Oleh : ALAN TING
KUALA LUMPUR : Perhimpunan
yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya
untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab
menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.
Beberapa pemimpin politik
dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu
juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan
mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.
Harapan mereka ialah untuk
menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk
memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil
di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang
menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.
"Ini merujuk kepada
kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan
datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka
(golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit
pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk
Ti Lian Ker.
Satu lagi perhimpunan bagi
menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan
dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada
perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.
Ti berkata parti
pembangkang, terutama DAP, berjaya meyakinkan ramai pengundi Cina supaya
menolak MCA dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru
ini dan mereka akan terus berbuat demikian hingga PRU akan datang.
"Mereka (pembangkang)
memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan
sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan
sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik
orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan
serampang dua mata dan banyak mata," katanya.
Beliau berkata sebelum
berlangsungnya PRU, strategi utama DAP ialah memastikan rakyat Malaysia,
khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang
mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih
daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP,
PAS atau PKR.
Apabila pakatan pembangkang
gagal menawan Putrajaya, katanya, mereka menukar strategi dengan memberi
tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan
sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka
memperoleh lebih banyak undi popular.
Ti berkata parti pembangkang
juga mendesak rakyat negara ini supaya menuntut agar sistem pilihan raya sedia
ada diubah dengan mencadangkan ia menggunakan sistem 'satu undi seorang'.
Katanya pakatan pembangkang
juga memanfaatkan media sosial untuk menangguk sokongan.
"Mereka menggunakan
akaun Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing untuk menyebar mesej
tersebut. Sasaran mereka sekarang ialah Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.
Seorang pakar strategi politik
yang enggan dikenali berkata "banyak keputusan mengundi dibuat dengan
menurut perasaan" apabila fikiran mereka telah dibentuk kepada siapa
mereka patut memberi undi.
Menurutnya, pemikiran
seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat
banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter
atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.
"Pemikiran mereka
sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen
parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan
perasaan.
"Inilah yang berlaku
pada perhimpunan Black 505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual)
perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar
bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan
mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai
mereka," kata pakar strategi itu.
Penganalisis politik Dr
Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan
pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang
menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.
"Masalahnya ialah
apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka.
Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka
perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul,"
katanya.
Beliau berkata strategi itu
berjaya kerana kadar celik politik dalam kalangan penduduk masih rendah. (Bernama)
Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
ReplyDeleteDalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.
ReplyDeleteMungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.
ReplyDeleteIni kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.
ReplyDeleteDalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.
ReplyDeleteNaib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
ReplyDeleteMenurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.
ReplyDeleteMalah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
ReplyDelete“Anda terfikir untuk ‘spring’ dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” katanya menerusi laman Facebook.
ReplyDeleteLim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.
ReplyDeleteNampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.
ReplyDeleteSedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.
ReplyDeleteUntuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.
ReplyDeleteGAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteSelepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeletePembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteAnwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteKini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeletePengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteHimpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu. Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteBukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing. Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteUmpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteSikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteMalah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteJusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteAgenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteMungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteMalah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteSejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai ‘West’s best ever friend’ atau kawan paling akrab Barat.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteMungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteNamun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteSetelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.
GAGAL JADI PERDANA MENTERI, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM
ReplyDeleteMungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.
Parti Islam SeMalaysia (Pas) dicabar untuk menyatakan keputusan dan pendirian rasmi parti tersebut berhubung perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
ReplyDeleteTegas Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Ustaz Rosdi Long, sehingga ke hari ini, kenyataan kepimpinan Pas masih lagi berdolak dalik dan samar-samar berhubung pendirian mereka terhadap himpunan tersebut.
ReplyDeleteBiarpun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh yang menasihati ahli Pas agar tidak terlibat dengan himpunan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan itu, namun kenyataan itu hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak menjadi dasar kepada pendirian parti.
ReplyDeleteIni kerana ada juga pemimpin Pas yang menggalakkan ahlinya untuk menyertai perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteJadi apa pendirian Pas sebenarnya? Kenyataan kepimpinan Pas bercanggah sesama sendiri.
ReplyDeleteJelasnya lagi, beliau berpendapat bahawa kenyataan Ketua Dewan Ulama itu hanyalah sekadar untuk memperlihatkan kepada umum bahawa perjuangan Pas masih lagi berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di mana haram bagi umat Islam menjatuhkan kerajaan Islam yang dipilih oleh rakyat hari ini.
ReplyDeleteKita tahu di dalam persepakatan ulama ahli Sunnah, menjatuhkan kerajaan dengan cara membuat huru hara adalah haram. Jadi, kenyataan itu tidak lebih hanyalah sebagai wayang Pas sedangkan hakikatnya kepimpinan Pas menggalakkan ahli-ahlinya menyokong dan hadir di dalam perhimpunan haram tersebut,” ujarnya.
ReplyDeleteJika perjuangan Pas benar-benar berlandaskan ajaran Islam, kepimpinan parti tersebut , ahli Dewan Ulama Pas dan juga mursyidul Am Pas perlu bersidang untuk memutuskan keputusan dan pendirian Pas berhubung penglibatan mereka di dalam perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteSehingga hari ini tidak ada sebarang perbincangan rasmi kepimpinan tertinggi Pas berhubung soal tersebut bagi membuat keputusan dan pendirian yang kemudiannya akan dijadikan dasar parti.
ReplyDeleteBeliau cabar sekiranya perjuangan Pas masih lagi berlandaskan Islam, maka Pas mesti mengeluarkan satu kenyataan rasmi dan menjadi dasar parti berhubung perkara tersebut.
ReplyDeleteJanganlah berdolak dalik dan buat kenyataan yang bercanggah sesama sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahl dan umat Islam. Jangan pergunakan Islam, untuk menghalalkan perkara yang haram, semata-mata demi kepentingan politik,tegasnya.
ReplyDeleteBN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeleteBAGI Anwar kalau matalamatnya tidak berjaya membangkitkan emosi rakyat menumbangkan kerajaan secara kekerasan dalam masa terdekat, yang pasti mereka MENGWUJUDKAN GABUNGAN PENDAPAT DAN GABUNGAN PENYOKONG UNTUK PRU-14 AKAN DATANG.
Mereka akan mensasarkan kepada PENGUNDI BARU YANG BERUSIA 21 TAHUN PADA PRU-14 YANG DIANGGARKAN MENDEKATI 3 JUTA ORANG.
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeleteMeskipun di sana sini kita terbaca, terdengar- ramai yang bersuara, "Sudah kalah...kalahlah" tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulannya nampak payah sangat terima hakikat tersebut. Sejak hari pertama BN diumumkan menang PRU13, Anwar tak habis-habis meroyan, merancau, terpekik terlolong melalui 9 himpunan Blackout505 yang bermula di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei dan terakhir di Dataran Petaling Jaya pada 25 Mei.
Selepas perhimpunan demi perhimpunan diadakan kononnya untuk membantah keputusan PRU13 dan yang terbaru 15 Jun ini yang mahu diadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Hakikatnya benarkah perhimpunan tersebut sekadar bantahan biasa, atau seperti kata pepatah 'ada udang disebalik batu'.
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeleteRamai yang percaya 'Blackout 505' mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela SPR yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.
Bernama melaporkan beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.
Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDelete"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang.
Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.
Pembangkang memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata.
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeleteBN kurang memberi perhatian tentang himpunan yang mereka adakan, di mana pertama kali diadakan pada November 2007 antara Bersih dan Hindraf. Ekoran himpunan itu, maka pada PRU-12, BN kehilangan kuasa 2/3 Dewan Rakyat.
Selepas itu, himpunan demi humpunan dilakukan atas nama Bersih, sehingga Bersih4.0; akibatnya meskipun BN menang kerusi parlimen, namun untuk pertama kalinya hilang suara popular pada PRU-13 lalu.
Dalam PRU-13 itu juga, terlihat bagaimana kaum cina hampir mutlak menolak BN, dan untuk pertama kali DAP mendapat kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeleteSelama lima tahun daripada 2008, Pakatan Rakyat terutama DAP memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.
Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, KINI, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.
Penguasaan Pakatan terhadap media alternatif, di mana media ini KURANG mendapat perhatian daripada BN telah menyebabkan BN kalah teruk di kawasan yang mempunyai liputan internet, seperti bandar dan pinggir bandar.
Pembangkang memanafaatkan Youtube, Facebook, tweeter, Instagram untuk menyebarkan mesej, kerana mereka tahu golongan muda lebih gemar mempercayai media ini berbanding media arus perdana.
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeleteTindakan mereka ini akan berterusan sehingga PRU-14. Jika BN masih menghandalkan media arus perdana seperti TV1, TV3; penulis khuatir, BN akan terlepas sokongan daripada pengundi muda yang semakin bertambah.
Minda dan fikiran seseorang akan mudah dibentuk dengan pesanan atau maklmut yang bersifat dua arah, seperti mana yang dilakukan pembangkang. Pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.
"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.
Inilah yang berlaku pada perhimpunan Blackout505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka..
BN KENA HATI-HATI DENGAN MATLAMAT BLACKOUT505 ANWAR
ReplyDeletePenganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.
"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya.
Sekiranya BN terlambat melakukan tindak balas berkaitan fenomina ini, maka tidak mustahil pada PRU-14 akan datang akan berlaku perubahan kerajaan di negara ini.
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menyeru golongan pesara supaya tidak mudah terpengaruh dengan terlibat dalam perhimpunan yang tidak membawa faedah seperti perhimpunan Bersih.
ReplyDelete"Kita (pesara) telah berkhidmat dengan kerajaan dan arif mengenai corak dan pentadbiran kerajaan yang terbukti menjamin kemajuan Malaysia dalam semua aspek pembangunan," kata Yang Dipertua PPKM Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh.
ReplyDeleteBeliau berkata sebagai golongan yang arif mengenai pentadbiran negara, pesara perlu menjadi penasihat kepada anggota keluarga supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang boleh mencetuskan huru-hara serta tidak memberi kebaikan kepada mana-mana pihak di negara ini.
ReplyDeleteSebaliknya, katanya protes jalanan seperti itu akan hanya memberi ruang kepada campur tangan kuasa luar yang sememangnya cemburu dengan kemajuan dan keharmonian rakyat Malaysia.
ReplyDeleteBeliau berkata perhimpunan seperti itu merupakan taktik golongan tertentu untuk mendapatkan populariti bagi kepentingan peribadi walaupun apa yang dilakukan itu boleh menggugat kestabilan ekonomi negara.
ReplyDelete"Kita tidak mahu apa yang terjadi di Timur Tengah yang ada campur tangan politik luar berlaku di Malaysia. Kita sudah memiliki sistem undang-undang yang menjamin kebebasan bersuara bagi semua warganegara Malaysia.
ReplyDelete"Malah, Malaysia juga mempunyai saluran undang-undang dan jika ada perkara tidak puas hati guna cara yang betul. Berarak beramai-ramai bukan boleh menyelesaikan masalah," katanya.
ReplyDeletepembangkang hnya manipulasikan isu blackout untuk kepentingan mereka
ReplyDelete