Sunday, 9 June 2013

BAGAIMANA NASIB KITA KALAU POLIS MOGOK?






Oleh : THE UNSPINNERS


SEBAGAI rakyat prihatin yang cintakan keamanan, apa kata kita ramai-ramai hasut semua polis biar mereka jalankan mogok sehari ataupun 24 jam. Jangan pergi kerja. Sama seperti mogok pemandu teksi, mogok pekerja kilang, mogok pekerja airport, mogok pekerja bank, kita tengok apa akan jadi pada negara ini?

Cubalah sekali, kalau tak cuba mana nak tahu. Kita tetapkan satu hari, semua polis yang ada lebih kurang 100,000 personel, seorang pun jangan keluar rumah. Seorang pun jangan keluar kerja ke balai, IPD, IPK ataupun mana-mana juga formasi penempatan mereka bertugas. Cuba sekali, tengok apa akan terjadi?

Tidak dapat dibayangkan dengan akal yang waras ini.

Kejadian rogol dalam kelas sekolah rendah; perompak angkut duit bank gunakan bulldozer; penyamun shopping di Pavillion gunakan lori sampah; mayat mangsa rogol bunuh berselerak dalam sekolah; dalam masjid, dalam ibu pejabat PKR Tropicana; di kolej MAHSA, pelatih jururawat Masterskills jadi hamba seks; pekerja urut kerat kemaluan pelanggan dan bermacam-macam lagi contoh  kejadian yang tidak masuk akal akan berlaku. Na'uzubillah...

Admin paling sedih dengar polis kena hina, dicaci malah dituduh membunuh. Sedangkan dengar ceritanya, sebelum kena tangkap polis pun penjenayah itu dah ditangkap beramai-ramai oleh orang kampung, kena belasah beramai-ramai bergotong-royong dengan orang kampung.

Bila sampai ke tangan polis, penjenayah dah lembik, polis sergah sikit, jentik telinga pun jatuh terkulai terus mati. Akibatnya polis pulak dituduh membunuh.

Memang tidak adil sama sekali. Polis nak pastikan kejadian jenayah terbendung, namun pencacai pembangkang sudah pusing ke lain. Tugas menjaga keamanan jadi bukan keutamaan sepertimana pentingnya mempertahankan penjenayah. Apa nak jadi ini?

Sebab polis itu taat setianya kepada negara tidak berbelah bahagi, semangatnya tinggi, makanya mereka tidak sesekali akan berdemonstrasi mempertahankan hak mereka sendiri. Mereka berjiwa kental, patriotik dan tidak takut mati. Polis sanggup makan peluru untuk selamatkan orang ramai. Mereka sudah dilatih begitu.

Rakyat perlu bangkit pertahankan institusi kepolisan. Mereka perlukan sokongan anda sekarang kerana dijadikan mangsa kerakusan politik jahat pembangkang. Utamakan hak polis, bukannya pertahankan penjenayah. Jangan termakan hasutan.

Polis dimangsakan. Hargailah perit lelah mereka menjaga keamanan.

KAMI SOKONG POLIS! TERUSKAN TUGAS ANDA DEMI NEGARA TERCINTA.

35 comments:

  1. Tanggungjawab menjaga keselamatan negeri Sabah bukan terletak di tangan pihak berkuasa tetapi juga rakyat Sabah yang cintakan keamanan.

    ReplyDelete
  2. Pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Sabah membuka mata masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara melibatkan seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Insiden berdarah yang menyebabkan lapan anggota pasukan keselamatan negara terkorban itu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

    ReplyDelete
  4. Pengorbanan anggota polis dalam menjaga keharmonian dan keamanan negara wajar dihormati dan diingati sepanjang masa, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

    Katanya, keamanan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil pengorbanan pasukan polis yang membolehkan kemeriahan sambutan Hari Raya bukan sahaja diraikan oleh umat Islam tetapi juga masyarakat bukan Islam.

    “Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang berkhidmat sepanjang masa dan menawarkan perkhidmatan yang cemerlang bukan sahaja di Perak tetapi juga di seluruh negara.

    “Pengorbanan pasukan polis amat dihargai dan harus sentiasa diingati rakyat,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IPK Perak di Ipoh, hari ini.

    Hadir sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Pahlawan Mohd Shukri Dahlan dan Timbalannya, Datuk Pahlawan Zakaria Yusof.

    Tetamu kehormat lain yang hadir termasuklah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Puhat Nayan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal.

    Zambry berkata lagi, komen kurang enak yang dilemparkan kepada pasukan itu tidak mewakili majoriti rakyat negara ini sebaliknya PDRM diharap dapat terus membantu kerajaan negeri merealisasikan impian menjadikan Perak sebuah negeri yang aman, makmur dan berjaya.

    Sebanyak 24 gerai yang menyajikan pelbagai juadah enak disediakan untuk hidangan tetamu antaranya lemang, laksam, sate serta aneka minuman yang dapat menghilangkan dahaga.

    Tetamu turut dihiburkan dengan lagu nostalgia Hari Raya sambil diselang-selikan dengan lawak jenaka yang dipersembahkan oleh Abon.

    ReplyDelete
  5. Reaksi pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog antaranya meluahkan rasa marah dengan kumpulan penceroboh sehingga ada antara mereka yang menawarkan diri untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan serta-merta dan bersama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  6. Meskipun ada pihak yang menuduh isu pencerobohan itu sandiwara kerajaan yang ditunjangi Umno, rakyat termasuk penyokong parti pembangkang, mengutuk serangan kejam pengganas terbabit dan mahu semua pihak tidak mempolitikkan perkara berkenaan serta menggesa rakyat bersatu padu mempertahankan Malaysia.

    ReplyDelete
  7. MERUJUK kepada rencana bertajuk "GTP di tangan penjawat awam" yang ditulis oleh S. Retnanathan, pendapat beliau memang bernas dan perlu direnungi selalu.

    Sesungguhnya, lebih kurang seramai 1.2 juta orang telah memasuki sektor awam untuk bekerja sebagai penjawat awam.

    Baik pekerja kumpulan sokongan ataupun kumpulan pengurusan dan profesional, mereka telah menyumbangkan tenaga dan masa yang berharga demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara yang tercinta.

    Sebagai contohnya, seseorang doktor akan datang ke klinik atau hospital kerajaan untuk merawat pesakit yang ramai pada setiap hari. Setiap hari persekolahan, seseorang guru datang ke sekolah untuk mendidik anak-anak bangsa kita supaya menjadi modal insan yang berguna.

    Setiap hari, seseorang polis akan meronda kawasan setempat berkali-kali untuk menjaga keselamatan orang awam dan harta benda rakyat.

    Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab penjawat awam bukanlah senang dan mudah seperti yang dijolok-jolokkan oleh sesetengah pihak.

    Bayangkanlah di kawasan pedalaman dan terpencil, jika tiada doktor dan pembantu perubatan kerajaan yang bertugas, bagaimanakah kesihatan penduduk setempat dapat dijaga dengan rapi?

    Jika tiada guru-guru yang mendidik murid-murid kita supaya dapat belajar kemahiran membaca, menulis dan mengira, bagaimanakah nasib mereka yang berasal daripada keluarga-keluarga yang miskin dan kurangnya peluang pembelajaran?

    Jika tiada polis dan askar yang menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh, bagaimanakah negara kita dapat kekal aman dan makmur sehinggalah hari ini?

    Sesungguhnya, kebanyakan penjawat awam telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Imej penjawat awam yang negatif adalah tidak sepadan dengan realiti yang sebenarnya.

    Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah gaji, kebajikan dan bonus tahunan bagi pekerja sektor swasta adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan penjawat awam walaupun kategori kerja mereka adalah sama.

    Jika tiada hajat berkhidmat untuk kebajikan dan kepentingan rakyat, sesungguhnya seseorang penjawat awam tidak akan bekerja dan berkhidmat sekian lama .

    Sesungguhnya, sumbangan dan pengorbanan penjawat awam haruslah dihargai dan dihormati. Baik golongan pegawai, pendidik, kerani ataupun pembantu, askar dan polis, mereka ialah manusia biasa yang ada maruah dan perlu menyara hidup demi ahli keluarga yang tersayang.

    Sesungguhnya, penjawat-penjawat awam sentiasa bekerja sebagai suatu pasukan untuk membangunkan ekonomi negara demi mencapai Wawasan 2020, apatah lagi untuk menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

    ReplyDelete
  8. Rakyat sedar betapa perlunya Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, dipertahankan daripada anasir jahat yang menggugat keharmonian semua kaum dan kestabilan negara.

    ReplyDelete
  9. Jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera dan polis perlu diingati dan dihargai.
    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, tanpa mereka, generasi hari ini tidak akan dapat mengecapi keamanan dan kemakmuran seperti yang dinikmati hari ini.
    Beliau menyatakan demikian pada majlis Jasamu Di Kenang di Kota Kinabalu.
    Seramai 28 orang bekas tentera dan polis yang menetap di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu menerima sumbangan daripada Umno Putatan.
    Datuk Haji Yahya yang juga calon BN bagi kerusi N18 Petagas berkata, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
    Ini termasuklah pemberian mewujudkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
    Pada majlis itu, Datuk Haji Yahya turut melancarkan Tabung Wira Lahad Datu.

    ReplyDelete
  10. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein berkata pada masa ini rakyat negara sedar peri pentingnya bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

    ReplyDelete
  11. “Adalah menjadi fitrah manusia sebegitu, apabila terjadi sesuatu perkara barulah muncul kesepaduan,” katanya ketika dihubungi Bernama. “Sekarang mereka mula sedar bahawa isu ini bukanlah satu sandiwara.

    ReplyDelete
  12. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berharap semangat patriotik itu yang memuncak sekarang, bukan perkara bermusim.

    ReplyDelete
  13. “Ini adalah soal keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara. Saya percaya tidak ada seorang pun rakyat negara ini yang menyokong penceroboh sebaliknya berdiri teguh bersama-sama pasukan keselamatan negara.

    “Semangat patriotik perlu sentiasa disemai dalam apa jua keadaan dan tidak boleh bersifat bermusim,” katanya.

    ReplyDelete
  14. jika pemimpin2 pakatan menghadapi masalah atau berhadapan dengan situasi bahaya, siapa agaknya yang mereka akan cari untuk mendapatkan perlindungan?? Anwar? Lim Kit Siang? atau Nik Aziz??

    ReplyDelete
  15. pakatan terlalu benci dengan polis kerana semua perancangan haram, jijik dan tidak bertamadun mereka berjaya dihalang oleh polis..

    ReplyDelete
  16. bukan sahaja polis, malah pakatan juga mahu menghapuskan semua undang2 di negara ini supaya Anwar dan konco2nya bebas melakukan jenayah samada terhadap alam sekitar mahupun kemanusiaan..

    ReplyDelete
  17. berbanding dengan polis, anwar jauh lebih bahaya bukan sahaja terhadap orang awam, malah terhadap negara, bangsa dan agama.. gara2 anwar, malaysia terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah pencerobohan pengganas sulu di Lahad datu..

    ReplyDelete
  18. anwar yang kerjanya hanya membohong, meliwat, berzina, menjejaskan kepentingan awam, mencetuskan kecederaan terhadap orang awam dan sebagainya,, kenapa dipertahankan??

    ReplyDelete
  19. saya yakin, jika polis mogok sehari, individu yang paling gembira ialah anwar ibrahim dan konco2nya.. bagi mereka inilah masanya untuk melakukan pelbagai jenayah disamping untuk memenuhi hasrat anwar untuk menjadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  20. DAP Negeri Sembilan menyambut baik manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu sambil menyifatkan manisfesto berkenaan bersifat menyeluruh dalam memenuhi aspirasi seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Malah, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata sebab utama beliau dan rakannya menyokong BN adalah kerana aku janji yang dilafazkan Najib jelas menguntungkan kaum India di negara ini.

    ReplyDelete
  22. Najib ketika membentangkan manifesto mengumumkan dana saham amanah sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan ekuiti komuniti kaum India, sekurang-kurangnya sebanyak 3 peratus.

    ReplyDelete
  23. Unit khas juga akan ditubuhkan bagi memantau dasar yang dilaksanakan itu mampu meningkatkan mutu hidup kaum tersebut, selain RM50 juta diperuntukkan untuk dana TEKUN dan peluang pendidikan yang menyeluruh kepada anak-anak kaum India.

    ReplyDelete
  24. Pada majlis Mesra Rakyat DAP di Ladang Regent malam tadi juga turut menyaksikan sebanyak tujuh pemimpin kanan DAP negeri itu mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini, sekali gus memberi tamparan hebat kepada DAP Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  25. Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.

    ReplyDelete
  26. Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan, Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason, Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.

    ReplyDelete
  27. Kesemua mereka yang mengaku masih menjadi ahli DAP, sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu CEC tersebut.

    ReplyDelete
  28. ini kerana mereka telah lebih 24 tahun bersama DAP namun hasilnya tidak memihak kepada kaum India.

    ReplyDelete
  29. DAP membisu dalam isu CEC dan bercakap soal salah taip. Hari ini, isu salah taip dan silap kira timbul lagi dalam pembikinan projek mega DAP termasuk terowong yang menelan belanja berbilion ringgit itu.

    ReplyDelete
  30. Tambah David lagi, Guan Eng juga sering 'diselamatkan' oleh bapanya, Lim Kit Siang dan sebab itulah ahli akar umbi menggelarkan DAP pada hari ini parti penuh dengan sandiwara kerana di dalamnya terdapat bintang "Bollywood" dan "Hong Kong".

    ReplyDelete
  31. apa benda punya komen panjang panjang. . macam baca cerpen pula. . basug punya olang

    ReplyDelete
  32. Rakyat perlu menghargai sumbangan dan bakti polis menjaga keamanan negara ini yang membolehkan kita hidup dalam keadaan yang selesa dan selamat tanpa dikongkong oleh sebarang perasaan kebimbangan,

    ReplyDelete
  33. pihak polis telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang dan ianya terbukti apabila Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan selamat untuk dikunjungi sejak dari dahulu lagi.

    ReplyDelete
  34. sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang sering melemparkan bermacam tuduhan negatif terhadap pihak polis amat diselar

    ReplyDelete
  35. jangan kita tidak terikut-ikut dengan kerja pembangkang. Mereka selalu membuat kacau bilau dengan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan seperti perhimpunan Bersih. Perbuatan mereka ini telah menjejaskan keamanan yang kita nikmati selama ini

    ReplyDelete