SEMPORNA: Penempatan pos
kawalan pasukan keselamatan di pantai timur negeri ini akan dikaji semula bagi
meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu.
Ketua Pengarah Kawasan Khas
Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata kajian
itu bagi mengenal pasti lokasi strategic penempatan pos kawalan dan mengikut
kesesuaian.
“Setiap pos kawalan ini
perlu kita lihat dan kaji semula selari dengan perkembangan semasa,” katanya
ketika ditemui selepas mengetuai lawatan pegawai ESSCOM di pos kawalan pasukan
keselamatan di sekitar perairan Tawau dan Semporna hari ini.
Antara pos kawalan yang
dilawati ialah di Wallace Bay, Tawau, manakala di perairan Semporna meliputi
Pulau Buhey Dulang, Pandanan, Mataking, Danawan, Mabul dan Sipadan.
Beliau turut menyertai
rondaan keselamatan Tentera Laut Diraja Malaysia menggunakan kapal KD Kelantan
di perairan Sulu hingga di sempadan perairan Malaysia dan Indonesia.
Mohammad berkata cadangan
kajian semula penempatan pos kawalan itu dibuat hasil tinjauan dan lawatan
beliau ke pos kawalan tersebut.
Menurutnya hasil lawatan itu
mendapati pos kawalan tersebut juga perlu dinaik taraf dari segi prasarana dan
kemudahan asas khususnya air bersih untuk kegunaan anggota.
Beliau berkata sebagai
contoh pos kawalan di Wallace Bay, Tawau dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Am
yang hanya bergantung air hujan dan tempat tinggal yang tidak selesa.
Katanya ESSCOM juga akan
melihat bantuan yang sesuai diberikan kepada Angkatan Tentera Bersama untuk
meningkatkan lagi kemampuan kawalan
sempadan di perairan negara.
Beliau berkata ada beberapa
perkara perlu dilihat bukan sahaja keupayaan aset sedia ada tetapi juga kebajikan pegawai tentera dan polis yg
bertugas di pos kawalan.
Mohammad menyifatkan lawatan
itu memberi gambaran yang lebih mendalam dari aspek penting komponen kawalan
sempadan itu sendiri. (BI)
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengajak rakyat di negeri itu agar bersama-sama mengekalkan keamanan yang dinikmati pada masa sekarang.
ReplyDeleteKata beliau usaha itu memerlukan semua rakyat memainkan peranan mereka walau di mana mereka berada.
"Keamanan amat penting untuk kita menjalani kehidupan dan tanpanya semua tidak akan terjamin. "Sama-sama kita memainkan peranan menjaga keselamatan bagi mengekalkan keamanan yang dinikmati pada masa sekarang," katanya.
ReplyDeleteMenurut Musa lagi tanpa keamanan, sukar untuk rakyat menjalani kehidupan termasuk menjalankan perniagaan yang menjadi bidang utama diceburi oleh kaum Cina.
ReplyDeleteKerajaan negeri dan kerajaan pusat yang diteraju Barisan Nasional bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan aspek keselamatan bagi mengekalkan keamanan di Sabah, katanya.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengajak rakyat di negeri itu agar bersama-sama mengekalkan keamanan yang dinikmati dan juga meminta rakyat Sabah agar terus mempertahankan rasa kekitaan, perpaduan dan kesepakatan yang menjadi amalan rakyat negeri itu selama ini demi keharmonian berterusan.
ReplyDeleteUsaha itu memerlukan semua rakyat memainkan peranan mereka walau di mana mereka berada. Semangat yang telah menjadi budaya itulah yang membolehkan rakyat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup dengan aman damai.
ReplyDeleteKeamanan amat penting untuk kita menjalani kehidupan dan tanpanya semua tidak akan terjamin. Kita mahu hidup dalam negara kita Malaysia dan Sabah khasnya dengan aman dan damai. Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan, kekacauan dan rusuhan kerana kita sedar ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada kita semua.
ReplyDeleteSama-sama kita memainkan peranan menjaga keselamatan bagi mengekalkan keamanan yang dinikmati pada masa sekarang. Tanpa keamanan, sukar untuk rakyat menjalani kehidupan.
ReplyDeleteRakyat Malaysia perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memperkenal dan melaksanakan pelbagai dasar dan program yang semuanya menjurus kepada matlamat menyatupadukan rakyat.
ReplyDeletepenemapatan pos kawalan kena sistematik dan pastikan ia lengkap.
ReplyDelete