Saturday, 8 June 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR






ALOR SETAR : PKR Kedah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya yang didakwa menyifatkan pengundi Cina pada PRU13 sebagai rasis.

Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, kenyataan Mahathir adalah satu serangan yang tidak adil dan tidak rasional untuk menuduh orang Cina yang tidak menyokong BN sebagai cubaan meminggirkan orang Melayu dalam politik dan ekonomi negara.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah amat serius yang boleh membangkitkan perasaan benci antara kaum Cina dan Melayu.

“Ini adalah satu kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian negara yang selama ini dikongsi oleh semua kaum di Malaysia,” katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.

Hsiao Leung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, laporan polis itu dibuat berikutan mahu pihak polis dan peguam negara menyiasat kenyataan dan niat sebenar Mahathir.

“Beliau sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengkaji semula sebab dan mengapa hampir 52 peratus rakyat Malaysia menolak mereka pada PRU13 dan bukannya mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan serta merosakkan hubungan antara kaum,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mencabar Mahathir menghadiri himpunan Blackout 505 yang akan diadakan nanti untuk melihat sendiri sama ada himpunan tersebut dihadiri orang Cina atau pelbagai kaum.

“Saya jemput dia hadir sendiri menilai dakwaan itu. Saya yakin penganjur himpunan akan mengalu-alukan kehadiran beliau,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir menerusi blognya berkata, sebahagian besar daripada peserta siri himpunan yang diadakan di seluruh negara selepas PRU13 adalah terdiri daripada kaum Cina.

Kenyataan menerusi blog chedet.cc itu turut menyatakan bahawa perhimpunan secara umumnya itu merupakan isu melibatkan orang Cina dan meramalkan perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius, manakala orang Melayu akan terus disisih dari ekonomi dan politik. (SH)

8 comments:

  1. 1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

    2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  2. 3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

    4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

    ReplyDelete
  3. 5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

    6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

    ReplyDelete
  4. 7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

    8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

    ReplyDelete
  5. 9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

    10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

    ReplyDelete
  6. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.

    ReplyDelete
  7. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

    ReplyDelete
  8. jgn mainkan isu perkauman, kita kena saling menghormati

    ReplyDelete