Tuesday, 4 June 2013

MENTERI DI JPM TIDAK LAGI TURUN PADANG?





Saudara Pengarang,

HUJAN lebat hampir 8 jam tidak berhenti menyebabkan beberapa lokasi di sekitar Apin-Apin Keningau dilanda banjir kilat pada 30 Mei 2013 ketika kami bersiap-siap mahu menyambut Pesta Menuai.

Kampung yang terlibat adalah Kg Kepayan Lama, Kg Sungoi, Kg Rangkai, Kg Gasabon, Kg Linsudan dan beberapa kampung yang berdekatan Sungai Pegalan.

Setakat ini, hanya Adun Bingkor yang sudah melawat kawasan banjir telah memberi sumbangan makanan kepada mangsa banjir dan diikuti Jabatan Kebajikan pula memberi sumbangan makanan kepada mangsa.




Tetapi saya agak hairan kenapa tiada bantuan tenaga dari Jabatan Bomba untuk membersihkan lumpur dan Jabatan Kesihatan tidak lagi bertindak memberi imunisasi kepada mangsa banjir untuk mengawal penyakit malaria dan taun kerana masih ada air bertakung dan lumpur kotor di rumah.

Polis pula tidak lansung mengerakkan angotanya untuk memberi pertolongan kepada mangsa yang hendak melaporkan kehilangan dokumen dan harta benda di mana Balai Polis Keningau terletak sejauh 30 minit dari kampung yang terlibat banjir.

Setakat ini, saya hairan kenapa tiada MP Keningau dan MP Pensiangan dan juga ADUN Sook turun Padang untuk melihat sendiri bencana alam yang berlaku kepada rakyat di DUN dan parlimen masing-masing. Adakah jawatan sebagai Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri hanya kerja duduk di Pejabat sahaja? Adakah ini dikatakan Rakyat di Dahulukan?

Saya berharap berita ini dapat sampai ke telinga mereka supaya bertindak lebih cepat dan pantas untnk menghulurkan bantuan dan mengerakkan Jabatan Kerajaan. Jangan tunggu sampai ada nyawa kehilangan baru mahu tunjuk Hero.

Salam Hormat,

MANGSA BANJIR KILAT

16 comments:

  1. Kajian secara menyeluruh perlu dilakukan oleh jabatan terbabit seperti Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).Ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar mengapa banjir kilat sering berlaku di kampung-kampung berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Jabatan dan agensi yang berkaitan perlu turun padang dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit.

    ReplyDelete
  3. Sistem saliran yang menggunakan culvert perlu diganti dengan jambatan bagi membolehkan limpahan air pada musim hujan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  4. Maybe there are some misunderstandings.

    ReplyDelete
  5. mno under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak in the last four years has demonstrated that it has provided undivided service to the people

    ReplyDelete
  6. various transformations had been carried out including the move to recognise the voice of the young generation when both the Umno president and deputy president fielded young candidates in the GE13

    ReplyDelete
  7. Rosnah said although Umno had never prevented anyone from offering themselves to contest for the posts, she felt that Najib was the best Umno president for the survival of Umno.

    ReplyDelete
  8. Cheras Umno division head Datuk Syed Ali Alhabshee also voiced his support for the call through his blog, Umno Bahagian Cheras here, yesterday while reminding other Umno members from allowing political parasites from destroying Umno.

    ReplyDelete
  9. He also exposed the attempts by negative elements to destroy the good relationship between Najib and Muhyiddin who represented the best combination in achieving the national transformation mission.

    ReplyDelete
  10. Syed Ali, who is also secretary of the Federal Territory Umno Liaison Body, said Najib and Muhyiddin had a major agenda to strengthen the party’s internal leadership after the GE13.

    ReplyDelete
  11. He said the party needed a strong and responsible leadership line-up to continue the struggles for Umno’s survival in championing the cause of the people in the country.

    ReplyDelete
  12. Syed Ali suggested that only the posts of Umno vice-presidents and Supreme Council (MT) members should be contested to give an opportunity to the grassroots to make a choice.

    ReplyDelete
  13. Umno veterans also supported the no-contest call for the party’s two top posts besides suggesting that the posts of Umno vice-presidents should also not be contested in the party election at the end of the year.

    ReplyDelete
  14. mangsa banjir harus diberi bantuan

    ReplyDelete