaan yang memerintah. Sekalipun tidak mampu menumbangkan kerajaan, namun BERSIH telah berjaya melaksanakan strategi lambakan informasi sehingga mengelirukan masyarakat dan mudah percaya kepada maklumat yang diterima. Saksikan VIDEOKLIP khas ini.

35 comments:

  1. SEJAK beberapa tahun lalu pembangkang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelirukan rakyat, menimbulkan keraguan dan menghasut rakyat supaya tidak mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan. Matlamat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menjadi pemerintah dengan slogan "Road to Putrajaya".

    ReplyDelete
  2. Terkini selepas gagal menanam keraguan dan menghasut kebencian rakyat ketika berkempen dan pengundian dalam Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13), pembangkang telah mengadakan Himpunan Bantah PRU-13 yang bakal bersambung dengan beberapa siri himpunan. Mereka tidak sabar untuk menunggu rakyat mengundi pada PRU-14 dalam lima tahun lagi. Mereka bimbang hasutan dan kebencian itu terhakis daripada penyokongnya dan sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  3. Pendekatannya masih sama iaitu dengan mengelirukan rakyat menggunakan pembohongan dan mengelirukan konon berlaku "penipuan besar-besaran". Atas alasan itu pembangkang mengajak rakyat mengadakan bantahan, himpunan dan demonstrasi jalanan untuk menukar kerajaan, tetapi cara ini adalah tidak demokratik dan tidak mengikut lunas-lunas undang-undang. Perlembagaan negara menetapkan proses menentukan parti memerintah adalah menerusi pilihan raya, bukan menerusi himpunan, bantahan atau demonstrasi.

    ReplyDelete
  4. Proses pilihan raya yang sama jugalah yang pernah membolehkan rakyat memilih pembangkang memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Demikian juga sistem demokrasi ini jugalah yang memberi kebebasan rakyat memilih BN menerajui Kerajaan Persekutuan bagi mengurus tadbir negara.

    ReplyDelete
  5. Kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman adalah hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, tetapi bukan sebagai proses pemilihan parti memerintah. Pembangkang sepatutnya memahami dengan jelas Perlembagaan negara dan proses demokrasi yang diamalkan oleh rakyat negara ini dan menghormati keputusan rakyat Malaysia menerusi PRU. Sistem yang sama digunakan di Negara-negara Komanwel, termasuk Australia yang sering menjadi rujukan pembangkang, malah Singapura dan Britain.

    ReplyDelete
  6. Himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya. Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

    ReplyDelete
  7. Petisyen adalah hak rakyat. Semua dakwaan dan bukti boleh dibentangkan untuk diadili oleh mahkamah. Sistem mahkamah Malaysia inilah yang selama ini pernah memberi peluang kepada pembangkang mahu pun BN untuk mendapat hak perbicaraan dan keadilan.

    ReplyDelete
  8. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sudah pun menjelaskan, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU-13 dalam masa dua minggu. Petisyen itu boleh dikemukakan di mahkamah tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

    ReplyDelete
  9. Pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen paling banyak diterima pada PRU 1999 yang membabitkan 40 petisyen. Pada PRU 2008, hanya 26 petisyen dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada BN. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

    ReplyDelete
  10. Sebaliknya pembangkang kini mendakwa mereka menang dan layak memerintah berdasarkan undi popular kerana telah memperolehi jumlah undi yang lebih tinggi daripada BN. Sedangkan undang-undang Malaysia menetapkan proses pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan jumlah undi popular.

    ReplyDelete
  11. Sebaliknya pembangkang kini mendakwa mereka menang dan layak memerintah berdasarkan undi popular kerana telah memperolehi jumlah undi yang lebih tinggi daripada BN. Sedangkan undang-undang Malaysia menetapkan proses pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan jumlah undi popular.

    ReplyDelete
  12. Berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi kumpulan majoriti di Dewan Rakyat layak menerajui Kerajaan Persekutuan, manakala majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri akan mengurus tadbir sesebuah Kerajaan Negeri. Pada PRU-13, 5 Mei lalu, BN berjaya menguasai majoriti Dewan Rakyat dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dan menawan semula Kedah dan Perak apabila menguasai majoriti kerusi dua Dewan Undangan Negeri berkenaan. UMNO sendiri menambah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88 Parlimen.

    ReplyDelete
  13. Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri. Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat. Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria menjelaskan, BN berjaya meraih 47% undi popular, manakala PKR 20.0%, DAP 15.4% dan Pas 14.5% (jika dijumlahkan hanya 49.9%).

    ReplyDelete
  14. Sistem PRU di Malaysia bukanlah berdasarkan undi popular, tetapi keputusan menentukan majoriti adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding. Berdasarkan sistem ini, tentulah undi popular bagi kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar kerana sesebuah kawasan Parlimen di bandar mempunyai jumlah pengundi yang jauh lebih banyak daripada Parlimen di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  15. Sempadan Parlimen di bandar pula lebih kecil, jadi penduduk atau pengundinya lebih padat, maka seseorang calon boleh melawati lebih ramai pengundi ketika berkempen berbanding luar bandar yang luas dan tidak padat untuk meraih undi popular. Sebaliknya jika cadangan pembangkang untuk menyamaratakan jumlah pengundi bagi setiap Parlimen, kesannya tidak realistik dan tidak adil kepada wakil rakyat mahu pun penduduk kawasan berkenaan. Sebagai contoh jika kawasan Parlimen di Sarawak dipuratakan mengikut 60,000 pengundi, maka berkurangan daripada 31 kerusi kini kepada 18 kerusi sahaja (PRU-13: 1,083,972 pengundi).

    ReplyDelete
  16. Bayangkan seseorang Ahli Parlimen terpaksa menjaga satu kawasan yang sama luas atau lebih luas daripada sesebuah negeri di Semenanjung . Keadaan ini tidak adil bagi Ahli Parlimen berkenaan mahu pun rakyat di kawasan itu, di dalam mana-mana pun sistem yang ada. Antara perkara yang menjadi serangan utama pembangkang adalah penggunaan dakwat kekal yang pernah menjadi desakan mereka dahulu terhadap SPR. BN ingin menegaskan sokongan penuh kepada nasihat profesional pakar-pakar di Kementerian Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan silver nitrat yang tinggi.

    ReplyDelete
  17. Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi.

    ReplyDelete
  18. Bagaimanapun baru-baru ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata SPR bersikap terbuka dan akan meminta Kementerian Kesihatan untuk menilai semula sama ada kandungan kimia dalam dakwat kekal iaitu 'silver nitrat' sebanyak satu peratus dapat ditambah agar lebih tahan lama. Penggunaan dakwat kekal telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan termaktub dalam undang-undang pilihan raya.

    ReplyDelete
  19. Malah, kaedah asas, pemotongan nama pengundi yang sudah datang mengundi oleh kaunter semakan SPR di pusat mengundi, pemotongan nama pengundi oleh petugas SPR (senarai bercetak dan senarai dalam komputer). Demikian juga pemotongan nama pengundi secara serentak oleh ejen calon-calon bertanding daripada senarai di tangan masing-masing. Kaedah rapi ini sudah memadai untuk mengelakkan penipuan atau mengundi lebih daripada sekali. Tidak mungkin seorang pengundi dapat mengundi lagi jika dia datang kali kedua kerana namanya sudah dipotong oleh SPR dan wakil-wakil calon di dalam bilik mengundi. Kad pengenalan MyKad pula menjadi semakan utama ketika pengundi hadir sebelum menerima kertas undi.

    ReplyDelete
  20. Pembangkang juga menipu rakyat dengan mengedar gambar dan visual palsu bagi menuduh SPR dan menghasut orang ramai dengan dakwaan berlaku gangguan bekalan elektrik ketika pengiraan undi, menuduh Pejabat Perdana Menteri membawa masuk 100,000 orang asing sebagi pengundi, polis mengiringi pengundi hantu dari luar negara, beg kertas undi dibuang dan konon pegawai SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 ketika pengiraan undi masih berjalan.

    ReplyDelete
  21. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad berkata, tiada kejadian seperti itu berlaku kerana beliau mengesahkan perkara itu dengan semua pengurus pilihan raya setiap negeri. Pengurus-pengurus pilihan raya di semua negeri melaporkan tiada insiden seperti didakwa. Malah, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor pula menjelaskan apa yang berlaku hanya khabar angin berhubung gangguan bekalan elektrik semasa proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Polis di seluruh negara memantau proses dari awal mengundi sehingga keputusan diumumkan.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang juga terus menghasut rakyat konon wujud pengundi hantu. Kemasukan pekerja asing menerusi lapangan terbang adalah perkara biasa apabila ada permintaan, namun kehadiran mereka dieksploitasi untuk mengelirukan rakyat. Kemasukan pekerja asing yang sah di negara ini memang biasa diterbangkan secara berkumpulan oleh ejen pekerja asing. Hal ini bukan perkara baru baik di Semenanjung mahu pun bagi masyarakat Sabah atau Sarawak. Pembangkang menuduh Pejabat Perdana Menteri membawa masuk 100,000 warga asing sebagai pengundi hantu. Hitungan biasa pun tidak munasabah sekali pun diangkut dengan pesawat Boeing 747 yang mampu membawa 400 penumpang.

    ReplyDelete
  23. Senarai penerbangan yang dihebahkan di internet juga hanya serkap jarang dan palsu. Hal ini sudah dijelaskan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, tiada kemasukan 'pengundi hantu' warga asing dari Bangladesh dan Filipina melalui beberapa penerbangan seperti didakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasil semakan polis, mendapati syarikat penerbangan seperti AirAsia menyediakan penerbangan tambahan atas permintaan orang ramai dan ini adalah amalan biasa seperti yang berlaku setiap kali musim perayaan.

    ReplyDelete
  24. Hanya warganegara Malaysia yang memegang MyKad yang berdaftar sahaja berhak mengundi. Pemegang MyKid belum layak mengundi, manakala warga asing yang memegang kad pengenalan pemastautin sementara dikenali sebagai MyKas tiada hak sebagai warga negara, termasuk tiada hak mengundi. Manakala gambar kad pengenalan yang bertaburan seperti dipaparkan dalam gambar di internet sebenarnya mempunyai kaitan dengan satu kes jenayah yang di Kedah pada 2011, bukan menjelang atau semasa PRU-13.

    ReplyDelete
  25. Tuduhan beg kertas undi dibuang juga tidak berasas kerana semua urusan beg dan peti undi sentiasa diawasi oleh setiap wakil calon yang bertanding. Manakala tuduhan pegawai SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 ketika proses mengira undi sedang berjalan tidak pernah dibuktikan berlaku. Oleh itu, Barisan Nasional hari ini mengajak rakyat beramai-ramai menyatakan ketegasan supaya pembangkang menerima dan menghormati proses demokrasi bagi memilih kerajaan memerintah yang telah ditetapkan menerusi pilihan raya seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

    ReplyDelete
  26. Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik mereka untuk memerintah negara ini. Semua pihak, termasuk pembangkang berpeluang menawarkan diri bertanding lagi pada pilihan raya akan datang. Rakyat sudah memilih, tibalah masa wakil rakyat yang menang bekerja. Parti yang memenangi majoriti kerusi di Parlimen mahu pun di DUN pula hendaklah melaksanakan tugas mengurus tadbir negara dan negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  27. Umpamanya Dap dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan Pas mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan.

    Isu 'blackout' dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan.

    ReplyDelete
  28. Malah disiarkan gambar kejadian 'blackout' disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan.

    Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  29. Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut.

    Di dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu 'blackout' telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

    ReplyDelete
  30. Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi 'blackout' yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka.

    Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN.

    ReplyDelete
  31. Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka, namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang.

    Seolah-olah Dap bersama-sama Red bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan.

    ReplyDelete
  32. Gerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com, themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com

    Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber Dap untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  33. Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh Dap dan sekutu pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata.

    Politik Dap hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka.

    ReplyDelete
  34. Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau 'winnable' tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh pembangkang semasa masa berkempen.

    ReplyDelete
  35. pembangkagn menggunakan pelbagai cara untuk kelirukan rakyat. rakyat jgn mudah terpedaya.

    ReplyDelete