KUALA LUMPUR : Seramai 9,757
warga asing menjalani hukuman penjara di Malaysia sehingga enam bulan pertama
tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abd Rahim
Mohd Radzi.
Beliau berkata jumlah itu
adalah kira-kira 27 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di semua
penjara di negara ini seramai 36,728 orang.
"Angka ini bukanlah
sesuatu yang mencemaskan namun kita akui banduan asing di Sabah lebih ramai
daripada banduan tempatan dengan merekodkan seramai 1,020 banduan warga asing
daripada jumlah 1,300 banduan," katanya kepada pemberita selepas menutup
Karnival Keluarga 1KDN di Kompleks Penjara Kajang dekat sini.
Katanya sebagai langkah
mengatasi kesesakan di penjara, banduan-banduan ini akan dihantar ke penjara
lain bagi memastikan jumlah banduan di sesebuah penjara dapat diseimbangkan.
Beliau berkata seramai 3,600
banduan daripada 4,100 yang mengikuti sistem parol telah menamatkan tempoh
parol dan dibebaskan sepenuhnya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment