KUALA LUMPUR: Melihat pada
senarai Ahli Parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini, perdebatan di Dewan
Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung
semula "pertarungan belum tamat" semasa pilihan raya umum yang sudah
berlalu.
Keputusan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi berbanding
89 kerusi oleh pakatan pembangkang, perbezaan 44 kerusi.
Jika ditolak 55 wakil BN yag
dilantik dalam Kabinet dan mengisi jawatan timbalan menteri, barisan penyokong
kerajaan hanya tinggal 78 orang.
Antara muka baru yang
dijangka menjadi 'ayam sabung' pembangkang ialah Mohd Rafizi Ramli
(PKR-Pandan), Mohamed Hanifa Maidin (Pas-Sepang) Takiyuddin Hassan (Pas-Kota
Bharu), Mohamad Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang)
dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil).
Bagi pihak BN pula, tiada
lagi suara lantang Datuk Mohamad Aziz, bekas Ahli Parlimen Seri Gading (tidak
bertanding) atau Datuk Abdul Rahman Dahalan yang sebelum ini lantang menyerang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah dinaikkan pangkat sebagai
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Begitu juga Datuk Tajuddin
Abdul Rahman yang dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Khairy Jamaluddin yang kini Menteri Belia dan Sukan, dan penyelaras sayap
Putera MIC, P. Kamalanathan yang dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan
Pengajian Tinggi Kedua.
Bagaimanapun beberapa nama
seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
(Rompin), Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Noh Omar (Tanjong
Karang), Chua Tee Yong (Labis), Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dijangka
memainkan peranan sebagai pertahanan BN di Dewan Rakyat.
Berbeza sebelumnya, tidak
ada anggota Parlimen 'tidak berparti' (Bebas) dipilih sebagai wakil rakyat
dalam Parlimen ke-13.
Selain itu buat pertama kali
dalam sejarah, barisan kabinet tidak mempunyai penyertaan daripada MCA dan
Gerakan, selepas kedua-dua parti itu menolak jawatan dalam kerajaan setelah
dibadai kekalahan teruk pada PRU-13.
Manakala MIC mengisi empat
portfolio kementerian dengan dua menteri penuh iaitu Presiden MIC Datuk Seri G.
Palanivel sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, timbalannya Dr S.
Subramaniam (Menteri Kesihatan), naib presiden Datuk M. Saravanan (Timbalan
Menteri Belia dan Sukan) dan P. Kamalanathan (Timbalan Menteri).
Dengan ketiadaan wakil MCA,
G.Palanivel dijangka akan mengisi kerusi bersebelahan Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun menurut sumber
Parlimen, susunan kerusi di Dewan Rakyat belum muktamad.
Tumpuan juga diberi kepada
beberapa muka baru dalam kabinet transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, antaranya tokoh berpengalaman seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk
Seri Idris Jusoh, Datuk Halimah Mohd Saddique manakala muka baharu ialah Datuk
Seri Abdul Wahid Omar, Datuk Paul Low Seng Kuan, P.Kamalanathan, Datuk Mary Yap
Kain Cheng dan P. Waythamoorthy serta yang muda seperti Khairy Jamaluddin Abu
Bakar.
Abdul Wahid, Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd dilantik sebagai Menteri di Jabatan
Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (UPE); dan
Low, presiden Transparency International Malaysia, juga Menteri di Jabatan
Perdana Menteri akan mengetuai Biro Pengaduan Awam, selain menguruskan hal-hal
berhubung rasuah dan integriti.
Selain itu seramai 17 wakil
Sabah dan Sarawak turut dipilih menganggotai kerajaan pusat dengan jawatan
menteri dan timbalan menteri, mengambil kira sumbangan mereka dalam PRU-13.
Sebelum Parlimen dibubarkan
untuk PRU-13, barisan kabinet dianggotai 11 wakil Sarawak dan Sabah.
Selain itu, tujuh Ahli
Parlimen wanita turut diiktiraf apabila dua orang dinamakan sebagai menteri
iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dan muka baru Nancy Shukri, dan lima sebagai
timbalan menteri iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Noriah Kasnon,
Datuk Halimah Mohamad Sadique, Datuk Azizah Mohamad Dun dan pendatang baru
dalam arena politik iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching.
Senator Low dan Mary Yap
merupakan wakil masyarakat Cina dalam kabinet setelah MCA dan Gerakan
memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.
Berdasarkan Peraturan 1
Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat selepas
pilihan raya akan melaksanakan urusan-urusan utama pada hari pertama.
Urusan utama itu termasuk
memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Yang di-Pertua mengangkat sumpah; anggota
mesyuarat mengangkat sumpah dan memilih timbalan-timbalan Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
boleh dipilih di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan di kalangan
ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan.
Pada penggal lepas jawatan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat disandang Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dibantu dua
timbalan Yang di-Pertua iaitu Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk
Ronald Kiandee.
Wan Junaidi, 66,
bagaimanapun telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Persidangan Dewan Rakyat
akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun depan. (Bernama)
Pakatan pembangkang disifatkan sebagai 'pakatan jahat' yang gagal mempunyai visi serta keupayaan mentadbir negara.
ReplyDeletePengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, selama lima tahun menerajui Pulau Pinang, pakatan pembangkang mencari kata sepakat dalam mentadbir negeri ini.
"Pakatan pembangkang sama sekali berbeza dengan BN kerana tiada visi yang jelas ketika mentadbir negeri ini, jadi bagaimana mereka nak tadbir negara.
ReplyDelete"Malah kita tengok mereka juga tak ada satu lambang yang nak digunakan dalam perjuangan mereka selama ini," katanya.
Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan tetapi mereka mesti memanfaatkan dengan sebaik-baiknya hak tersebut bagi memilih kerajaan yang kukuh yang mampu menjamin masa depan yang cerah kepada rakyat dan negara pada masa akan datang.
ReplyDeleteDalam memilih kerajaan juga, tambahnya, amat penting untuk membentuk kerajaan yang kuat serta stabil yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam keadaan ekonomi dan politik dunia yang semakin sukar untuk diramal pada zaman moden ini.
ReplyDeleteKerajaan Barisan Nasional (BN) patut mendapat sokongan penuh rakyat kerana bukan sahaja kukuh dan mampu mentadbir negara ini dengan baik malah telah terbukti mampu mengurus dan menempuh cabaran dan menunjukkan keupayaannya untuk pulih dari krisis ekonomi Asia pada tahun 1997.
ReplyDeleteSemasa krisis berkenaan, kerajaan di bawah BN telah membuat langkah yang betul dengan tidak meminta bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan kaedah berkesan yang lain untuk menyelamatkan ekonomi negara dan mengemudi negara keluar daripada krisis ekonomi masa itu.
ReplyDeleteJika tidak kerana keupayaan untuk membuat keputusan yang betul kerajaan masa itu, berjuta-juta rakyat kita mungkin telah kehilangan pekerjaan dan perniagaan mereka ketika itu seperti keadaan yang dihadapi oleh banyak negara jiran.
ReplyDeleteDengan adanya kestabilan ekonomi serta politik, ia mampu mempengaruhi keyakinan rakyat selain mampu menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini pada masa akan datang.
ReplyDeleteRakyat terutamanya ahli perniagaan harus menyedari bahawa ekonomi negara bergantung sepenuhnya kepada keupayaan untuk bersaing di peringkat golbal dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.Pada masa lalu, apabila Amerika yang menjadi kuasa ekonomi utama, setiap kali ia bersin, hampir setiap negara di dunia demam.Tetapi sekarang, apabila Amerika bersin, bersyukur kita tidak lagi terjejas.-Abdul Taib
ReplyDeleteMalaysia dan semua negara di Asia bertuah kerana ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu dan rapuh, kini muncul pula kuasa ekonomi di Asia seperti China dan India yang membolehkan negara tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada negara Barat untuk berjaya dan membangunkan ekonomi negara masing-masing.
ReplyDeleteBerpijaklah Di Bumi Nyata, Pas Perlu Jujur Nyatakan Pendirian
ReplyDeletePas disaran berpijak di bumi nyata dan perlu jujur kepada seluruh rakyat negara ini berhubung proses demokrasi khususnya keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata sudah tiba masanya parti itu jujur dan tidak berselindung di sebalik kata-kata berhubung perhimpunan 505.
Berpijaklah Di Bumi Nyata, Pas Perlu Jujur Nyatakan Pendirian
ReplyDeleteMenurut beliau, apa jua alasan dan apa pun kenyataan yang diberikan sehingga ke hari ini, seolah-olah nampak ketidakjujuran parti terbabit dan dilihat hanya menggunakan tutur kata dan tidak disusuli dengan perbuatan.
“Kata sokong demokrasi dan difahamkan terima keputusan PRU lalu, tetapi kalau kita perhatikan ada juga kalangan pimpinan mereka yang hadir dan begitu juga penyokong mereka yang lain.
“Jika betul mereka menyokong demokrasi, sepatutnya mereka boikot sepenuhnya perhimpunan berkenaan. Ini tidak, lain pula yang terjadi… setengah pemimpin kata begitu dan setengah pemimpin pula kata begini. Yang mana satu yang betul?” soalnya.
Berpijaklah Di Bumi Nyata, Pas Perlu Jujur Nyatakan Pendirian
ReplyDeleteKata beliau lagi Pas perlu mengotakan apa yang telah diperkatakan oleh pucuk pimpinan parti tersebut yang menerima keputusan PRU-13 tanpa menimbulkan apa-apa tanggapan lain.
“Dengan apa yang Pas lakukan iaitu berbeza dengan apa yang dinyatakan maka tentunya ia telah menjadi antara perbualan umum yang mana Pas dilihat seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata, sanggup terima kemenangan tetapi bersikap sebaliknya atas kekalahan di kawasan tertentu.
Berpijaklah Di Bumi Nyata, Pas Perlu Jujur Nyatakan Pendirian
ReplyDelete“Sampai bila keadaan berterusan begitu? Ini adalah masa untuk bekerja seperti mana yang telah diperkatakan oleh ramai orang. Ini waktu untuk berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih wakil rakyat. Pandanglah ke hadapan untuk kepentingan bersama,” tegasnya lagi.
Dilaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya dengan penuh kesyukuran dan kesabaran serta redha dengan segala ketentuan namun demikian terdapat sebilangan pemimpinnya sebagaimana Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu serta Naib Presiden, Datuk Husam Musa turut serta dalam himpunan blackout 505 yang dibuat atas alasan membantah keputusan PRU-13
Masa Untuk Kerajaan Tunai Amanah Rakyat – Najib
ReplyDeleteSudah hampir sebulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlalu dan dunia menerima keputusan rakyat memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memimpin negara, maka anggota penjawat awam mempunyai tanggungjawab besar untuk bersama-sama menunaikan amanah rakyat itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata penjawat awam harus mula mengorak langkah membina kesejahteraan dan membantu memajukan negara melalui usaha perubahan yang diinginkan rakyat daripada kerajaan.
Penjawat awam tidak mampu menoleh ke belakang, membuang masa dengan ‘politiking berlebihan’, kerana ia akan hanya mengalih tumpuan daripada usaha yang lebih besar, iaitu untuk menunaikan amanah yang diberikan rakyat pada PRU13, katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas PRU13, di Dataran Perdana di sini hari ini.
Masa Untuk Kerajaan Tunai Amanah Rakyat – Najib
ReplyDeleteNajib berkata dunia telah menerima keputusan rakyat Malaysia pada PRU13 yang memberikan mandat kepada BN untuk memimpin negara berdasarkan ucapan tahniah yang diterimanya daripada ramai pemimpin dunia.
“Kini sebagai sebuah negara, mari kita perlihatkan bahawa kita pengamal demokrasi matang, bukan saja akui kita menerima proses demokrasi ini, tapi yang penting selepas selesai pilihan raya, kita tunjukkan bahawa kita ialah penerima demokrasi parlimen yang cukup matang,” katanya.
Masa Untuk Kerajaan Tunai Amanah Rakyat – Najib
ReplyDelete“Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teruskan usaha membawa perubahan dan transformasi, kerana rakyat sudah menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan, dan ia boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan,” tambahnya.
Najib berkata jika ada kelemahan yang dikesan sebelum ini, ia mungkin berkisar kepada jentera kerajaan yang kelihatan ‘tidak berapa cekap’ dalam menangani ‘perang persepsi’.
“Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi – bukan realiti tapi persepsi. Persepsi boleh dibentuk dengan pelbagai cara, bukan saja dengan cara bersemuka (face to face) tapi kini sudah ada Facebook (untuk membentuk persepsi).
“Ini perlu kita beri perhatian, mungkin kita kurang tajam dalam perkara ini, tapi kita boleh rancang dan dengan menggunakan pengalaman kita, supaya di masa akan datang kita akan lebih lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya – bukan persepsi tapi realiti,” katanya.
Merujuk kepada PRU13, Najib berkata kerajaan berusaha melakukan yang terbaik mengikut undang-undang negara dan menampilkan banyak penambahbaikan untuk menjadikan ia lebih telus, termasuk menerima cadangan daripada parti-parti pembangkang.
Masa Untuk Kerajaan Tunai Amanah Rakyat – Najib
ReplyDelete“Namun masih ada pihak yang hendak pertikai keputusan pilihan raya, sebenarnya kalau kita ketahui prosesnya, hampir mustahil sekali untuk sesiapa jua melakukan penipuan besar-besaran,” katanya .
Perdana menteri berkata ada sesetengah tuduhan yang dilemparkan terhadap PRU13, yang didapati langsung tidak masuk akal, seperti tuduhan kononnya BN membawa sehingga 40,000 ‘pengundi hantu’ warga Bangladesh untuk memastikan kemenangan.
Beliau berkata tuduhan-tuduhan seumpama itu dibangkitkan berbulan-bulan lamanya sebelum pilihan raya, sehingga menimbulkan rasa ‘paranoid’ dalam kalangan yang mempercayainya.
Masa Untuk Kerajaan Tunai Amanah Rakyat – Najib
ReplyDeleteSehinggakan ada warga tempatan yang diserang semata-mata kerana rupanya mirip warga Bangladesh, kononnya bagi menghalang pengundi hantu, jelas beliau.
“Ini tidak adil bagi mereka yang berkulit hitam manis yang dituduh sebagai bukan warga tempatan.
Kita mungkin boleh gelak ketawa selepas pilihan raya, tapi pada waktu itu (PRU13) ramai terpedaya dengan cerita pengundi hantu yang direka dengan sengaja ini, semata-mata untuk pertikai kredibiliti proses pilihan raya kita yang begitu telus,” katanya.
moga sidang parlimen nnti akan berjalan lancar
ReplyDelete