Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Pekan Tenom semakin lesu
kerana tidak mempunyai prasana untuk menarik pelancong sekalipun mempunyai alam
semula jadi dan destinasi pelancongan menarik.
Pengumuman peruntukan RM 11
juta untuk menaiktaraf dan membangunkan lanskap di sekitar Tenom oleh Perdana
Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke sini pada 24 April 2013,
memberi sinar harapan baru seakan memberi jawapan kepada keinginan warga Tenom
yang diulit kemurungan dan kelesuan selama ini.
“Kita tidak mahu melihat
suasana pekan Tenom terus lesu dan tidak bermaya seakan akan ia sebuah pekan
mati...(jadi) pelancong pun pasti menjauhkan diri dari sini kerana tiada apa
apa yang mereka mahu lihat keunikan dan keindahannya.
“ Peluang untuk maju dari
segi lonjakan ekonomi sudah terbentang luas, kerana kita ada destinasi
destinasi pelancongan yang sudah diterokai tetapi ia hanya perlu dinaiktarafkan
tanpa bergantung dengan Pusat Kebudayaan Murut, Taman Pertanian Lagud Seberang
kerana tempat tempat ini pelancong luar sudah bosan,” tegas Kapitan Ng Tet Hau
seorang usahawan tempatan dan juga pemimpin masyarakat Cina.
Selain beberapa keperluan
asas seperti bekalan tenaga elektrik berfungsi 24 jam, hotel penginapan dan
lingkaran jalanraya menghubungkan antara kawasan selatan melalui Sipitang,
Kalabakan Tawau dan Sandakan untuk memudahkan aliran pelancong.
Produk pelancongan yang sudah
tersedia perlu diberi suntikan dana untuk dinaiktaraf bagi menerima ledakan
kebanjiran pelancongan dunia ekoran projek keceriaan bandar berkenaan.
Selain itu, Kapitan Ng yang
juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Liberal Democratic Party (LDP) Pusat, turut
menyokong kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan yang baru
Dato' Seri Mohammad Nazri Aziz baru-baru ini bahawa industri pelancongan
merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting di mana setiap ringgit yang
diberi bukan wang yang dibelanjakan; sebaliknya ia satu pelaburan untuk negara.
Berdasarkan kenyataan
Menteri itu, mungkin kerajaan tidak bermasalah untuk menggunakan sebahagian
daripada peruntukkan sebanyak RM 11 juta yang diumumkan Perdana Menteri sebelum
ini untuk membangunkan sektor pelancongan di daerah ini termasuk penyediaan
beberapa aktiviti/event baru seperti berkayak/berkeno di sungai Padas.
Selain itu, beberapa taman
dan 'chalet' di tepian tebing sungai Padas iaitu bekas lokasi perkampungan
Tenom Lama perlu dibina termasuk beberapa restoran atau gerai makan ala kampung
demi menggamit citarasa pengunjung, khususnya pelancong.
Unsur menarik pelancongan harus diutamakan.
ReplyDeleteAktiviti dan program untuk menarik pelancongan harus dilaksanakan.
ReplyDeleteProduk pelancongan yang sudah tersedia perlu diberi suntikan dana untuk dinaiktaraf bagi menerima ledakan kebanjiran pelancongan dunia ekoran projek keceriaan bandar berkenaan.
ReplyDeleteTenom ada ciri-ciri keunikan untuk menarik pelancongan?
Keunikan suku kaum adalah unsur penting menarik pelancongan luar negara.
ReplyDeleteIndustri pelancongan akan menjadi unsur keuntungan negeri yang utama.
ReplyDeletetenom ada potensi pelancongan, ia perlu dibangunkan
ReplyDelete